Follow Us @soratemplates

31.10.11

Strok - cepat tengok tanda dan gejalanya!

Oktober 31, 2011 0 Comments
Assalamualaikum.....

Blog ku ini ialah blog  milik seorang wanita jadi tidak hairanlah segala perkongsian dikhaskan untuk wanita. Malah,  dari hati ke hati wanita, bicaraku panjang. Usikan terhadap kaum adam kerana geram sesekali, tidak tertahankan......

Serius ku sentuh soal kegemukan pula. Wahai wanita.... seruku, elakkan diri menjadi begini....
Foto
Kalau boleh maintain kan begini pula....

Maksud aku, kuruskan diri...bukan pakai sexy2, ya!

Mengapa perlu kurus?
Ada banyak sebab tapi nak fokus kepada satu saja sekarang iaitu UNTUK MENGELAK STROK!

Menurut kajian....

Di Malaysia sekarang, 
Strok bukan saja menjadi punca kematian keempat utama di hospital kerajaan, malah lebih ramai wanita diserang penyakit ini berbanding lelaki. Bahkan kematian akibat strok adalah dua kali lebih tinggi berbanding kanser payudara.
- Pakar Neurologi Hospital Assunta, Datuk Dr Raihanah Abdul Khalid.

Apakah strok?
Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan di mana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu
fungsi otak akan hilang.
Nisbah mudah strok: 
Satu daripada lima wanita selepas menopaus diserang strok berbanding satu dalam enam bagi lelaki. 

Kenapa strok atau serangan otak lebih tinggi pada wanita sedangkan faktor risikonya sama saja dengan lelaki? 

1. kehilangan perlindungan hormon estrogen (yang sangat rendah parasnya selepas putus haid) menyebabkan risiko wanita mendapat sakit jantung dan strok meningkat mendadak setanding lelaki.

2. faktor jangka hayat kerana wanita hidup lebih lama berbanding lelaki. Ini kerana risiko strok melonjak dengan peningkatan umur.

3. migrain yang kerap dihadapi wanita dikatakan meningkatkan risiko dua kali ganda untuk mendapat strok. 

4. tekanan darah tinggi ketika hamil didapati meningkatkan risiko strok sebanyak 60 peratus dan bagi sesetengah wanita,

5. pengambilan pil pencegah kehamilan juga boleh meningkatkan peluang mendapat penyakit ini 

6. wanita yang merokok 

7. terapi penggantian hormon juga boleh meningkatkan risiko strok bagi sesetengah wanita. 
“Strok adalah penyakit golongan tua berumur 60 tahun ke atas. Pada pesakit muda, biasanya pesakit memang ada penyakit berkaitan darah, pembentukan otak tidak normal kongenital (dilahirkan dengan keadaan begitu) atau penyalahgunaan dadah khususnya dadah pesta,” 
- Dr Moira Karpal, penyelidik dari Universiti Toronto, Kanada

Serangan strok sangat menakutkan kerana jika tidak membawa maut, ia akan menyebabkan pesakit menjadi orang kurang upaya - sama ada lumpuh separuh badan atau sepenuhnya, mungkin hilang kemahiran bertutur atau bahasa atau kebolehan menggerakkan anggota. Semua bergantung kepada bahagian otak yang mengalami serangan.

Jenis-jenis Strok:

1. Iskemia (apabila aliran darah tersekat akibat kehadiran darah beku - 87%)
2. Berdarah (berlaku apabila salur darah yang lemah pecah)
3. Iskemia transien (TIA) yang juga dipanggil strok kecil. TIA ialah kehadiran darah beku sementara. 

Siapa Yang Berisiko?
- secara am! yang di atas tadi khas untuk wanita, ya!

1. Pesakit jantung
- Mereka yang berisiko tinggi mendapat serangan jantung, juga berisiko tinggi untuk diserang strok. 
- Kerana, kedua-dua penyakit ini mempunyai kaitan rapat dengan gaya hidup. 

2. Obesiti, 

3. Tekanan darah tinggi, 

4. Masalah kolesterol tinggi, 

5. Kurang bersenam 

6. Merokok
- rokok meningkatkan risiko strok sebanyak dua kali ganda.

7. Darah tinggi

Faktor risiko yang penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar yang tidak boleh dikawal adalah: 

1. Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi. 

2. Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang 
menghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack) 


Tanda amaran strok datang sekejap-sekejap dalam masa beberapa minit atau jam. Ia datang, hilang dan datang kembali menyebabkan ramai pesakit menganggap ia sebagai masalah biasa kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. 

Perhatikan....jika emak, kakak, mak cik, opah... anda mengalami atau mengadu tentang:

1. Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
2. Badan terasa lemah
3. Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata
4. Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
5. Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba6
6. Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
7. Susah hendak menelan
8. Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing

Ada ujian mudah yang boleh dilakukan jika anda mengesyaki seserang itu terkena strok! iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T. 

F - Face (muka). 
- Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?
A - Arm (lengan). 
- Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?
S - Speech (cakap). 
- Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.
T - Telefon. 
- Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.

Apa perlu anda buat bila mendepani orang yang diserang strok?

Segera bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya. Masa amat kritikal. Lebih cepat pesakit dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sepatutnya, peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana hospital menyediakan terapi akut untuk pesakit. 


Cegah strok dengan...

1. Ketahui faktor risiko anda sendiri: sama ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

2. Menjadi individu yang lebih aktif dan kerap bersenam
- Bersenam 30 minit sehari atau dua setengah jam seminggu kerana senaman boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 64 peratus. Senaman sederhana cergas (selepas 30 minit anda masih boleh bercakap tetapi tidak mampu menyanyi). Senaman ringan seperti berjalan pada kelajuan sederhana juga sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal penyakit yang dihidapi.
3. Elakkan masalah obesiti dengan mengamalkan pemakanan sihat

4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol

5. Elakkan asap rokok. Jika anda merokok, dapatkan bantuan untuk berhenti sekarang.

6. Belajar mengenali tanda amaran strok dan tindakan yang boleh dilakukan.

7. Jaga pemakanan 
- kurangkan makanan berlemak dan pengambilan garam, hadkan pengambilan daging merah (hanya satu hidangan sebesar kotak mancis sehari), lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya enam hidangan sehari).
Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit Strok/Angin Ahmar 

Kesan strok ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal. Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit strok.

Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam hal-hal seperti: 

• Jurupulih Pertuturan 
- membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan serta menilai tahap 
kebolehan menelan 

• Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) 
- mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan 
pengubah suaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan 
pesakit Strok

• Jurupulih Perubatan (Anggota) 
- mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan

sumber:
1. strok ragut nyawa satu daripada enam wanita
2. infosihat
harap info ini berguna, ya!

===============================================

Jangan Menangis, Anakku!

Oktober 31, 2011 0 Comments
Assalamualaikum.....

Siapakah yang lebih terseksa bila sebuah pekahwinan terlerai? Suami? Isteri? Atau anak-anak? Pasti anda tahu apakah jawapannya, kan? 


Cuba anda baca keluhan hati seorang anak ini.....
Saya berusia 16 tahun dan hanya dua beradik dalam keluarga. Masalah saya adalah berkaitan ibu dan ayah saya. Mereka sudah tidak sehaluan lagi dan selalu sahaja bergaduh kerana ayah mempunyai teman wanita baru. Sebagai anak sulung, saya melihat kesedihan dan tekanan yang ibu alami tetapi dalam masa sama, saya sendiri tidak berani untuk masuk campur kerana sikap ayah yang panas baran sejak terjebak dengan hubungan ketiga ini.
Kadang-kala ibu juga melepaskan tekanan kepada kami adik-beradik, mungkin ibu juga sangat tertekan dengan sikap ayah yang tidak bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
Saya takut dan bimbang kalau mereka bercerai dan saya sendiri terpaksa membuat pilihan sama ada ingin tinggal bersama ayah atau ibu. Saya sangat sedih sebenarnya dengan apa yang berlaku dan pelajaran saya turut terganggu.
Ibu dan ayah selalu begini, kan? Kerana sakit hati sesama sendiri, perasaan anak sering diabaikan. Hanya penderitaan masing-masing sahaja yang difikirkan. Hanya diri masing-masing! Tak pernah sedetik waktu pun mencuba menyelami apakah yang ada dalam hati anak-anak!

