apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.10.11

Air mani dalam yogurt...padan muka masuk penjara

Assalamualaikum..... 

Perasan atau tidak bahawa sekarang ni, kebanyakan jenayah adalah berpunca daripada isu seks? Rogol, bunuh lepas tu bakar? Cabul... bersekedudukan... macam-macam!

Tapi peristiwa yang satu ini sangat meloyakan. Teruk betul sikap si pelakunya. Ia satu kejadian di Albuquerque, NM (AP). 

Seorang pekerja di sebuah kedai runcit mengaku bersalah atas tuduhan sengaja meletakkan air maninya dalam sampel yogurt. (Lepas ni mesti ada yang tak lalu nak makan yogurt, kan?)

Anthony Garcia mengaku mencemarkan sampel yogurt itu pada Januari. Dia turut mengakui telah juga meletakkan air maninya pada sudu plastik untuk memakan yogurt itu. 

Pada hari kejadian, Selepas melakukan 'perkara itu', Garcia kemudian mendekati seorang pelanggan perempuan dan menawarikan sampel yogurt yang dah tercemar itu.
"Kelakuan jenayah yang Anthony Garcia mengaku bersalah hari ini adalah benar-benar keterlaluan," 
- Peguam Kenneth J. Gonzales 
U.S. Attorney Kenneth J. Gonzales ialah US Attorney. 
"Tak seorangpun harus melalui pengalaman sebegini bila dia disyorkan untuk merasa sampel makanan yang dijual." 

Garcia, 32, mengaku bersalah atas tuduhan mencemarkan makanan dan membuat kenyataan palsu kepada penyelidik persekutuan.

Dalam aduannya kepada polis, wanita itu berkata bahawa selepas merasa sampel, dia meludah beberapa kali dan mengesat mulutnya dengan pakaian yang dipakai untuk mengeluarkan/membuang 'rasa' itu daripada mulutnya. 

Penyiasat kemudian mengumpul sampel air liur wanita yang dikumpulkan dari lantai dan pakaian yang dipakai untuk dijadikan bahan bukti. Polis kemudian berjaya menjejaki  Garcia melalui sampel DNA yang diperolehi. 

Garcia akan menjalani hukuman tiga tahun penjara diikuti tiga tahun diawasi supaya berkelakuan baik. 

Sikap yang memualkan dan amat menjijikkan!


=========================================

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.