Langkau ke kandungan utama

Kulit muka berminyak? Penjagaannya...

Assalamualaikum..... 

Haha... pernah tak anda rasa yang kulit muka anda sangat berminyak seperti muka cik adik dalam gambar ni? 
Mungkin semasa belum mekap, okey saja tapi selepas bubuh segala bedak tu... kulit muka anda kelihatan sepertinya. Anda pun cuba lap menggunakan tisu. Dalam hati mula rimas dan tertanya-tanya, mengapalah berminyak sangat ni?


Maka, anda pun mula mencuba berbagai-bagai jenis produk yang ada di pasaran. Soalannya, anda tahukah yang mana satu yang sesuai untuk mengurangkan minyak tu? Bagi yang ada wang dan waktu, tentu boleh buat facial dan meminta nasihat daripada pakar kecantikan. Bagi wanita yang biasa-biasa? Mulalah mencuba petua-petua nenek moyang kita dahulu, antaranya:

1. Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur. (Bahasa mudahnya, pakai bedak sejuk sebelum tidur)

2. Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.

Bagi sesetengah orang, cara ini berkesan. Sangat semula jadi dan kos efektif.


Jimat! Bersyukur sangat! Tapi, kalau masih juga tidak berjaya, macam mana?

Sebenarnya, perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah fahamilah kulit muka anda. Kalau berminyak, anda kena tahu mengapa ia berminyak? Barulah anda boleh mencari cara untuk mengurangkannya...

Kulit berminyak bukan satu masalah sebenarnya. Kulit berminyak ialah satu daripada jenis-jenis kulit, bermaksud, kulit wajah anda mengeluarkan lebih banyak minyak dikenali sebagai sebum, berbanding orang lain. Sebum ni ialah pelembab semula jadi kulit. Tanpa sebum kulit muka anda akan jadi tersangatlah kering. Cuma, kalau dah banyak sangat sebum dirembes oleh kulit, maka akan tumbuhlah jerawat dan 'blackhead' (jeragat) yang menutup liang pori-pori (pores).

Tapi, kan, tahukah anda bahawa kulit berminyak ini satu rahmat sebenarnya? Oleh kerana anda sedia memiliki pelembab kulit yang semulajadi, anda akan awet muda, okey! Sebab? Sebab anda tidak mudah dapat kedutan, garis-garis halus atau kulit muka mengendur. Sebum mencegah penuaan kulit!

Hah, baru tahu, kan bahawa sebenarnya memiliki kulit berminyak ini satu rahmat bukan satu perkara yang tidak baik. Langkah yang wajar dilakukan sekarang ialah untuk mengetahui cara dan kaedah penjagaannya saja.

Salah faham tentang kulit berminyak:

1. Perlukah dikeringkan?

Jika anda pergi ke pusat-pusat rawatan, mereka pasti mengesyorkan agar anda menggunakan bahan berasaskan alkohol untuk mengurangkan minyak. Inilah yang salahnya! Alkohol akan hanya menyebabkan kulit merembeskan lebih banyak minyak untuk menggantikan sebum yang 'hilang' Jadi, jangan beli produk yang 'alcohol-based' sebaliknya belilah produk yang 'water-based'. Produk 'water-based' akan mengelakkan pori-pori tersumbat. Untuk mencuci dan 'toning' kulit muka, belilah produk yang dikhaskan untuk kulit berminyak, sebab produk sebegini memang sudah ada pelembab bersesuaian dengan kulit berminyak yang anda hadapi. 

2. Anda tak cuci muka?

Berapa kerapkah anda mencuci muka? Dua kali cukuplah! Jangan lebih-lebih! Kalau misalnya anda geram sangat tengok kulit yang berminyak tu, lap-lap aje dengan tisu. Tapi, bagi kita orang Islam, tak ada apa yang hendak dirisaukan. 5 kali sehari berwuduk tu dah membantu membersihkan kulit wajah, kan? Cuma pada pagi hari, dan waktu malam, anda bersihkanlah guna cleanser.

3. Tak perlu pakai pelembap?

Siapa kata? Pelembap memperbaiki kandungan air pada wajah. Pelembap melindungi permukaan kulit. Pelembap juga menjadikan permukaan kulit lembut dan licin. Cumanya, sekali lagi, dapatkanlah pelembap yang 'water-based'

Selamat menjaga kulit wajah!

=============================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…