Anak yang baik, merintih begini.... meluah di atas kertas segala keresahan hati. Bagaimana pula dengan anak-anak yang tidak dapat menghadapi perubahan sikap emak dan ayah mereka? Apakah anda fikir, mereka juga akan mencoretkan kesedihan dengan menulis? 

Tentu tidak! Anak-anak yang marah dalam diam, akan memberontak dan jika nanti ada yang mengambil kesempatan, terjebaklah ke kancah maksiat, serta gelandangan hidup! Puncanya siapa? Ayah, ibu yang hanya mementingkan diri sendiri! 

Setiap manusia tidak lepas dari membuat salah dan silap. Pasangan suami isteri harus tahu itu! Dan harus bersedia menghadapi dan menginsafi.  Jika rumah tangga berantakan, sebelum nekad bertengkar dan berkelahi lalu inginkan perpisahan, renunglah mata anak-anak! Jika ada rasa simpati, baiki kelemahan demi reda Allah SWT. Pulihkanlah hubungan kekeluargaan, buangkan ego, campakkan semua rasa benci dan marah sesama suami/isteri kerana anak-anak masih mengharapkan pimpinan dan kasih sayang dari orang tuanya. 

Untuk anak yang malang itu....

Serahkan semua kepada Allah SWT supaya hati menjadi lebih tenang dan bahagia. Berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan 

1. Ibu diberi kesembuhan, kekuatan dan kesabaran menerima ujian dari Ilahi dan meneruskan kehidupan. 

2. Ayah diberi keinsafan dan kesedaran akibat terleka dengan keindahan dunia.


==========================================================

29.10.11

Inspirasi Slumdog Millionaire

Oktober 29, 2011 0 Comments
Assalamualaikum.....

Lelaki ini hanya bekerja sebagai kerani dengan gaji $120 sebulan (RM368), di sebuah kampung terpencil di utara India. Anda pernah tengok cerita Slumdog Millionaire? Tahu maksud Slumdog? Hmm... anjing kurap! Ya! Tapi, walaupun kisah SM itu kisah kehidupan golongan miskin yang terpaksa kerah seluruh keringat, terpaksa gadai maruah juga, ia cerita yang dekat di hati masyarakat. One of the best Indian Movies tu! 

In this Tuesday, Oct. 25, 2011, photograph, Sushil Kumar, left, with Bollywood actor Amitabh Bachchan, shows $1 million check after winning on an Indian game show, in Mumbai, India.  Kumar, a governme

Siapa tak mahu ubah nasib, kan? Dari poverty (susah/papa kedana) kepada menjadi kaya raya ada duit juta-juta. So SM menjadi inspirasi dalam mengubah nasib hidup. Untung sabut, timbul.

Di kampungnya, Sushil Kumar menumpang menonton TV di rumah orang. Rancangan kegemaran ialah Who Wants To Be A Millionaire? Rancangan yang dihoskan oleh pelakon lagenda India, Amitabh Bachchan. Setiap kali menonton, dia sentiasa dapat memberikan jawapan yang betul. So, orang-orang kampung suruh dia mencuba.....

Perjalanan ke New Delhi merupakan kali pertama dia naik kapal terbang dan pengalaman pertama pergi ke bandar besar. Sushil pergi membawa keyakinan yang dia akan bawa balik $50 ribu tapi pada soalan terakhir, dia tengok, tengok dan tengok sebelum memberi jawapan yang membolehkan dia bawa pulang cek bernilai $1 juta atau ....50 juta rupees...WOW!

nak baca tentang kisah kejayaan ini? tekan Poor Clerk First To Win...


=========================

28.10.11

Handset: Nokia Lumia 800 dan Nokia Lumia 710

Oktober 28, 2011 4 Comments
Assalamualaikum.....

Suka telefon NOKIA...?

