Langkau ke kandungan utama

Dia Idaman Jiwa 1

“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana sekalipun!

Abid tahu Aliah masih marahkan dirinya. Peristiwa semasa minggu suai kenal pelajar tahun satu masih melekat dalam ingatannya. Masih terpandang-pandang tingkah gadis genit itu. Masih terdengar-dengar suaranya yang lembut. Gayanya yang sopan. Dan wajah yang amat mendamaikan.

Tapi, selaku salah seorang orang kuat Majlis Perwakilan Pelajar, dia memanglah terkenal sebagai seorang yang ego dan sombong. Dirinya tidak mudah tersenyum. Suara garaunya cukup lantang memberi arahan. Dan, dia memang tidak pernah beri muka kepada ‘freshie’

“Abang, boleh saya mintak tanda tangan abang tak?”

“Kau tak nampak aku tengah sibuk ni? Pergi mintak pada orang lain dulu.” 

Abid buat-buat sibuk sahaja sebenarnya. Biasalah, budak baru memanglah kena buli sikit!

“Saya dah dapat yang lain. Abang yang terakhir.”

Bulat mata Abid. ‘Biar betul! Punya ramai senior bertugas, budak ni boleh dapatkan semua tanda tangan diorang?’ gema hati yang tidak percaya.

Ditatap wajah itu buat pertama kali. Gulp! Terus tidak berkelip matanya merenung. Langsung tidak menyedari bahawa gadis itu gelisah akibat perbuatannya. Abid sudah betul-betul terpukau.

Aliah ketap bibir. Malu sungguh menjadi mangsa sepasang mata lelaki itu yang nakal. Rasa hendak ditutup dengan jari jemarinya sahaja. Atau lebih baik lagi, biar dicucuk dengan garfu! Buta terus jadi buta macam Kasim Selamat. Senang!

Abid tersedar bila Alimi menepuk belakangnya. 

“Kau kenapa? Dah kena sampuk?” usik sahabatnya itu.

Soalan itu buat Abid jadi marah pada budak baru yang masih berdiri tegak di hadapannya. Belum pernah dalam sejarah hidupnya, dia tertarik kepada mana-mana perempuan pada kali pertama pertemuan. Belum pernah dia kehilangan kata-kata. Jauh sekali hendak merasa tertarik. Tapi... ah, tak boleh jadi ni!

“Kenapa abang koyakkan kertas saya tu?” jerit Aliah lantang sebaik Abid menarik kertas di tangannya lalu terus mengoyakkannya. Rasa hendak menangis pun ada! Sedih betul bila melihat cebisan-cebisan halus itu dibiarkan bertabur dan berterbangan. Ditahankannya kerana dia tetiba jadi geram terutama bila lelaki itu tersengih sambil berpeluk tubuh kini.

“Dua hari saya pusing keliling nak dapatkan tanda tangan tu semua, awak tahu tak?”Jeritnya. Tak peduli dah pada larangan supaya akur dan patuh pada ‘senior’. Siapa suruh pakcik ni koyak kertas tu? Ingat senang dia hendak mendapatkan semua tanda tangan tu? 

“Kau sepatutnya mintak tanda tangan aku dulu! Kau tak kenal siapa aku ke? Hah?”

“Sebab awak tu manusia yang paling garang! Itu fasal awak yang terakhir.”

“Apa? Kau berani cakap macam tu dengan aku?”

“Saya hanya takut pada ALLAH. Dan, saya dah tak kisah pun awak buat macam tu! Saya anggap awak dah tanda tangan.”

“Hey, kau nak pergi mana tu?”

Aliah tidak peduli. Dia teruskan melangkah.

Abid semakin panas hati. “Tunggu kau! Selagi aku tak kenakan kau, nama aku bukan Abid bin Zuhairi. Kau dengar tak?”

Freshie yang lain kecut perut mendengar laungan Abid tapi Aliah hanya tersenyum sinis meski dalam hati perasaan cemas tetap hadir. Apakah yang menantinya nanti?

2
Malam kebudayaan. Ada pertandingan berlakon, menyanyi dan menari antara kolej kediaman. Aliah terpilih untuk berlakon. Terkumat kamit mulutnya menghafal skrip ketika duduk di belakang pentas. Watak gadis yang merayu-rayu pada kekasih hati itu cuba dihayati walaupun dia sebenarnya tidak suka langsung pada karektor itu. Lemah dan sama sekali bertentangan dengan prinsip hidupnya.

“Aliah, your turn!”

