Langkau ke kandungan utama

Lalai sesaat? Kerakusan memandu?

Assalamualaikum.....

Bila kita hendak memandu, rasanya, kita perlu ingatkan diri bahawa bukan kita saja yang ada di atas jalanraya tetapi ada ramai orang lain, pengguna jalan raya yang seperti kita, yang ada tempat hendak dituju.....

Kalau kita hendak cepat, mungkin ada orang lain juga sama, hendak cepat, bukan? 

Kita sudah didedahkan kepada undang-undang jalan raya tetapi mengapa masih ada yang tidak mahu mengikut peraturan? Maka terjadilah bencana seperti ini!!!


TRAGEDI...kereta Proton Iswara  bertindih di atas kenderaan lain selepas dirempuh dalam kemalangan semalam.
Kereta Proton Iswara bertindih di atas kenderaan lain 
selepas dirempuh dalam kemalangan di persimpangan 
lampu isyarat Taman Bukit Emas, Seremban.

Kemalangan turut membabitkan enam kereta, 
sebuah van sekolah dan sebuah lori.

Bagaimana kemalangan ini terjadi?


Jurucakap polis berkata, kemalangan kira-kira pukul 8.30 pagi itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Mercedes dari arah Seremban merempuh sebuah lori yang datang dari arah Tampin.

Ekoran perlanggaran itu, lima buah kereta dan sebuah van turut terbabit dalam kemalangan kerana kesemua pemandu gagal memberhentikan kenderaan masing-masing akibat jarak yang dekat antara satu sama lain.

Kata saksi:
Saya dengar bunyi dentuman kuat dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara ‘terbang’ menghempap bumbung kereta lain. 
Nasib baik, pemandu Proton Iswara itu terselamat daripada maut walaupun keretanya rosak teruk. Pemandu kereta Mercedes Benz itu pula, seorag lelaki berusia 62 tahun, tersepit di tempat duduk pemandu.

Dalam kejadian, 19 orang cedera. Mujurlah... Kalau ramai yang mati, macam mana? Tidakkah orang yang menjadi punca kepada kemalangan itu akan merasa kesal untuk seumur hidupnya? 

Begitulah! Kadang-kadang di jalanraya tu, kita punyalah berhati-hati tapi... ada insan lain pula yang memandu sesuka hati mereka. 

Susah nak cakaplah, kan?

=========================================

Ulasan

  1. BETUL LA.. KITA PUNYA LA BERHATI2 DLM MEMANDU... TP KERANA ORG LAIN KITA TERBABIT JUGA KAN.............

    BalasPadam
  2. @Ema Mokzima, kl dah nk kena, mmg begitulah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…