Ni Nokia Lumia 800
Specs:
  • Screen: 3.7-inch AMOLED ClearBlack curved display
  • Thickness: 12.1mm
  • Processor: 1.4GHz processor
  • Storage: 16GB internal storage, 25GB of free SkyDrive storage
  • RAM: 512MB
  • Camera: 8MP, Carl Zeiss lens
  • Battery life: 8.5 hour talk time, 7 hour video playback time
  • Charging: Micro USB
  • Colors: Cyan, black, magenta
  • Price: 420 euros - mahal nyerrr.... huhu = RM 1,828.63

..................................
Ni pula Nokia Lumia 710
Specs:
  • Screen: 3.7-inch
  • Thickness: 12.5mm
  • Processor: 1.4GHz processor
  • Storage: 8GB internal storage, 25GB of free SkyDrive storage, microSD
  • RAM: 512MB
  • Camera: 5MP, Carl Zeiss lens
  • Battery life: 7.6 hour talk time, 6 hour video playback time
  • Charging: Micro USB
  • Colors: Black, white (with WP7 tile-colored swappable backplates)
  • Price: 270 euros = RM1,175.55


fon ni tak tahu bila nak sampai malaysia tapi baru semalam launched di UK. akan dihantar ke Hong Kong dan Singapore hujung tahun nanti....
==========================================================

Banjir di Bangkok....9 juta penduduk harus ke mana?

Oktober 28, 2011 0 Comments
Assalamualaikum.....

saksikan kuasa ALLAH, bila DIA menghendakinya....

SEBUAH jeti yang rosak dilihat terapung di Sungai Chao Phraya.

SEORANG lelaki mengayuh sebuah sampan 
ketika mengharung banjir di tengah-tengah kota Bangkok

di tengah bandar

pelancung di hotel.. kecewa kut!

pandangan dari udara.... inilah bangkok sekarang

jika anda ingin melihat banyak lagi gambar banjir di thailand ini, sila masuk ke halaman berikut. sudah lebih 300 orang meninggal dunia. dan mungkin akan terus meningkat...

===========================================

27.10.11

Pembaziran

Oktober 27, 2011 0 Comments
Food for pre-schoolers 'stored in toilet'

Assalamualaikum..... 

Ada tiga perkara yang menarik perhatian aku bila mencari bahan di Yahoo dalam beberapa hari ini. Tak tahulah nak kategorikan perkara-perkara ini sebagai apa.....

Bodoh? Boros? Gila? Melampau? Menyakitkan Hati? 


Tentang sikap pengusaha/pengendali tadika KEMAS yang tidak prihatin dengan kesihatan sehingga sanggup menyimpan makanan yang dibekalkan kerajaan untuj anak-anak tadika KEMAS di dalam tandas. Ini merupakan laporan oleh an audit of the Community Development Department’s Additional Food Plan.

Terdapat salah laku di sini: 

1. Tidak memberi makan kepada kanak-kanak tadika mengikut sepatutnya sehingga ada makanan yang terbiar dan melepasi tarikh luput malah ada di antara tin-tin makanan yang penuh dengan tahi lipas. 

2. Tempat mereka simpan tu...TANDAS! Orang berak, kencing dalam tandas, mereka simpan makanan. Patutkah?

Ni antara komen yang menunjukkan rasa tidak puas hati masyarakat terhadap KEMAS:


Why should KEMAS care ? Itu bukan anak dia.....apa peduli...sakit ada doktor. This kind of pathetic work attitude is rampant in the government service. KEMAS serves BN, not people la.....

2. Alis 

Pemaju masyarakat dan guru tadika adalah agen barisan hadapan UMNO. Bila pilihanraya guru kemas pandai pula berkempen untuk sokong UMNO-BN. Macam mana angan angan nak nak tawan Selangor, Kedah, Kelantan dan P Pinang kalau simpan sardin pun tak tau, sorok makanan dalam jamban. Kalau nak jaga nama Kemas gantung tugas guru dan pembantu tadika berkaitan dan ambil tindakan tegas gantung tugas Pengarah kemas negeri.

3. Nahen 

Can't believe it. Are we living in such a dirty world. Poor kids of KEMAS. Ministry of Health should not overlook this matter. Revoke the licences of these filthy and mean operators.


Conceptual image of satellite in orbit (AFP Photo/NASA)

Selepas setahun enam belas hari dilancarkan, Satelit RazakSAT, yang kononnya ialah satelit untuk R & D, memaparkan 1328 imej yang tidak berguna. Satelit 'remote sensing' ini direkacipta untuk menangkap imej dengan ketepatan 1km, tetapi didapati, imej Sg Buluh dan Subang kelihatan di Kuala Selangor. Pelik kan?

