Langkau ke kandungan utama

Jangan Merajuk, Sayang...

Assalamualaikum..... 


Anak kecil merajuk.. comel je..

Kita berpantun dulu.....

pergi keladang betik di petik
dimakan sejuk tersedak sedak
sengaja abang tinggalkan adik
rajuk adik pujuk tak hendak !

serawan jala dalam pedati
tercarik dek paku rasa kecewa
sekali sekala merajuk hati
bagai memaku kasih di jiwa !

akar menjalar masuk ke huma
sering terlangkah akar yang kering
hati dibiar merajuk lama
kering merekah berkeping keping !

buah pauh banyak jatuh
jatuh merata ditepi nisan
orang jauh hati pun jauh
pada kita tidak berpesan

Kata orang, Kasih pada yang sudi, Rajuk pada yang sayang.... 

Anda sering merajuk? Mengapakah dalam suatu perhubungan, suami - isteri, kekasih, anak- ibu bapa, kawan-kawan, istilah merajuk tidak dapat dibuang atau ditepis? Ada tu merajuk sekejap saja. Ada yang merajuk tersangat lama. Ada yang tunggu dipujuk tapi ada juga yang malang, tak siapa sudi nak pujuk rayu... kesian!

Kenapa merajuk? Ada banyak sebab. Antaranya:

1. Tidak dapat apa yang diinginkan

Si dia menginginkan sesuatu, anda buat tak tahu. Bo layan, kata orang. Apa lagi, cemberutlah mukanya. Tarik muka, terus mendiamkan diri, marah-marah adalah antara demonstrasi merajuk. Huhu....

2. Cemburu

Anda kurang perhatian kepada si dia. Anda melebihkan yang lain. Lebihkan keluarga, lebihkan kawan-kawan, lebihkan hobi, lebihkan kerjaya.... Si dia rasa terpinggir... Jaga-jaga!

3. Untuk mendapat sepenuh perhatian dari anda

Si dia marah, tidak selesa, rasa terseksa namun dia melampiaskan kepada anda dengan cara merajuk terutama bila dia berkisah tapi anda buat tak kisah. Dia bercerita, mencurah rasa, anda terlelap mendengar. Hehe... saja cari penyakit...

Nak pujuk ke tak ni? Kalau nak pujuk, cuba tip-tip berikut:

1. Terangkan perkara sebenar

Kalau dia merajuk kerana cemburu, terangkan yang sebenar tentang segala yang dicemburuinya. Berkata benarlah dan pastikan dia memahami. Tegaskan kepadanya bahawa anda menyayangi dia atau mencintainya dan tidak ada sebab untuk dia merasa cemburu lagi. Tegaskan pendirian anda jika anda tidak suka pada rajuknya!

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur dalam sesuatu perhubungan. Mempunyai kekasih yang suka merajuk sebenarnya sangat menyiksakan (senyum..). Kalau sering memujuknya, akan jadi tabiat pula sikap merajuk itu hingga boleh menimbulkan kebosanan. Tetapi kalau tidak dipujuk berhari-hari malah berminggu-minggu si dia membawa hati. Susah, kan? So, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sama ada hendak memujuk atau membiarkan, terserah! Tapi, biar kedua-duanya selesa. Jangan ada yang jemu, jangan ada rasa meluat pula. 

3. Cuba bergurau

Ketika si dia merajuk, cuba anda bergurau senda dengannya. Panggillah dia dengan menggunakan istilah-istilah seperti; "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Kalau si dia merajuk disebabkan perkara remeh, pasti, dia akan tersenyum meleret atau mungkin terus ketawa lalu mencubit anda yang nakal mengusiknya. Cubalah!


Hakikatnya si dia yang sering merajuk mengharapkan pujukan anda. Namun, tanpa disedari sikap sering memujuk inilah yang menyebabkan perangai suka merajuk itu semakin menjadi-jadi. Jika semasa bercinta bolehlah ditahan perasaan marah dan merendahkan ego untuk memujuk. Tetapi jika perangai merajuk ini tidak berubah-ubah  bila sudah berkahwin, ia tidak akan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Takut nanti, anak-anak menggunakan senjata merajuk mereka untuk menarik perhatian ibu bapa bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Bagi anda yang suka memujuk, anda akan lebih pening bila makin lama anda bersama dengan orang yang kuat merajuk ini. Sebabnya mereka tahu kalau mereka merajuk, layanan akan jadi lebih istimewa. Dibimbangi, banyak masalah rumah tangga akan timbul kerana “kaki sudah naik ke kepala”. 

Hendak disalahkan kepada siapakah nanti? Si dia yang kuat merajuk? Atau anda yang suka memujuk? Ada kalanya, sekali sekala anda perlu tinggikan ego anda dan menahan diri daripada memujuk supaya si dia mampu berfikir tentang sikapnya yang kuat merajuk itu. Dia akan mula tertanya-tanya apakah merajuk itu betul atau salah, patut atau tidak!

Perempuan memang suka merajuk tetapi sebenarnya bukanlah mereka mengharapkan anda akan tunaikan semua permintaan mereka atau melayan mereka bagaikan puteri. Cuma, mereka selalu  mengharapkan agar anda memberi perhatian dan mempertimbangkan permintaan mereka. Itu sahaja. 

thanx to:


==========================================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…