Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum.....  Berapa ramai di antara kita yang tahu maksud klip 3GP, to be honest laa? Berapa ramai yang tahu bahawa perkataan i...

Bila Sebut 3GP, Remaja Senyum, Orang Tua Terpinga-pinga..

By Oktober 16, 2011

Assalamualaikum..... 




Berapa ramai di antara kita yang tahu maksud klip 3GP, to be honest laa? Berapa ramai yang tahu bahawa perkataan itu, '3GP', merupakan kuman yang sedang menular dalam kehidupan sosial kita? 

Semakin canggih penciptaan telefon bimbit terutamanya, maka semakin tersenyumlah mereka yang mempunyai satu tabiat pelik iaitu suka merakam aksi/perlakuan yang sepatutnya menjadi rahsia peribadi, iaitu aksi di ranjang. Telefon bimbit digunakan untuk merakamkan aksi 'panas' , konon sebagai simpanan peribadi. 

Kalau anda masih ingat tentang beberapa kisah yang menggunakan istilah MELAMPAU/TERLAMPAU satu masa dulu? Tapi masa tu diorang pakai video camera.. bukan telefon bimbit. Bagaimanapun motifnya sama iaitu untuk koleksi peribadi. Malangnya, lain pula yang terjadi apabila ada anasir/parasit mengambil kesempatan menyebarkan gambar-gambar itu di internet. 

3GP ialah versi termudah bagi format bekas MPEG-4 Bahagian 14 (MP4) yang direka untuk mengurangkan keperluan-keperluan storan dan lebar jalur bagi kegunaan telefon bimbit. Ia menyimpan strim-strim video seperti MPEG-4 Bahagian 2, H.263 atau MPEG-4 Bahagian 10 (AVC/H.264), serta strim-strim audio sepertiAMR-NB, AMR-WB, AMR-WB+ atau AAC-LC


Fail 3GP selalunya merupakan endian besar dan menyimpan serta memindahkan bait yang terpenting lebih dahulu. Ia juga mengandungi huraian saiz imej dan kadar bit


Adanya dua piawai yang berlainan bagi format ini:
a) 3GPP (untuk telefon berasaskan GSM dan boleh mempunyai sambungan nama fail .3gp)
b) 3GPP2 (untuk telefon berasaskan CDMA dan boleh mempunyai sambungan nama fail .3g2)

Kedua-duanya berasaskan video MPEG-4 atau H.263, dan audio AAC atau AMR.

Apabila dipindahkan ke sebuah komputer, filem-filem 3GP boleh ditonton pada pelantar-pelantar Linux, Mac, dan Windows dengan masing-masing menggunakan atur-atur cara seperti RealPlayer, QuickTime, dan Media Player Classic

Pemain media VLC juga boleh dipergunakan untuk kesemuanya.

Tu dia, panjang lebar huraiannya aku perolehi daripada wikipedia.

Hari ini, gambar yang dirakam, dimuat naik ke Internet malah turut boleh disebarkan daripada satu telefon kepada telefon yang lain sebagai santapan mata, khususnya di kalangan remaja lelaki.

Ketahuilah bahawa gejala ini iaitu menggunakan telefon bimbit untuk merakam aksi lucah, boleh dianggap satu masalah sosial yang semakin membarah kerana ia menjadi hobi di kalangan masyarakat, khususnya remaja.

Apa yang dipertontonkan?

Rakaman aksi asmara pasangan kekasih, termasuk yang masih bersekolah, ada juga wanita menggunakan kecanggihan teknologi itu untuk merakam aksi ghairah mereka dalam keadaan bogel atau separuh bogel dengan tujuan sebagai tatapan khas kekasih mereka. Tidak kurang juga ada aksi dirakam menggunakan kamera web oleh pasangan kekasih atau individu bagi tontonan pihak lain. Lebih teruk lagi, ada pelajar sekolah berbangga merakam tubuh mereka dalam keadaan bogel atau separuh bogel dan bergembira dalam rakaman itu. Malah ada yang membabitkan pasangan suami isteri juga!!

Kesan dalam hidup kita?


Apa lagi? Keruntuhan moral, tentunya! Harga diri dan maruah hilang, entah ke mana dicampakkan. Ia satu tabiat buruk di kalangan remaja. Nyata dan sukar dibendung lagi! Ia satu fenomena yang perlu diberi perhatian oleh banyak pihak, termasuk ibu bapa.


