Langkau ke kandungan utama

Puding caramel dari dapur Sofi

Assalamualaikum.....

Haha... entah tetiba baca cerita Manisnya Cinta. Seronok kenangkan hero si Nazmi dengan heroinnya Ifti Liyana berebut puding karamel lalu teruslah aku pun cari resepi Puding Karamel dan buat. Wallah.... tak sempat nak disejukkan, terus habis kami tiga beranak makan satu bancuhan. Hehe... pelahap betul ek? 

Tapi, sempat lagi ambil gambar-gambarnya....


Sorilah ya, gambar pun kelabu aje sebab tak cukup pro si tukang tangkap gambarnya tuh.... hehe.... Tapi, inilah puding karamel paling mudah dibuat dan rasanya juga sedap taklah macam yang pernah aku buat sebelum ni... manisss sangat. Yang ini okey laa...

Kalau ada yang tetiba rasa nak makan puding karamel ni resepinya:

Untuk karamel:
5 sudu besar gula + 1 sudu besar air panaskan hingga gula jadi perang dan campurkan 2 sudu besar air lagi. Lepas tu tuang dalam acuan. Sejukkan.

Bahan A:
3 biji telur
2 biji kuning telur
5 sudu besar gula halus
- Pukul telur kemudian masukkan gula sedikit, sedikit hingga habis. Tapi, jangan sampai berbuih ya!

Bahan B:
Susu cair 1 tin (besar)
Satu sudu teh vanila
- Campurkan dan panaskan diatas api sederhana (Jangan sampai mendidih).

Ops lupa pulak... Sebelum apa-apa, panaskan kukusan.

Cara:
1. Tapiskan bahan B dan tuang sedikit demi sedikit dalam bekas mengandungi bahan A. Kacau rata.
2. Tapis campuran tadi ke dalam loyang 16cm dan kukus selama 30 minit. Tutup loyang dengan aluminium foil. Bila dah masak, jangan buka kukus lagi. Biarkan dulu selama 5 minit. 
3. Boleh makan dah...


Kepada yang ingin mencuba, sudi-sudikanlah... harap-harap boleh share gambar nya nanti di ruangan komen...

Sedap nih... hehe

==================================================

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…