Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum.....  Keadaan fizikal tidak berbeza berbanding rakan seusia. Mudah ketawa, girang bila dapat mainan dan aktif ke sana sini...

Autisme - anugerah ALLAH teristimewa

By Oktober 05, 2011 ,


Assalamualaikum..... 

Keadaan fizikal tidak berbeza berbanding rakan seusia. Mudah ketawa, girang bila dapat mainan dan aktif ke sana sini. Rata-rata mereka memiliki kreativiti tersendiri apabila boleh melukis dan mewarna dengan baik. Tapi....

Bila diajak berbual, kanak-kanak ini agak lambat berbanding rakan seusia mereka. 

Dalam sesetengah keadaan, mereka melakukan tingkah laku berulang-ulang dan obsesi melampau.

Sebab itulah ramai yang menganggap bahawa kanak-kanak autisme ini bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan menyangka bahawa anak-anak istimewa ini pasti ketinggalan dalam pelajaran.

Istilah autisme bermaksud corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. 

Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati bahawa sejak semasa bayi lagi, anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung. Malah, ketika bayi juga, anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi tindak balas atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Pada usia yang sepatutnya anak ini sudah boleh bercakap, dia tidak mampu menyebut walau sepatah perkataan termasuk ibu atau ayah. Mungkin ada yang mengalami masalah pendengaran dan suka berjalan sambil berjinjit kaki. 


Anak autisme juga seorang yang hiperaktif. Mereka gemar membaling barang dan berguling di lantai apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Mereka mempunyai kebolehan dan sangat fokus pada sesuatu benda sehingga menjadi terlalu obses. Gemar melakukan perbuatan berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih berbahaya seperti menggigit atau menghantuk kepala adalah antara tanda autisme. 

Perhatikan anak anda. Adakah dia memiliki tanda-tanda ini?

* Tidak suka bersosial.

* Pendengaran tidak normal.

* Mengelak daripada bertentang mata.

* Gangguan pertuturan.

* Corak kelakuan yang berulang.

* Tidak mengendahkan rasa sakit. 

Seorang anak yang menghadapi masalah autisme, memang sukar untuk dididik secara biasa. Ibu bapa perlu ada kesabaran yang tinggi dalam memberi perhatian yang banyak kepadanya. Ada juga anak istimewa, selain mempunyai masalah autisme turut juga ada masalah hyperaktif. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana kesabaran yang perlu ada untuk mendidik anak yang begini.

meskipun mengidap autisme, dialah anak yang comel dan manja.
ingatlah, mereka perlukan kita....
Anak istimewa adalah anugerah Allah, dan berapa istimewanya juga ibu bapa yang terpilih untuk mengasuh mereka.

rujukan: 

======================================

You Might Also Like

8 comments

  1. as salam..Dr ckp my son ada mild autisme tapi semua sign di atas tiada pada anak saya..cuma dia lasak n aktif..x tau cm mana pakar paedtrik blh ckp my son ada autisme..bukan tidak menerima kenyataan namun sedang mencari ilmu berkaitan autisme..my son suka bersosial even memilih, boleh bertutur..umur 2thn 8 bulan..memang x suka bertentang mata, tahu sakit even ada scar di kening..corak kelakuan berulang saya kurang faham..cuma feveret dia car ngan train..

    BalasPadam
  2. @Anonymous, wslm...thnx sbb sudi baca artikel ini. mmg sukar hendak kenali anak autisme. antara sifat berulang tu termasuk mengajuk cakap kita. satu dpd cerpen kak sofi pernah kak sofi buat ttg anak autism ni... sembuhkan luka ini tajuknya... mungkin anda akan lebih faham. juga baca artikel2 yg boleh kita ggogle ttg autisme. Apa yg kak sofi tahu, mereka yg autisme, adalah antara org2 genius di dunia. antaranya bill gates dan albert einstein. bukan mengagung2kn mereka, but to tell that autisme kids r really precious.

    BalasPadam
  3. Anak saya autisme. x ada seorang pun yg sudi jaga dia.

    BalasPadam
  4. Anonymous, kak sofi x faham. x siapa nak jaga? puan ibunya, kan? do you mean to say x siapa nk jaga di nursary? sebenarnya, ada persatuan autism ni... kak sofi pernah baca kat blog. ada nursary juga kl x silap. cuba google, k! jangan putus harap. anak autisme ni sangat perlukan perhatian kita.

    BalasPadam
  5. Salam Kak Sofi
    Saya sering mencari bahan bacaan mengenai anak autisme kerana saya sendiri ada anak yg mild autisme.
    Saya mencari cerpen yg kak katakan iaitu sembuhkan luka ini namun terkejut kerana cerpen tersebut adalah kisah cinta rumah tangga. Apakah nama tajuk nye yg sebenar.. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, silap bagi tajuk. sebenarnya yg ini --> http://www.anasofiya.com/2010/07/luka-cinta-semalam.html

      Padam
  6. Saya tertarik dengan tulisan anda mengenai Psikologi. Perkembangan psikologi manusia sekarang ini harus sangat diperhatikan agar mereka tidak berkembang dengan mental yang salah. Saya memiliki beberapa tulisan sejenis mengenai psikologi yang dapat dilihat di www.ejournal.gunadarma.ac.id

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.