Mengapa? 
Ini kerana, menerusi format 3gp, perkongsian fail video berkenaan lebih mudah kerana bersaiz kecil, mempunyai kualiti hampir sama dengan format kamera video profesional iaitu MP4 atau AVI, dan senang dimuat naik ke Internet atau disebar di kalangan pengguna telefon bimbit.
“Fenomena ini sebenarnya sudah lama berlaku, terutama di luar negara, dan dikenali sebagai sexting. Cuma kini ia menjadi bahan hiburan kebanyakan remaja di negara ini kerana lebih mudah dirakam, disimpan dan disebarkan,” 
Kebanyakan klip 3GP yang memaparkan aksi lucah pasangan remaja dirakam menggunakan telefon bimbit dan selebihnya dirakam menggunakan peranti yang mempunyai kebolehan untuk merakam video dan juga menerusi kamera web (web cam)


Berdasarkan carian di Internet saja, hampir 20,000 klip seumpama itu yang memaparkan aksi lucah atau video seks membabitkan rakyat di negara ini. Klip berkenaan yang biasanya ditulis dengan tajuk ‘Melayu 3gp’, ‘Awek 3gp’ atau ‘Bohsia 3gp’.  

Daripada jumlah itu, dipercayai hampir 60 peratus dirakam tanpa kerelaan atau pengetahuan pasangan masing-masing. Ada juga dirakam secara curi-curi oleh pihak ketiga yang mengintai aksi asmara pasangan kekasih, terutama di kawasan tersorok membabitkan kawasan perkelahan, melalui tingkap rumah atau kamera tersembunyi dan juga aksi wanita dicabul dalam keadaan sedar atau tidak.

Manakala 40 peratus lagi adalah aksi lucah wanita dalam keadaan mengghairahkan atau aksi pasangan, terutama remaja melakukan aksi ringan-ringan dan aksi seks.
“Daripada aksi ini, yang kita risaukan adalah ia dieksploitasi oleh pihak tertentu bagi mengaut keuntungan. Jika kita lihat dalam laporan media, kebanyakan klip 3gp yang dirakam itu walaupun dengan kerelaan pasangan masing-masing, akhirnya digunakan untuk mengugut mangsa,” 
Tindakan?


Membatalkan perkhidmatan penyedia aplikasi berkenaan berikutan melanggar peraturan perkhidmatan penyedia aplikasi telefon bimbit.

Apa kata remaja?

1. Tidak sukar mendapatkan klip seumpama itu kerana ada yang boleh dibeli di kedai telefon tertentu dengan bayaran serendah RM5 bagi satu klip video selama lima hingga 10 minit.

Jika tidak mahu membeli sekalipun, mereka boleh melihatnya dalam laman web tertentu tanpa mengenakan bayaran atau melalui perkongsian dengan rakan yang memilikinya.
“Ada klip membabitkan aksi rakan saya dengan kekasihnya sebagai bukti kehebatan mereka. Bagi membuktikan dia melakukan seks dengan kekasih, rakan saya menunjukkan aksinya yang dirakam dengan telefon bimbit,” 
2. “Saya menyimpan beberapa klip 3gp sebagai koleksi peribadi. Walaupun bukan aksi saya, namun uniknya ada aksi dilakukan pelajar yang lengkap berpakaian sekolah,” 

3. Klip 3gp antara koleksi paling mudah disimpan remaja. Ini kerana, dengan hanya menggunakan telefon bimbit, ia boleh ulang tayang semula pada bila-bila masa dan tempat paling selamat untuk disimpan daripada pengetahuan keluarga.
“Fail 3gp kecil tapi aksi mereka boleh dilihat dengan jelas. Yang menyeronokkan mengenai klip seks 3gp adalah ia aksi sebenar remaja kita dan bukan lakonan. Jadi, rasa ghairah itu lebih dirasai dan sebab itu ramai kawan menjadikannya sebagai koleksi video dalam telefon bimbit mereka,” 
rujukan :metro 
==========================================

You Might Also Like

2 comments

  1. salam, cikgu sofi
    keruntuhan akhlak remaja melayu Islam..sangat membimbangkan,
    sangat menakutkan, ..
    -che`leen-

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.