Langkau ke kandungan utama

Mengapa kau curangi aku?

Assalamualaikum.....

Tajuk bukan main ek? Hehe.... tapi persoalan tentang kecurangan tidak pernah lesu. Setiap hari, mesti ada isteri mengeluh tentang suami yang menduakannya. Setiap ketika mesti ada suami yang bagaikan tidak percaya membaca sms kekasih isteri di telefon. Setiap saat, ada hati kekasih yang terluka bila mengetahui bahawa bukan dirinya saja dalam hati si dia.

Mengapa curang? 

Aku berikan dulu pendapat seorang pendakwah bebas. Katanya....

Kegagalan mengawal nafsu didorong pergaulan bebas tanpa had di luar rumah menjadi faktor seseorang terjebak dalam kancah hubungan terlarang dengan orang lain yang ditegah agama, biarpun sudah berkeluarga.

Ia akan menjadi bertambah buruk apabila keadaan sudah tidak terkawal dan pada masa sama tiada perhatian khusus diberikan ahli keluarga atau kenalan terdekat bagi membantu membimbing mereka kembali ke jalan betul seperti disaran agama.

Akibat pergaulan bebas melampau, seseorang itu pasti sukar meninggalkan tabiat buruk yang dilakukan apatah lagi jika ia berterusan tanpa tegahan individu bertanggungjawab seperti ibu bapa dan suami isteri.

Ya, pergaulan bebas adalah punca kepada kecurangan. Di mana-mana, kita dapat melihatnya. Lelaki dan perempuan berkawan bagai tiada batasan jantina. Bertepuk tampar lumrah dah. Istilah BFF menjadi sangat popular. Remaja, kanak-kanak malah orang dewasa menganggap di era teknologi ini, manusia tidak perlu lagi mengikat diri pada adab dan budaya lama. Kolot tu!

Bermula dengan teguran hai dan sembang-sembang biasa.... melalut kepada pertanyaan tentang famili termasuk isteri / suami dan anak-anak maka sedikit demi sedikit rahsia dalam rumah tangga terbongkar. 

Hati perempuan cepat cair bila ada yang memberi perhatian. Maka curahan kisah sedih memberi kesempatan kepada lelaki untuk mententeramkan jiwa lara. Perhatian yang berlebihan mengusik naluri lembut. Senyum menceriakan, gelak tawa semakin menghiburkan. Lama-kelamaan makan berdua. Lama kelamaan ke mana-mana bersama dan akhirnya berakhir di ranjang. 

Dosa ke mana? Lupa! Akhlak tidak dijaga. Lupa! Semua kerana dorongan nafsu menggila. 

Marilah menjaga nafsu. Bataskanlah pergaulan sesama kita. Letakkan benteng di antara kita dengan kaum berlainan jenama jenis. 


Jangan asyik mencari kekurangan suami / isteri sebaliknya ingatlah pada kebaikan mereka selama ini. 

Hidup di dunia hanya sekali namun jika tergelincir di sini, api neraka menanti. Nauzubillah....

==========================================================

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…