Langkau ke kandungan utama

Cinta atau Nafsu



Assalamualaikum.....

Seorang manusia lahir bila benih ibu dan ayah bercantum. Dari kecil dibelai, dimanja, dipukul. Pukul pun bukan kerana marah tapi lebih kerana sayang dan ingin mendidik. 

Semakin membesar, anak makin jauh dari ibu dan ayahnya. Terutama kalau sedari umur 13 tahun dah duduk di asrama. Jika ibu dan ayah leka, maka jauhlah juga jadinya hubungan kasih sayang dan keakraban. 

Kebanyakan anak-anak hari ini merasakan mereka jauh lebih bijak daripada ibu dan ayah. Al - maklum, anak-anak jejak kaki ke universiti, pegang ijazah, master malah ada PhD. Mak dan ayah ada apa? Buta huruf, buta kayu... buta semua. 

Mungkin kerana itulah agaknya, seorang anak perempuan sanggup memalukan ibu dan ayah yang melahirkannya. Bukan sekali malu, tetapi dua kali......

HILANG... Muhamad Fadzil menunjukkan gambar anak dan dua cucunya yang gagal dikesan

Azizah Gulap Din, 56, dan suami, Muhamad Fadzil Nordin, 59, ialah ibubapa kepada Ros Mawati, 31. April lalu, pasangan warga emas itu berdepan detik memalukan apabila majlis perkahwinan besar-besaran Ros Mawati, seorang janda beranak dua, bersama seorang lelaki mendakwa ahli perniagaan dari Brunei kecoh selepas diserang seorang wanita yang mendakwa isterinya. Wanita berkenaan turut mendedahkan lelaki itu pernah berkahwin tiga kali menggunakan khidmat sindiket nikah palsu. Lebih teruk lagi, wanita terbabit merayu lelaki itu mendaftarkan dulu kelahiran anak mereka berusia tujuh tahun yang gagal memasuki sekolah akibat ketiadaan sijil kelahiran.

Keluarga Ros Mawati terpaksa membatalkan majlis perkahwinan tersebut biarpun waktu itu majlis sedang dihadiri beratus tetamu.

Malangnya Ros Mawati tidak dapat menerima kenyataan. Ros Mawati bersama dua anaknya, Arina Batirsha Amirzudin, 1, dan Arisa Balqis Amirzudin, 6, lari meninggalkan rumah, dipercayai mengikut lelaki itu pada 19 Mei lalu dengan menaiki sebuah kereta Proton Satria dan hilang sehingga sekarang.

MasyaAllah, butakah mata dan hati kerana cinta? Ataukah dikaburkan oleh kemilau tuntutan nafsu serakah? Tidakkah tahu betapa hancur hati ibu dan ayah akibat perbuatan itu? 

Anda yang sedang membaca,
Kita boleh saja melupakan jasa ibu dan ayah. Kita boleh saja menyakitkan hati mereka. Kita boleh saja membentak, membenci, melukakan perasaan mereka tapi....

Jangan lupa,

Kita bakal jadi ibu. Kita bakal jadi ayah. Satu waktu, kita bakal diuji yang sama atau lebih dahsyat lagi. Satu waktu, anak-anak kita akan mengulangi menderhakai kita kerana kita adalah anak derhaka yang mereka contohi. Satu waktu, air mata kita akan menitis sedih akibat kebiadapan anak-anak kita kerana hari ini, kita menyebabkan ibu dan ayah kita menangis. 

Cinta....
Nikmatnya tidak seberapa. Sebaik cinta itu kita miliki, ia akan menjadi hambar bersama peredaran masa. Tidak ada yang kekal abadi dalam dunia ini. 

Tapi, 
Janji ALLAH itu pasti. Bahawa, anak yang derhaka kepada ibu dan ayahnya, tidak akan mencium bau syurga, bukankah begitu?

Kita hidup untuk mendapat redha ALLAH. 

Wallahualam.

==========================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…