Langkau ke kandungan utama

Anda ada krisis identiti tak?


Assalamualaikum..... 

Dalam suatu ruangan di Utusan Malaysia hari ini ada mengatakan bahawa lebih enam juta belia di negara ini menghadapi masalah kecelaruan identiti. Krisis identitilah tu! 

Apakah maksud krisis/kecelaruan identiti? Nak mudah faham, begini!

Kadangkala, kita mahu menjadi apa yang orang lain nak kita jadi. Ada masanya, kita mahu menjadi diri kita sendiri. Kecelaruan sebegini menyebabkan golongan belia/remaja ini tidak tahu membuat sesuatu keputusan.

Nampak tak? Cuba fikir sejenak, apakah anda termasuk dalam golongan ini? Kalau ya? Mengapa terjadi? Kalau tidak, alhamdulillah! Tetapi, sebenarnya, masalah krisis identiti dalam kalangan belia/remaja, kini berada pada tahap yang membimbangkan kerana ia akan mendorong belia/remaja terbabit ke arah pemikiran secara liberal. 

Isu kecelaruan/krisis identiti sering dihubung-kait dengan persoalan imej atau personaliti seperti hilang pedoman hidup. Atau remaja/belia hilang misi dan visi dalam menentukan hala tuju hidupnya. Malah, kecelaruan perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan. 

Apa yang menyebabkan? Apa pula yang mempengaruhi?

Tentu sahaja akibat terpengaruh dengan gaya hidup Barat. Dari dulu, media massa terlalu mendedahkan kita dengan dunia barat yang bebas melalui iklan dan program realiti TV yang berbagai-bagai. Kemudian, stesen-stesen TV berpengaruh seperti Astro dan TV3 mula mengendalikan rancangan realiti mereka. Hadiah lumayan dan glamour memang menjadi idaman remaja. Ini mempengaruhi remaja dalam membuat keputusan. Ini juga merupakan satu beban kepada remaja untuk menentukan mana yang baik dan tidak untuk diri mereka.


Nak jadi orang lain atau nak jadi diri sendiri? Itulah masalahnya! Yang boleh buat anda pening, mungkin juga menyebabkan anda terlalu melayan perasaan. 

Hidup akan sentiasa dalam krisis identiti jika motivasi diri sangat lemah atau kurang. Hidup akan sentiasa dalam krisis jika sentiasa ada sesuatu yang kurang menyenangkan dalam fikiran. Hidup akan sentiasa dalam krisis bila anda mula rasa rimas dengan sikap sesetengah orang di sekeliling anda yang terlalu cerewet. Dan sebenarnya, hidup ini sentiasa di dalam krisis sehingga kadang-kadang tak tahu hendak memilih baju yang ingin dipakai hari ini. Betul tak?

Sebenarnya, penyelesaian kepada masalah krisi identiti ini mudah sahaja terutama bagi kita, umat Islam. 

Ingat lagi janji kita setiap kali kita solat?
Sesungguhnya hidupku, matiku, hanya untuk ALLAH SWT. 
Kalau itu menjadi pegangan, mana mungkin kita mengalami krisis identiti? 

Pastikanlah semua yang dibuat dan dilakukan, niat dan nawaitu kita, kerana DIA. Kalau rasa macam dah tersasar saja niat tu, betulkan balik! InsyaALLAH,  krisis-krisis itu akan terlerai dengan sendiri. Kuatkan hati! Tabahkan semangat! Kerana dugaan dan cabaran akan sentiasa ada di sepanjang kita menyusuri jalan menuju kejayaan. Banyak benda di kiri dan kanan jalan yang boleh menyebabkan kita 'stray away from the right path'. 

Ingatlah....

Kita tidak boleh jadi orang lain, macam orang lain, malah hendak jadi diri kita sendiripun tidak boleh jika lari daripada apa yang al - Quran dan Islam kehendaki. 

semoga ilmu ini bermanfaat untuk kita bersama. 

==============================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…