apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.10.11

Bajet 2012: Harapan, impian dan dapatan


Assalamualaikum.....

Ni aku dengar dan aku terus masukkan dalam entri. Bukan nak masuk yang komplikated pun... tentu saja tentang yang paling berkaitan dengan hidup iaitu untuk kita sebagai individu dalam Malaysia dan sebagai penjawat awam. Apakah keistimewan-keistimewaan untuk kita? Apakah pula keselarasannya dengan Slogan 1Malaysia yang kononnya....Rakyat didahulukan. 

1. Mulai sesi 2012 - bayaran yuran dimansuhkan. ertinya nanti pendidikan adalah percuma untuk rakyat.

2. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) 

- sistem gaji sebaris
- kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 mengikut gred (7 - 13%)
- umur persaraan wajib naik kepada 60 tahun
- bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam yang layak termasuk cikgu (ada 20000 tempat untuk guru diploma)

3. Untuk askar yang tamat perkhidmatan tanpa pencen ada skim khas untuk latihan menceburi bidang perniagaan

Untuk kurangkan beban rakyat:

- tambahkan kedai-kedai bertema 1Malaysia
- memperluas dan promosi menu 1Malaysia (RM2 Sarapan pagi RM4 untuk lunch) 

Kesihatan
- Pada 2012, untuk doktor2 siswazah... ada elaun khas rm600 sebulan untuk masa2 kerja melebihi 60 jam seminggu

Kebajikan untuk warga emas
- Cas pesakit luar dibatalkan di semua klinik dan hospital kerajaan untuk umur lebih 60 tahun

Tambahan:

1. Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan < RM3000
2. Bantuan kepada semua murid sekolah
3. Pemberian baucar buku kepada pelajar U / matrikulasi bernilai RM300
4. Untuk penjawat awam - tambahan bonus setengah bulan gaji lagi dibayar pada bulan Disember

Itulah sahaja. Harap ada yang sedang tersenyum gembira


========================================

2 ulasan:

  1. nk tnya,
    'bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam yang layak termasuk cikgu (ada 20000 tempat untuk guru diploma'
    mcm mn 2?xfhm...

    BalasPadam
  2. Anonymous,nnt pd thn dpn, pekeliling ttg ni akn kementerian pelajaran keluarkan, tp pd rasa kak sofi lahh.. guru2 diploma akn dpt kemudahan belajar sbgmana yg skrg dinikmati guru2 peringkat master... apa pun, kita tunggu ya..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.