Follow Us @soratemplates

24.9.11

Sabarlah....

Assalamualaikum..... 

Orang kata....
"Sabar itu separuh daripada iman."
Sesungguhnya, besar ganjaran yang menanti pada orang-orang yang sabar. 
“Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sesuatu dari rasa takut, lapar, kurang harta, jiwa (kematiannya), dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” 
(Q.S. al_Baqarah: 155)
Banyak kebaikan yang kita dapat jika kita sentiasa bersabar. 

Bila orang marah kita, ibu dan ayah akan cakap, 
'Sabar, biarkan si fulan tu. nanti senyaplah dia!'.
Bila orang usik-usik kita, kawan kita nasihat, 
'Ala, sabar ajelah!, si fulan tu memang macam tu!'
Bila kena reject, kita pujuk hati kita, 
'Tak apalah. dah memang bukan jodoh aku ngan si fulan tu, nak buat camne? Terpaksalah sabar dan tabah menerima penolakannya walaupun rasa malu... lagi pun, dah takdir!'
Kesimpulannya, orang yang sabar adalah orang yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang baik, disukai sesama manusia dan disayang Yang Maha Esa. 

Sesungguhnya, kesabaran sangat penting sifatnya. 
- Sabar bukan bererti tunduk mengalah tetapi diam berhemah. 
- Sabar bukan bererti takut tetapi sekadar merelakan dengan niat untuk tidak bermusuh. 
- Sabar bukan bermakna kita ni pengecut tetapi mencuri peluang untuk menjadi berani kerana menegakkan kebenaran.

Kita diperintahkan untuk bersabar dalam tiga hal: 

1. Bersabar dalam menunaikan segala fardu dan kewajiban. 
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. 
(Q.S. al-Baqarah ayat 45). 
2. Bersabar dalam meninggalkan segala maksiat. 
- Inilah pendapat Qatadah. Menurut as-Syaukani melalui tafsirnya, Fath al-Qadir berkata: 
“Yang dimaksud sabar, ialah, kamu meminta pertolongan dengan menghalang jiwamu daripada mengikut nafsu syahwat dan hanya melakukan ketaatan, di samping menghalang daripada terkena perkara yang menyakitkan.” 
3. Bersabar dengan tidak berebut jawatan. 

As-Sabr kata Rasulullah saw. adalah dhiya’, seperti sinaran yang menyuluh jalan yang akan ditempuh. Bagaimana sulit sekalipun, jalan itu akan dapat dilalui dengan sabar. Sabar dalam menempuh sesuatu yang sukar. 

Sabar yang terpuji adalah sabar mengerjakan taat kepada Allah, menjauhi segala maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya. Tetapi antara sifat sabar itu...., 

Sifat sabar kerana mengerjakan suruhanNYA dengan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama daripada sabar atas segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan.

==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.