apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

2.9.11

Menawan di pagi raya....

Assalamualaikum.....

Seronok juga sambut raya tahun ni di umur yang mencecah 50 tahun nihh.. Mana tidaknya.... anak perempuan dah besar, sorang 23 tahun, yang nombor 2 tu 19 tahun, apalagi... dibelek-beleklah mereka muka aku ni. hehe.. Untuk kelihatan cantik di pagi raya, kononnyalah...tapi iya tak iya juga, kan.... bandingkan wajah yang berbeza bila kita tak mekap dengan sesudah mekap...


sorilah friends, nak bubuh gambar sendiri, seganlah pulak, kan..so masuklah wajah madonna hehe...

mengapa perlu mekap sikit? mekap sikit yang ringkas jangan sampai nampak over laa, ya! sebab, taklah muka nampak kusam aje, iya tak? kalau x lawa, tak apa, asalkan nampak ceria dan bermaya, ewah....

ni apa yang diajar oleh orang2 yang pandai mekap. followlah step2 yang disuruh tu, k!

1. cuci muka dulu. cleanser.... lepas tu pakai toner....... lepas tu pakai pelembab.

2. Sapukan sedikit foundation yang sesuai ke wajah. Jika mahukan sapuan yang lebih licin dan rata, campurkan sedikit toner ke foundation (alas bedak.)
3. Loose powder dipakai setelah memakai alas bedak. Loose powder ini menyerap minyak dan menutup pori-pori pada wajah. sapuan nipis aje, k... anda akan nampak segar..

4. Kemudian anda boleh sapukan sedikit compact/pressed powder. Kelebihan compact powder ini ialah ia dapat menutupi lingkaran hitam di sekeliling mata.

5. Sapukan sedikit pemerah pipi yang berunsurkan powder.
6. Sapukan pembayang mata (jenis powder lebih baik). Pilih warna yang berunsurkan semulajadi atau warna yang sesuai dengan pakaian yang hendak digayakan.

7.Pakai eyeliner dan maskara untuk menyerlahkan mata anda.
8. Lukis lipliner dan sapukan lipstick yang sesuai dengan warna kulit dan warna pakaian yang hendak digayakan. Jangan lupa lekapkan dengan tisu untuk menampakkan kesan semulajadi.
9. barulah semburkan minyak wangi lepas tu... jangan lupa juga, pakailah deodoran supaya ketiak tak bucuk hehe....

Tadaa.... cantiknya dia...

2 ulasan:

  1. ekekekeke.... memanglah dia tu cantik. Kalo muka rin, pakai mekup seloripun x cantik cenggitu...

    BalasPadam
  2. @RinsyaRyc, hisy, kita ni sume cantik tau...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.