Dilaporkan, state-owned Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB) -Sarawak punyalah kut, satelit ni?, yang kendalikan RazakSAT, rugi sebanyak RM10.89 juta tahun 2009, di mana RM7.7 juta pergi kepada premium insurans. 

Jangka hayat RazakSAT ialah tiga tahun sepatutnya tetapi ia gagal berfungsi sepenuhnya pada 30.10.2010, selepas setahun enam belas hari dilancarkan. - Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang

Komen-komen:


Aku rasa kita tak bersedia lagi untuk membelanjakan duit yang banyak untuk projek2 sebigini. Banyak lagi keutamaan yang perlu kita beri perhation seperti mcm mana nak turunkan harga barang makan....mcm mana nak hapuskan rasuah....mcm mana nak buat bangunan supaya tak roboh..dan mcm2 lagi le.....letih aku taip..


Wow!! SO MUCH WASTAGE?!!? Well, now you know why Govt no money. And planning to implement GST (which will burden the people) to cover the losses of all this incompetence. Malaysian salary is moving up at a snail pace. Prices of food, sugar, rice, petrol is shooting up. And we waste even more. And then implement GST some more. This is just great.

Bayangkan, RM142 juta hilang dan habis dengan alasan yang sebegini. Pathetic betul!


9 kementerian dan jabatan kerajaan terlebih belanja dalam urusan kewangan yang diperuntukkan tahun 2010. sekali lagi, ini ialah laporan oleh Jabatan Audit Negara.

Antara kementerian dan jabatan tersebut ialah kementerian pelajaran, kesihatan, dalam negeri, pertanian dan asas tani, jabatan perkhidmatan awam,termasuklah juga SPR, hmm....

Ingat lagi kes buat akaun FB dengan perbelanjaan RM1.8 juta? Tu dia... Kita buka akaun FB murah je, RM0, depa main juta huhu....

Yang best tu.. ini alasan yang diberi berkaitan terlebih belanja tu!
The report stated that the overspending in several ministries was unavoidable due to additional activities and unscheduled payments.
Komen?

1. F 

sungguh sedih kerajaan tidak pandai mengurus kewangan. cuba bayangkan duit tersebut digunakan membantu rakyat yg miskin. sifar kemiskinan di dalam Msia.


Perkara ini amat mengejutkan. Kalau orang lain buat silap, heboh seluruh negara. Perkara perlu tindakan segera oleh pihak-pihak yang berwajib. Ini duit rakyat. Mana dia Slogan Malaysia ?

============================================

26.10.11

Perempuanku

Oktober 26, 2011 0 Comments
Assalamualaikum.....

Anda perempuan? Hmm, perempuan ni cukup istimewa, kan? keistimewaan perempuan dicemburui lelaki. 

1. Sejak kecil, perempuan dijadikan 'fragile'. mudah pecah, mudah luka, mudah terhiris. Perasaannya halus. ingin selalu dibelai. ingin selalu dihargai. Sekental manapun seorang perempuan, jiwa halusnya sering inginkan perhatian lelaki. 

2. Tabah dan sabar

Kebanyakan perempuan memilikinya. dapat suami kaki pukul, sabar. dapat suami kaki judi, sabar. dapat suami yang tukar perempuan simpanan macam tukar baju, sabar. Rela menderita dalam sebuah perkahwinan yang tidak bahagia. nama nak minta cerai, jauh sekali. 

3. satu akal yang serba boleh

Perempuan diberi 9 nafsu. tetapi akal ada satu sahaja. tapi, dengan akal yang satu itulah, ramai perempuan berjaya memasuki universiti berbanding lelaki yang ada 9 akal tetapi ramai yang menjadi penagih dadah, kan? 

4. syurga 

syurga di bawah tapak kaki ibu. seorang anak tak boleh lawan cakap ibu selagi cakapnya itu tidak melawan kehendak Islam. hebat, kan... perempuan? so jadilah ibu yang sempurna di mata anak-anak. 


Cantiknya seorang perempuan itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang perempuan itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya perempuan itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya perempuan itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

============================================

Lamaran IKLAN

Oktober 26, 2011 0 Comments
M'sian man proposes through classified ad (Getty Images)

Assalamualaikum..... 

Ada macam-macam idea untuk melamar. Tapi, cara yang sebegini, memang unik. 

