apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.10.11

Billionair, banyak duit tapi....

Assalamualaikum.....

Sesetengah orang adalah terlalu cerdik untuk mengikat dirinya di dalam ruang belajar. Maksudnya, ada orang yang berjaya dalam hidup dan menjadi terkenal serta punya banyak wang dalam dunia ini tetapi mereka ini bukanlah orang-orang yang pandai / bijaksana, yang punya deretan PhD, master, ijazah, diploma atau sijil-sijil lainnya. 

Di bawah ini adalah senarai orang-orang yang merupakan 'dropouts' dari kolej, universiti mahupun sekolah namun mereka merupakan jutawan, hartawan terkemuka dunia. 

Sachin
Kenal dia? Sachin Tandulkar tu! 
Pemain kriket terkemuka India ini tak pernah masuk kolej pun!

Jobs
Beberapa hari lepas nama Steve Jobs, melonjak naik. 
Apa lagi? Skandal lah! Tapi bukan itu yang nak aku sentuh. 
Aku nak anda tahu yang dia ni masuk Kolej Reed, Oregon tapi selepas satu sem, dia cabut. 
Kini, dialah salah sorang pengasas Apple dengan nilai billion dollar.

Gates
Pasti anda kenal Bill Gates. Dia mengidap autisme, tau. 
Tapi otaknya.. whoaa sungguh geliga. 
Bagaimanapun, dia tinggalkan Harvard untuk memulakan Microsoft Corps.

Mark
Salah seorang billionair termuda dunia. 
Dialah Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial Facebook. 
Tak sempat habiskan pengajian di Universiti Harvard.

Speilberg
Steven Spielberg. 
Orang filem sanjungi dia kerana berjaya hasilkan movies hebat.. 
Contoh? ET. Pernah dengar? 
Dia ni lagilah. Tak pernah dapat pendidikan formal pun malah... 
nak mintak masuk institut berkaitan filem pun kena reject!

Lauren
Lelaki di sebalik jenama Ralph Lauren. 
Elok-elok belajar bisnes di Kolej City, New York, dia cabut. 
Memulakan dengan men'design' tali leher, 
dia akhirnya memulakan empayar perniagaannya, Polo. 

Simon
Ada yang tak kenal dia ni? 
Simon Cowell, si mulut celopar masa jadi juri American Idol. 
Tapi sangat berjaya orangnya. Iyalah dunia milik dia...

Mungkin ada yang tanya agaknya.... apa yang cuba kak Sofi sampaikan? Mesej? Mesej? 

Senang aje! 

Jangan pandang rendah pada orang-orang yang meninggalkan sekolah (dropouts). Jangan pandang sebelah mata pada murid yang nakal, malas, serabut, suka buat masalah, yang bermasalah... di sekolah! Anda tak tahu nasib dan apa bakal terjadi satu masa nanti. Mungkin dia akan jadi lebih berjaya daripada anda. 

Ilmu... bukan sekadar segulung sijil, PhD, Master, Ijazah mahupun Diploma. Tapi, ilmu yang lebih berharga ialah pengalaman. Betulkan, kalau aku silap.

petikan: yahoo


  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.