Aliah mengangguk. Dia mengemaskan baju kurung yang dipakai. Wajah kak Zahira yang sedang merenungi dirinya ditatap seketika. Dia nampak riak tidak puas hati pada wajah pengarahnya itu. Kak Zahira marah sebab Aliah berdegil, tidak mahu memakai baju labuh berwarna merah yang diberi tadi. 

Masakan dia hendak mengenakan baju yang sebegitu? Berlakon, berlakon juga, aurat tetap kena jaga!

Tepukan bergemuruh ketika dia menaiki pentas buat dada Aliah berombak kencang. Apa lagi bila melihat ke arah lelaki yang sedang membelakanginya. Lagilah risau. Bolehkah dia berlakon dengan baik ni? Tanya hati.

Budak baru manalah yang menjadi pakwe dia malam ini? Ah lantaklah! Ini yang pertama dan terakhir. Habis malam ni, boleh tutup buku dah! Mereka semua akan bebas dari cengkaman senior.

Rasa tidak sabar sahaja untuk memulakan pelajaran. Memulakan hari-hari yang penuh dengan assignment dan tutorial serta kuliah. Hmm..

“Awak, saya minta maaf, wak! Saya janji, saya tak akan ulang lagi semua kesalahan. Saya janji, saya tak akan buat awak terluka lagi! Awak, terimalah saya semula, ya! Saya betul-betul sayangkan awak. Sayanggg... sangat!”

Uwekss... dia sendiri rasa hendak muntah menyebut kata-kata rayuan itu. Apa lagi kalau orang yang mendengar. Tidak hairanlah ada dalam kalangan penonton yang sudah boo...booo.... Siapalah agaknya penulis skrip bodoh ini?

Aliah terpempan bila lelaki yang kononnya ialah si kekasih hati berpaling. Memang terkejut! Sejak bila pulak mangkuk ayun ni jadi ‘freshie?’.

Hati mula rasa tidak sedap. Terutama bila memandang senyuman yang kini sinis menguntum pada bibir itu. Arghh, memang dirinya sudah terkena. Sudah masuk dalam perangkap si Abid ni! Sakitnya hati, Tuhan saja yang tahu setelah menyedari dirinya tertipu bulat-bulat dengan pujuk rayu kak Zahira. Rasa ingin sahaja dia mematahkan tengkok kakak tahun tiga itu.

Abid kini sudahpun berdiri hampir di sisinya. Lelaki itu berbisik perlahan namun masih dapat Aliah dengar ugutannya. 

“Kalau kau lari turun dari pentas ni....”

Macam mana lelaki ini tahu gerak hatinya?

“Masih sayang ya? Cinta? Mana buktinya? Eh, Aliah! Kau ingat aku buta ke selama ini? Kau ingat, aku tak nampak kau ke hulu ke hilir dengan orang lain? Hei, ini Abidlah! Kau tak akan boleh permainkan hati dan perasaan aku!”

Wah, begitu bersungguh lelaki itu berlakon. Agaknya, garang dan bertempik sudah menjadi darah daging dia kut, hati Aliah mengomel. Sukalah tu dapat mengenakan orang? Jelingnya bila terlihat senyuman yang menyakitkan hatinya itu sekali lagi.

Melihat Aliah yang kaku berdiri, Abid mendekat.

“Your line! Ke dah lupa? Bagus jugak kalau kau lupa. Bolehlah aku reka ayat-ayat cinta untuk kau. Kau tentu suka, kan?” bisiknya sebelum menjauhkan diri untuk berdiri di tengah ruang pentas semula.

Sindiran mamat poyo itu buat Aliah tersentak. Ayat-ayat cinta? Yang ada dalam kepala pun rasa amat menyakitkan, ini hendak mendengar pengakuan palsu pula? Hisy, tolonglah! Tak sanggup!

Lakonan mesti diteruskan, fikir Aliah. Dia tidak mahu lelaki ini memandang rendah pada dirinya. Kerana dia bukan seorang yang lemah. Dia ada prinsip. Dia punya pendirian. Lelaki ini perlu belajar menghormatinya.

“Awak, kita pernah ada masa-masa yang indah bersama. Tolonglah! Jangan lepaskan apa yang kita pernah miliki. Saya dah mengaku salah dan saya janji, saya tak akan ulang lagi semua kesilapan saya. Terimalah saya semula sebagai kekasih awak. Saya janji, saya akan setia pada awak sorang. Percayalah!”

Dalam hati, Abid rasa hendak ketawa melihat wajah Aliah. Hah, baru dia tahu siapa Abid? Berani nak garang-garang dengan senior lagi? Tunjuk heroin sangat?