Terence Mok MK mengiklan di The Star dalam 'Classified Ads', satu jawatan dan hanya seorang yang boleh mengisi jawatan yang  ditawarkan...
"job requirement" for being his bride would include "avoid making the partner laugh when he is driving."
Bertuahnya si jelita yang menjadi teman setia sejak 8 tahun yang lalu...

Calon bertuah itu ialah Elaine Yap LL. Untuk memberikan persetujuannya, Elaine diminta emelkan resume kepada Terence. 
"This is an open post without a deadline," 
- Mok wrote.

Yang menariknya, Terence senaraikan tanggungjawab Elaine sebagai 
"to grow (either age or sideways) with the partner, to provide support and advice in times of need and to play tic-tac-toe together and allow the partner to win once in a while."
Terence juga memberi tawaran seperti  
"all-year round supply of 3-in-1 coffee, biscuits and wi-fi". He said the hired candidate could expect "a long-term career with bonuses".
Yang best tu... ada sajak lagi hehe.... memang kreatif, tersentuh I...
"no one told us of the trials and disappointments to be felt; but we triumphed through and what's left is this proposal for the next act."

==============================================

25.10.11

Merawat Hati Yang Luka

Oktober 25, 2011 0 Comments
"Kita berpisah!" 

Alisa memandang wajah tampan itu dalam rasa tidak percaya. "Tapi, kenapa?" tanya dia.

Zubir pandang wajah itu penuh kebencian. Macam tak faham? 

"Aku dah benci dengan kau! Dulu, aku ingat kau boleh jadi kekasih aku tapi, kau tak layaklah! Lagipun, aku dah jumpa perempuan lain yang lebih cantik, bergaya, manja, berbanding kau."

Bibir Alisa bergetar-getar. Pelupuk mata sudah basah. Meskipun perpisahan ini sudah dijangka, hatinya tetap dipalu sedih kerana Zubir cinta pertamanya. Dia sayang lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini!

"Kenapa sampai hati awak buat saya begini? Apa salah saya? Apa yang dah saya buat sehinggakan awak tergamak buang saya. Tiga tahun kita bercinta, tak kan sikitpun cinta itu tidak dapat beri awak kebahagiaan? Tak adakah sikitpun dalam hati awak tempat untuk saya?"
................................

Assalamualaikum,

Saat bercinta memang indah tetapi memberikan hati seratus peratus kepada lelaki seperti Zubir, adalah satu kesilapan yang besar, yang dilakukan oleh Alisa. Alisa pasti akan ditinggalkan oleh Zubir. Alisa pasti akan mengalami perasaan putus cinta. Hatinya pasti akan terluka. 

Apakah yang harus anda buat bila hati anda dilukai oleh lelaki sekejam Zubir? Ada tiga perkara yang boleh anda buat sebenarnya. 

1. Menangis

Menangislah sepuas hati. Meraunglah, menjeritlah! (Tapi menjerit dengan meraung tu tak elok, okey! Sebab kalau kematianpun dilarang kita merintih, inikan pula bila putus cinta?). Ambillah masa anda untuk menangis... sejam, sehari, tiga hari, seminggu, sebulan..... suka hati anda! Tetapi tanya diri! Berbaloikah menangis kerana lelaki seperti Zubir itu!

2. Meluah perasaan

Cari seseorang yang rapat dan anda percaya. Luahkan kekecewaan anda. Ceritakan semua tentang cinta yang tidak kesampaian itu. Jangan pendamkan rasa kecewa kerana ia amat menyakitkan.

3. Sibukkan diri

Rasa teringat saja, cepat-cepat buat sesuatu. Rasa air mata tu hendak mengalir saja, cepat-cepat pergi masak ke, basuh kain ke, asalkan anda tidak terus mengingati si dia. Agar anda dapat melupakan kenangan. Buatlah rancangan untuk masa depan kerana anda tidak akan selamanya begini. 

4. Buang semua pemberiannya. 

Anda tak perlukannya lagi. Kalau disimpan, pasti ada hati yang terluka nanti. 

5. Bersegera mencari cinta baru

Satu pergi, sepuluh mari.... 

Tunjukkan pada dia bahawa, anda reda kehilangannya dan tidak akan teragak-agak mencari penggantinya yang lebih baik, lebih sempurna!

================================================