apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.10.11

Mendidik anak: Cara terbaik?

Assalamualaikum..... 

Law professor Amy Chua at the Time Magazine "World's 100 Most Influential People" gala on April 26, 2011. Chua Thursday urged strict Asian parents to relax and give their children more freedom but also to avoid the "romanticised" Western focus on creativity over hard work
Wanita ini, Amy Chua (berbangsa China-Amerika), ialah prof undang-undang di Yale University. Tahun ini Amy yang digelar "Tiger Mom" menimbulkan kontroversi bila bukunya "Battle Hymn of the Tiger Mother", dilancarkan. Dalam buku itu Amy menulis dengan terperinci cara dia mendidik anak-anaknya, "Strict Parenting Regime" dan mendabik dada mengatakan itulah yang menyebabkan anak-anaknya berjaya. 

Pandangan Amy:
"Saya rasa, ibubapa di barat terlalu memberikan kebebasan kepada anak-anak dengan memberikan peluang memilih banyak semasa anak-anak masih kecil lagi. Sedangkan ibubapa di Asia, umpamanya di Korea, masalahnya berlawanan pula. Ibubapa sangat tegas dan memberikan kebebasan yang amat sedikit kepada anak-anak. Pilihan? Langsung tak ada!"

Amy menyeru agar ibu bapa di Asia relaks dan berikan lebih pilihan kepada anak-anak dan jangan terlalu fokus kepada pencapaian akademik sehingga tidak dapat melihat kemahiran sosial anak-anak mahupun kecenderungan emosi mereka.


Siapakah Amy Chua ni? 


Amy Chua dinobatkan sebagai seorang daripada 100 manusia paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time, pada April 2011.


So, bila dah terkenal, biasalah...cakap dia mesti ada yang nak dengar, kan?

Tapi, sebenarnya, iyalah dia pun bukan Islam... toksahlah nak tegakkan yang mana okey, mana tidak atau kemudian mencadangkan supaya digabungkan cara timur dan barat ini. 


Kita umat Islam dah ada kaedah terbaik. Dalam surah Luqman sudah ada panduannya.. mendidik anak untuk dunia dan akhirat, kan? 


semoga berguna.....

=============================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.