“Buktikan!”

Eh... ni dah tak ada dalam skrip. Otak Aliah mencerna kata-kata Abid. Oh, nak kenakan akulah ni, ya? Cis!

“Buktikan dengan apa, wak?” wajahnya dimaniskan dengan senyuman plastik.

Abid sengih. “Jerit di sini yang kau cintakan aku. Macam dalam cerita Hindustan tu. Jerit sekarang, “Abid, I love you soooo much!”

“Abid, I love you so much!”

“Kuat lagi! Aku tak dengar!”

Aliah beri jelingan maut tapi kali ini suaranya lebih langsing. “Abid, I love you soooo much!”

Abid semakin seronok terutama bila dilihat kawan-kawan yang menonton sudah mula ketawa mengekeh. “Kuat lagi! Bagi semua orang dengar isi hati kau tu!”

“Abiddd..... Saya sayangggggg awakkkkkk!” jerit Aliah macam nak terkeluar anak tekak.

Abid tatap wajah itu. Hatinya puas. Terutama bila dilihat muka Aliah yang sudah merah padam menahan rasa malu.

“Tapi, aku tak sayang kau. Aku tak suka kau. Aku benci kau! Kau... tak akan pernah dapat miliki hati aku, Aliah! Kau tak akan boleh jadi kekasih aku. Bye!”

Dia turun meninggalkan Aliah termangu. Puas rasa hati setelah dapat membalas dendam. Hari tu, Aliah meninggalkannya di depan semua setelah puas menengking dirinya. Malu sungguh dia! Bayangkanlah bila lelaki kegilaan ramai diherdik, dimarahi di hadapan semua orang? Mana nak letak muka hensemnya?

Berbaloi dia meminta bantuan Zahira. Masuk juga Aliah ke dalam perangkapnya. Haha... padan muka! Macam ayam berak kapur kat atas pentas tu! Saat dia menoleh, Aliah terduduk di tengah-tengah pentas sambil menyeka air mata yang mengalir di pipi gebu. Namun sedikitpun dia tidak tersentuh. Sehingga tirai dilabuhkan, Abid tetap dengan pendiriannya. Keras menolak rasa kasihan yang tetiba hadir dalam hati.

Lamunan terhenti bila Aliah bangun dengan tergesa-gesa.

“Kau nak ke mana?”

“Saya dah kenyang.” Aliah segera berpaling namun langkah terhenti bila Abid memegang lengannya kejap.

“Lepaslah!” tangan Abid ditepis kuat.

“Duduk dulu. Aku ada benda nak cakap dengan kau.” Tegas Abid.

“Tapi, saya tak ada telinga nak dengar cakap awak. Lagipun, awak tak takut ke saham awak jatuh? Lupa dah pada ayat-ayat ego awak kat atas pentas dulu?” Aliah segera mengulanginya...

“Aku tak sayang kau. Aku tak suka kau. Aku benci kau! Kau... tak akan pernah dapat miliki hati aku, Aliah! Kau tak akan boleh jadi kekasih aku.”

Dia kemudian menatap wajah Abid dengan garang.

“Saya tak sayang awak. Saya tak suka awak. Saya benci awak. Awak tak akan pernah dapat miliki hati saya, Abid. Awak tak akan boleh jadi kekasih saya. Faham?”

Abid melepaskan keluhan. Susah payah dia mencari Aliah. Bila berjumpa, Aliah tetap bersikap keras kepala. Langsung tidak peduli padanya. Langsung tidak mahu bercakap apalagi hendak melontar senyum. Ah, memang mencabar untuk memiliki gadis ini. Memang mencabar untuk menggodanya. Kalaulah boleh dibiarkan...

Tak mungkin! Yang susah dapat inilah yang akan terus dikejar. Yang susah dapat inilah yang akan cuba ditundukkan. Yang susah dapat inilah bakal menjadi suri hatinya.

Ya, Aliah... kau tidak akan dapat lari jauh dariku. Percayalah, kau akan jadi milikku satu hari nanti kerana kaulah idaman jiwa ini!


========================

Ulasan

  1. suke sgt cite ni..kak,sambung lagi ea nti..jahat la si abid nih wat camtu kat aliah..

    BalasPadam
  2. pembukaan cerita yang bagus

    BalasPadam
  3. salam..
    kak sofi, best sgt2, sy suka =)

    BalasPadam
  4. Anonymous, insyaallah akan disambung nanti

    BalasPadam
  5. aisyah, kak sofi pun suka juga, hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…