apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.10.11

Kerabu Mangga dari dapur Sofi

Assalamualaikum.....


Pagi-pagi tadi, terpandang aje pokok mempelam di hadapan rumah, entah macam mana teringinlah pula nak makan kerabunya. Kerabu mangga. Mmm, bukan main terliur lagi hehe... Tapi, memanglah... yummy!


Masa lunch tadi, meratah kerabu mangga tu, sama naik dengan encik suami, hehe..... Best betul! Hidung sama-sama merah ... Mana tak nya? Terpedas sikit.


Kalau ada yang teringin nak mencuba, silalah ambil resepinya kat bawah ni:
Bahan-bahan:
1 biji mempelam
Sepaket kecil udang kering
Sepaket kecil kerisik
Sebiji bawang besar
2 inci halia muda
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh beras
1 biji cili besar
Sedikit belacan (kalau suka)
Sedikit garam
Sedikit gula.

Cara:
1. Buah mangga dikupas dan diracik halus.
2. Goreng tanpa minyak: lada hitam, udang kering dan beras hingga kering dan naik bau. Kisar halus.
3. Tumbuk cili besar bersama belacan hingga lumat
4. Bawang besar dan halia muda dihiris halus.
5. Gaulkan semua bahan bersama. Campurkan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!



==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.