Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... Nampaknya sebuah lagi negara di kelompok masyarakat Arab bergolak. Kali ini di Yemen pula. Tak tahu kenapa, ya......

Penting perkembangan di Yemen

By September 26, 2011

Assalamualaikum.....



Nampaknya sebuah lagi negara di kelompok masyarakat Arab bergolak. Kali ini di Yemen pula. Tak tahu kenapa, ya... negara Islam dan pergolakan tak dapat dielakkan. Mungkinkah kerana pemimpin tidak menjadikan Islam, Quran dan Hadis Nabi SAW sebagai panduan?

1. Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang hendak melawat Yemen agar tangguh dulu hajat mereka.

2. Semua rakyat Malaysia yang berada di Yemen cepat-cepatlah mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, ibu negara Yemen jika belum mendaftar demi keselamatan dan kemudahan anda. 

3. Kementerian Luar telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang berada di Yemen dan menasihatkan mereka supaya sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan dan mengikuti perkembangan keselamatan semasa berada di negara itu.

4. Kementerian meminta penuntut dan rakyat Malaysia yang bekerja atau melawat negara itu agar balik secara sukarela ke Malaysia setelah urusan mereka selesai.

Langkah itu dibuat ekoran situasi di Yemen pada masa ini khususnya di Sana'a dan Aden bertambah kritikal selepas pihak prodemokrasi bertempur dengan pihak keselamatan kerajaan, menurut kementerian itu. 
- Bernama
==========================================================

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.