Langkau ke kandungan utama

Nak kurus tak?

Assalamualaikum.....

Terpedayakah anda bila melihat semua iklan-iklan ini?


atau ini?

Lepas tu anda pun makanlah....


Gambar-gambar itu sekadar hiasan, so... jangan ada yang marah pulak nanti!

Macam mana? Berjaya tak jadi slim? Ewah, ada yang tersenyum sinis tu. Kenapa? Kurus kejap aje, eh... 

Biasalah...

Perlukah anda berhabis duit makan pil kurus, pergi ke slimming center, atau pun buat liposuction semata-mata untuk kuruskan badan anda? 

Kata doktor... JANGAN!!!! TAK PERLU!!!

Jadi, kalau macam tu, wajarlah anda menguruskan semula hidup dan pemakanan agar tidak jadi gedempol, k!

Cara:

1. Azam mesti kuat

2. Komitmen mesti tinggi

3. usahakan secara semulajadi dengan menggabungkan dua aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten.

4. kurangkan berat badan secara perlahan-lahan tetapkan misalnya, 1 kg sebulan. :)

5. ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi.

6. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis

7. Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

8. elak dari memakan makanan ringan di antara waktu makan

9. banyakkan meminum air mineral atau air kosong sahaja.

10. tetapkan waktu makan anda setiap hari.

11. makanan di ruang makan dan bukanlah di depan televisyen

12. gunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan

13. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

14. lakukan aktiviti senaman atau aerobik tiga hingga lima kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

15. rehat secukupnya

jadi, tak perlu ambil pil kurus atau tak perlu lakukan 'crash diet, ya. pun tak payah bazir duit pergi ke pusat -pusat kecantikan. 

harap anda mendapat info yang berguna. 

===============================================

Ulasan

  1. Aku benar-benar dapat mengatakan bahwa saya belum pernah membaca informasi yang berguna begitu banyak tentang Blogger: luahan - Post a Comment. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada webmaster dari www.sofipublications.com.

    BalasPadam
  2. Boleh tahu kenapa tidak boleh makan di hadapan tv? apakah kesan nya? :]

    BalasPadam
  3. Boleh tahu kenapa tak boleh makan dihadapan televisyen?........

    BalasPadam
  4. @Dira loawes,
    11. makanan di ruang makan dan bukanlah di depan televisyen

    Makan di ruang makan adalah lebih tertib dan anda memberi sepenuh tumpuan kepada apa yang anda makan tapi kl anda makan di depan tv, masa makan akan drag... menjadi lama. dari segi adab pun tak elok, kan? buang masa?

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…