Langkau ke kandungan utama

putus kasih.... mestikah melara?

Assalamualaikum.....

Pernahkah terfikir, tertanya-tanya kepada diri sendiri, kenapa setelah bercinta bertahun-tahun lamanya, si dia masih belum mahu melamar anda? Dia kata dia cinta anda, dia sayang anda, andalah jantung hatinya, andalah segala.... tapi bila anda ajak kahwin, dia diam. Ataupun dia akan bagi macam-macam alasan seperti...

i. Kita muda lagilah (pada hal umur anda dah lebih 25 tahun)
ii. I belum bersedia, okey! ( bila dia nak ready?)
ii. Tunggulah! Bagi I stabil dulu! (sedangkan dia dah ada kereta, dah beli rumah malah duit simpananpun banyak!)
iv. Parents I... diorang nak I kahwin dengan sepupu I..(????)

Tut-tup, bila anda terlalu mendesak.... dia pun cakap...

"Sayang, bukan I tak nak kahwin dengan you, tapi.... macam ni lah! I...I rasa, eloklah kalau kita putus. I tak fikir, I boleh penuhi hasrat you jadi, I bebaskan you. I harap, you dapat temui lelaki lain yang jauh lebih baik dari I."

Anda tergamam. Anda panik. Dan, bila dia melangkah pergi, macam-macam yang anda alami kerana frasa 'kita putus' bererti, anda akan kehilangan insan yang paling anda cintai. Dan percayalah, berpisah dengan orang yang masih amat dicintai merupakan antara perkara paling sukar dilakukan di dunia ini.

Hidup jadi gelita. Minda terhenti berfikir. Senyum jadi hambar. Anda hilang arah. Namun, sampai bila? Sampai bila hendak menangis, meraung? Sampai bila hendak menangisi takdir? Sampai bila hendak menyeksa diri?

Hidup masih perlu diteruskan! Ingatlah... bercinta bukan bererti memiliki. Bila dia pergi, yakinlah... ALLAH akan memberikan pengganti yang jauh lebih baik daripada dirinya. Bukankah tadi dia sudah mendoakannya untuk anda?

"I harap, you dapat temui lelaki lain yang jauh lebih baik dari I."

Lupakanlah dia! Jangan merayu supaya dia kembali ke pangkuan anda lagi kerana anda punya harga diri! Anda punya maruah! Biarkan dia pergi, itu lebih baik.....

Bukan mudah? Benar! Tapi di sini ada beberapa tip untuk anda ikuti:

i. Buang segala pemberiannya
- menyimpannya hanya akan menyebabkan anda mengingat kenangan lama. Bagaimana hendak melupakan jika ingatan masih kuat terhadap dia?

ii. Biarkan panggilannya, jangan jawab
- kadang-kadang si dia mungkin rindukan anda, jadi dia akan menghubungi. Sekadar mendengar suara pun jadilah. Tapi, nanti, anda yang terdera kerana anda fikir dia masih menyayangi sedangkan dia masih nekad dengan keputusannya. Jadi, abaikan panggilannya, juga jangan dibalas sms yang dikirim.

iii. Jangan berjumpa dalam waktu terdekat
- sebaik berpisah, elakkan dirinya. Jangan memandang wajahnya kalau anda bekerja satu pejabat. Beri ruang dan masa sekurang-kurangnya apabila hati anda berdua telah tenang, cuba seminggu dulu atau mungkin sebulan, kaji dengan jelas perasaan anda dan kemudian pastikan adakah pertemuan seterusnya boleh dilakukan sebagai kawan biasa sahaja. Jika tidak boleh, abaikan dia saja. Susah-susah, mintak pindah...

iv. Maafkan dirinya
Jangan fikirkan perkara lalu yang menyakitkan hati. Jangan marah sangat. Setiap yang berlaku ada rahmatnya. Ada rahsia. Fikirlah secara positif. Ingatlah, Nabi pun maafkan umatnya, kan?

v. Pastikan diri anda sentiasa berteman

- maksudnya, pastikan anda dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang amat memahami apa yang sedang anda lalui. Tidak salah menangisi atau bersedih bila ditinggal pergi, tapi janganlah kerananya anda memencilkan diri dan murung berpanjangan. Anda harus ingat, anda cuma hilang seorang kekasih tetapi anda masih ada ayah, ibu, kakak, abang, adik, bff yang sentiasa mengambil berat dan menyayangi anda selayaknya anda dikasihi...

Pasangan 'kita putus' yang mengisytiharkan status mereka 'hanya kawan' memang biasanya tidak akan menjadi. Ia hanya sebuah frasa indah untuk diberitahu umum namun tidak bagi mereka yang menanggungnya. 
Jadi, 
Janganlah berpisah jika dalam hati masih ada cinta.


aku cilok beberapa ayat dari sini....

==========================================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…