apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.10.11

Duit lagi! Murah rezeki!


Assalamualaikum..... 


Berita baik lagi ni...agak... hujung tahun ni, banyak sungguh berita baik dan menyeronokkan! Duit untuk anak-anak, duit untuk seisi rumah, naik gaji... 

Semoga tahu bersyukur, ya! A'ha... jangan silap! Bersyukur kepada Yang di atas sana, Yang Esa kerana nikmat ini datangnya daripada DIA! Yang bercakap nak bagi tu hanyalah perantara...

Aku nak buat pembetulan sikit! Actually, untuk anak-anak yang bersekolah, duit RM100 tu akan cuba diberikan secara tunai. Ini menurut kata seorang temanku. Mungkin melalui Guru Tingkatan sebelum berakhir Disember nanti! 

So, bulan 12 ini juga nanti, dijadualkan bermulanya pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
Buat masa ini, Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu.
- Pengerusi LHDN Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah

Betullah tu! LHDN perlulah memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini. Untuk apa? Bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember. 

Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan. 
- Bernama

sofi: tak sabar nak tahu gaji naik banyak mana... hehe

=========================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.