Follow Us @soratemplates

22.9.11

Nak pikat si dia idaman jiwa? Cubalah buat.....

Assalamualaikum.....

Berbual dengan gadis itu tadi, seronok juga mendengar suaranya yang bahagia. Dia ketawa dan riang bercerita tentang seseorang. Aku dengarkan saja, Sesekali aku mencelah, sesekali ketawa bersama. Tiba-tiba dia cakap pada aku: 
Bagilah tip camne nak pikat lelaki.....
Aku ketawa kecil. Macam-macam bebudak sekarang tapi... tak apalah. Dah kebetulan aku nak masukkan n3, tajuk ni rasanya berguna juga untuk para gadis yang mungkin agak pemalu dan ingin mempraktikkan cara agar dapat menarik perhatian jejaka idaman. 
Bacalah....

Tips memikat hati jejaka idaman:
  1. Kalau dah suka, sedekahkan senyum kepadanya 
  2. Kalau pandai masak, cuba-cubalah bawak bekal ke tempat kerja. Mungkin dalam hatinya kagum kerana anda tak beli nasi sebaliknya makan bekal yang dibawa. Ingat, pandai masak adalah antara ciri-ciri kewanitaan yang dicari-cari.
  3. Risik-risiklah tentang apa yang disukainya dan cuba lakukan itu di hadapannya
  4. Ketika bercakap dengan si dia, pastikan dia memahami bahasa tubuh anda tapi janganlah sampai dia rasakan yang anda tu... gediks (hehe)
  5. Walau pun anda syok gila pada dia, penampilan diri tu, hendaklah dijaga. Aurat masih tetap aurat, okey! 
  6. Kalau berani, selitkanlah kad ucapan untuknya. Alah, sekadar tulis... selamat berkenalan... okey, kut?
  7. Kalau kali pertama bertegur sapa, isy... janganlah ramah bebeno.... simpan-simpanlah untuk pertemuan seterusnya
  8. Dan, bila sudah kenal pula, janganlah cakap benda yang tidak berfaedah ketika bersama dia. Jatuh saham anda nanti...
  9. Anda nak 'tackle' dia, kan? So, jangan sekali-kali sebut nama lelaki lain di depannya. Biar dia menganggap dirinyalah lelaki pertama untuk anda. Tentu dia bangga sangatt!
  10. Setialah padanya bila kawan dah agak lama. Jadilah kawan masa dia senang dan jangan lari menjauh bila dirinya ditimpa musibah.
  11. Pada kali pertama, bersikaplah biasa-biasa saja.. Janganlah tunjuk sangat keseronokan anda bila dia yang mula mendekati atau dia yang mulakan menegur anda. Sembunyikan rasa excited tu. Selambakan diri walaupun sebenarnya anda terlalu seronok bila dia yang memulakan langkah pertama untuk mengenali anda.
  12. Apa-apapun, cubalah tanya-tanya pada rakan taulan yang mengenali lelaki itu untuk mengetahui dan mendapat gambaran tentangnya sebelum langkah memikat diatur.
  13. Jadilah diri sendiri. Tak pelu berlakon menjadi Nasha Aziz atau Lisa Surihani. Anda adalah diri anda dan biarlah dia mengenali anda begitu....
Semoga tip-tip ini berguna, ya....


==========================================================

4 ulasan:

  1. @hana
    thanx.. ni dah kwn ke blom? hehe

    BalasPadam
  2. salam kak.tips yg bgus.
    da slalu bg hint..mcm x phm2 jgk..
    ajk kluar pon penah..tp dia mcm suka jgk..slalu t'tgkp dia curi2 pndg sy.hmm..xkn cmpi nk kne ngurat trg2 an kot..malu la..:(

    BalasPadam
  3. gween, susah2, buat dia jeles... tgk menggelabah x kalau ada org lain ngn adik... selalunya, men kalah dgn rasa cemburu...slmt mencuba

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.