apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.10.11

40 ribu pengundi hantu?


Assalamualaikum.....

Menurut laporan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengaku bahawa ada 40 ribu nama dalam daftar pemilih adalah "mencurigakan". 

Aik? Macam mana boleh jadi begitu?


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, nama-nama 'pengundi' tersebut akan disiarkan untuk tatapan umum  di laman sesawang SPR dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. "Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," 
Katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.

Abdul Aziz menyifatkan masalah itu sebagai kecil sahaja. 

sofi: Kecil ke? 1 undi pun boleh memisahkan pemerintah dan pembangkang, inikan pula 40 ribu undi. Apa ni?


=======================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.