apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.9.11

On your mark, get set.... Go!!


Assalamualaikum.....

Esok bermulalah era baru murid-murid SPM 2009 di UPM. Aku sentuh UPM aje lah sebab anak aku masuk UPM. Yang lain-lain tu, adik, kakak, abang, anak-anak anda.... tentu dah ada yang mendaftar di UiTM, UMP, UM, USM pada Isnin dan Selasa....

Selamat memulakan kehidupan sebagai pelajar IPT, ya semua. Dah besar anak mama..hehe... Dah tua mama...arghhh....   :)

Semoga dalam hati ditanam iltizam dan semangat baru. Untuk terus maju, untuk terus menjalankan amanah ALLAH di muka bumi. 

Teringat kata seorang teman....

Bila anak kita masuk universiti, maknanya dia dah mula belajar menjadi dewasa. Dia dah mula belajar membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Dia sedang berdiri di atas kakinya sendiri. Dia juga perlu pandai menggunakan masa 24 jam yang dia ada. Dia harus bijak mengurus diri. Pendek kata, aturan hidup seorang lelaki mahupun seorang wanita, bermula saat dia melangkahkan kaki ke menara gading.

Banyak yang akan ditemui. Banyak yang akan ditempuhi. Namun, yakinlah... ALLAH menyaksi. 

Kepada semua, semoga berjaya. Selamat maju jaya.  Selamat menjadi siswa siswi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.