apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.10.11

Cinta bukan untuk memiliki?

Assalamualaikum..... 


Cinta tak semestinya memiliki...

Ungkapan yang selalu kita dengar, ketika cinta putus di tengah jalan. 


Kata-kata yang sering terungkap, bila seseorang bertepuk sebelah tangan... 


Namun... apakah hati kecil kita sanggup menerima kenyataan melihat dia bersama orang lain? Sanggup?


Kalau anda sanggup, pasti anda memerlukan masa yang lama... sangat lama, untuk mencintai tanpa memiliki.


Kalau anda tak sanggup, maka, berhenti memikirkan tentang dia! Sakit? Pedih? Sudah pasti! Tapi daripada terus bermimpi dan melupakan realiti? 
Aku hanya bisa terdiam melihat kau pergi. Dari sisiku. Dari sampingku. Ada yang hilang dari perasaanku....yang terlanjur sudah ku berikan padamu...
(Ipang, Realita Cinta dan Rock 'n' Roll) 

Menjalin suatu hubungan asmara memang selalu memberikan kesan yang sangat indah dan anda harus mempertahankannya jika memang sudah sepadan.


Seorang kekasih yang terbaik adalah sahabat yang terhebat. Apakah anda tahu?


Tetapi, saat anda mencintai seseorang, jangan pernah berharap bahawa dia akan mencintai anda sebanyak anda mencintainya.

Jangan pernah merasa takut untuk jatuh cinta biarpun ia nanti akan berakhir dengan kekecewaan dan penderitaan. Bukankah lebih baik menangis bila cinta putus di tengah jalan daripada menangisi nasib yang tidak pernah berjaya memiliki cinta insan yang dicintai dalam diam?

Cinta bukan hanya sekadar perasaan tetapi sebuah komitmen. 


Perasaan bisa datang dan pergi begitu saja tetapi cinta tidak harus berakhir bahagia kerana cinta tidak harus berakhir.

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan kerana cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran tetapi dari lubuk hati yang paling dalam.

Saat anda mencintai seseorang sebaiknya anda jangan mengharapkan apapun sebagai balasan kerana jika itulah yang anda fikirkan, itu bukan cinta tetapi obses pada cinta. 

Anda harus bersedia untuk menerima penderitaan bila anda mencintai dia kerana di saat anda mengharapkan cintanya mampu membahagiakan, anda bukan mencinta tetapi mengambil kesempatan atas cintanya.

Tahukah anda bahawa akan lebih baik jika anda kehilangan harga diri dan ego demi cinta berbanding anda kehilangan cinta si dia kerana mempertahankan ego anda.

Apabila suatu cinta meninggalkan hati anda, pasti perit rasanya dengan hati yang terhempas pecah berderai bagaikan serpihan-serpihan kaca jatuh ke lantai....tetapi percayalah, tancapkanlah dalam fikiran bahawa akan ada seseorang yang baru, yang lain, yang bersedia menyembuhkan luka anda itu dan dia akan mengumpulkan kembali serpihan-serpihan kaca tersebut agar hidup anda kembali pulih. 

sumber: 




===========================================

2 ulasan:

  1. saya rela melepaskan dia jika dia sudah jumpa yg lain. tapi kenapa setelah kami berumah tangga dan tika anak2 meningkat remaja. andai ku tahu, inila dirimu yg sebenarnya sebelum kita berkahwin, memang aku tidak sudi bersuamikan dirimu. Kini, aku hanya berserah kepada Allah. Walau di hati sudah tiada perasaan sayang, sudah hilang kepercayaan, akan ku teruskan jua hubungan ini walau pun dlm kepuraan demi anak2. Kau bukan milikku dan aku juga bukan milikmu.

    BalasPadam
  2. @Anonymous, jodoh adalah hak ALLAH, DIA yang tentukan, jangan dikesalkan. anda insan terpilih yang diujiNYA. terima kasih kerana masih bertahan dalam rumah tangga demi anak-anak. berdoalah banyak-banyak dan bersabarlah....
    maaf, kalau kata-kata kak sofi buat anda terluka....

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.