Langkau ke kandungan utama

Biarkan kami di sini...


Assalamualaikum.....

Waktu anak-anak kita kecil, kita suami isteri pula bekerja... maka anak-anak kita, kita hantar ke nurseri. Di nurseri, anak-anak kita belajar berkawan, belajar berdikari. Kadang-kadang akibat pergaulan pelbagai watak, sikap anak jadi kasar malah mungkin ada yang suka melawan.Tapi, kita sabar dan cuba membentuk jati diri mereka semula mengikut cara kita.

Hari berganti hari, anak jadi remaja, kemudian dewasa, kahwin dan berkeluarga. Kita? Tentunya makin tua. Makin kurang bertenaga. Kita makin lemah. Kita mula menjadi beban (bukan semua tetapi ada anak-anak yang menganggap begitu. Nauzubillahiminzalik!)

Menjaga orang tua, baik ketika mereka sihat ataupun ketika sakit amat berbeza daripada menjaga anak-anak kecil. Antara sebabnya ialah orang tua lebih sensitif. Orang tua cepat terasa hati. Orang tua... cerewet. Tidak hairanlah jika ada anak-anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah-rumah kebajikan. Malah ada yang selepas menghantar, tidak langsung datang menjenguk. Bukan sehari, malah bertahun-tahun malah sehingga ibu bapa menutup matapun, mereka tidak peduli.  

Berbahagialah ibu dan ayah yang anak-anak mereka sanggup menjaga terutama kepada mereka yang sudah terlantar sakit. Meskipun pengorbanan anak-anak menjaga ibu bapa tidaklah boleh dibandingkan dengan jasa ayah dan ibu yang menjaga mereka semasa mereka kecil dahulu, tetapi bersyukurlah kerana masih ada anak yang mampu menjadi anak soleh dan solehah. Berkat pendidikan agama yang ibu dan ayah berikan, tentunya!!

Bagi anak-anak yang tidak mahu menghantar ibu dan ayah ke rumah kebajikan tetapi mereka sedar bahawa mereka juga tidak mampu hendak menjaga orang tua yang banyak kerenah, masih ada pilihan untuk anda. Kenapa tidak menghantar ibu dan ayah ke Pusat Jagaan Harian Warga Emas? 

Apa itu Pusat Jagaan Harian Warga Emas?
Macam nurseri gitu! Konsep sama seperti Pusat Jagaan Kanak-kanak.... cuma pendekatan tentulah sesuai dengan namanya, kan?

Photobucket
Tak tahulah sama ada masih beroperasi atau tidak
Apakah infrastruktur mudah yang sepatutnya ada dalam sebuah Pusat Jagaan Harian Warga Emas?
Ruang bagi aktiviti penghuni pusat.
Kegunaan :
-ruang istirehat
-ruang aktiviti berkumpulan
-ruang aktiviti pemulihan
-ruang Pendidikan kesihatan dan aktiviti-aktiviti lain.

Mengapa Pusat Jagaan Harian Warga Emas?

Memberi kemudahan penjagaan harian kepada warga tua terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ketiadaan ahli keluarga atau penjaga. 

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan?
Aktiviti Keagamaan.
Program Kesihatan.
Aktiviti Sukan dan Rekreasi.



Salah sebuah Pusat Jagaan Harian Warga Emas terdapat di Lesung Batu, Melaka. Mula beroperasi sepenuhnya pada 2009, warga emas yang berdaftar ialah seramai 73 orang. Lelaki seramai 21 orang manakala perempuan pula 52 orang. Majoritinya Melayu kecuali seorang India dan seorang berbangsa Iban. 

Pusat dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang mulai Isnin hingga Jumaat, dan warga emas yang berdaftar boleh datang mengikut kelapangan mereka sendiri.

Foto
ruang tamu di PJHWE Lesung batu, Melaka

Syarat untuk menyertai Pusat Jagaan Harian Warga Emas ini ialah berumur 56 tahun ke atas dan di Lesung Batu, mereka boleh menguruskan diri sendiri, walaupun uzur atau bertongkat.

Kerajaan mewujudkan pusat jagaan ini kerana dijangka pada 2030, Malaysia akan menuju kepada negara yang mempunyai lebih ramai warga emas. 

Jadi, pusat ini ditubuhkan bagi membantu anak-anak yang perlu bekerja meninggalkan sementara ibu bapa mereka di waktu siang. Sebab itulah waktunya dari jam 8 pagi hingga 5 petang. 

Anak-anak yang bekerja tidak perlu risau meninggalkan ibu bapa mereka sendirian di rumah kerana di pusat ini ada yang menjaga mereka dan sekiranya apa-apa berlaku warga emas akan di bawa ke hospital. Pusat juga menyediakan sajian makanan pagi dan tengah hari secara sederhana dan sesuai untuk warga emas.

Melalui aktiviti disediakan, warga emas boleh berkawan, berkongsi rasa dan melepaskan perasaan. Bagi yang bermasalah, perkhidmatan kaunseling daripada kaunselor bertauliah disediakan. Turut ada riadah dan pengajian agama. Ibu bapa yang ke pusat jagaan harian ini dapat menghilangkan rasa sunyi dengan rakan sebaya. 

Paling penting, pusat begini tidak membuatkan hubungan orang tua dan anak cucu mereka terputus seperti rumah kebajikan. Ini adalah tempat istimewa bagi orang tua yang tinggal bersama anak bagi menghabiskan masa mereka di siang hari. Selepas jam 5 petang, mereka pulang ke rumah masing-masing dan menghabiskan masa dengan anak cucu sendiri, begitu juga di hujung minggu. 

Ada juga pusat jagaan yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

Doktor
Jururawat
Jurupulih Carakerja
Fisioterapi
Pembantu yang berpengalaman

Dibuka kepada jagaan harian dan tetap
- Menjaga warga emas dan orang kurang upaya(tiada had umur)
- Makan 6 kali sehari
- Mencuci pakaian
- Aktiviti hujung minggu (rekreasi dan perayaan khas)




========================================

semoga memberi manfaat kepada kita bersama

sumber: 
1. metro
2. blog PJWE
3. KEMAS

Ulasan

  1. Assalam,

    Saya kenali seorg warga emas perempuan 70 lebih usianya yg duduk sendirian. Anak2 semua dah berkahwin dan punya rumah masing2 Sejak umur 60 tahun cerita nenek ini pd saya, dia semakin suka mengaji AlQuran dan mengajar anak2 jiran sekitar perumahan.. bermula dari beberapa org anak2 jiran bertambah puluhan, ratusan, silih berganti pagi dan petang. Jiran2 ibubapa yg menghantar anak2 mrk mengaji ke rumah nenek ini selalu menghantar juadah, makanan dsb. Saya tabik sama nenek ini. Apa kena mengena dgn rumah jagaan warga emas di siang hari ya? Fikir2.

    BalasPadam
  2. @mamawana
    rumah jagaan adalah utk mereka yg tinggal dgn anak2 tp waktu siang anak risau nk tinggalkan sorang2 bila diorg g kerja. so anak2 ini hantar mak pak mereka ke sanna dan bolehlah parents ini ikuti aktiviti berfaedah di pusat jagaan tu. nenek ni pulak mmg ada rumah sendiri , tinggal sendiri. dia dah lama berdikari. ya, mmg kagum dengannya. hebat wanita ini...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…