Langkau ke kandungan utama

Melur Jasmine 8


"Mami.............."

Puan Liza bergegas ke bilik Jasmine bila mendengar jeritan gadis itu. Hatinya berdebar. Apa pula kali ini? Gumamnya. Dia risau. Terutama bila memikirkan hubungan dua beradik itu yang masih dingin.

"Mami!"

Sebaik melangkah masuk, puan Liza terus tersentak melihat keadaan bilik yang bersepah-sepah. Cebisan-cebisan kertas yang dicarik-carik memenuhi lantai. Kekabu putih berterbangan bila sebiji bantal nampaknya sudah dikoyak-koyak, digunting-gunting sehingga hancur. Habis berteraburan!

Di tengah-tengah ruang, Jasmine sedang menangis geram. Hatinya sakit sangat dengan apa yang terjadi. Sepasang mata yang berkaca memandang sayu pada ibunya yang terpempan di hadapannya.

"Melur koyak dairi Min, mami. Dia rabakkan bantal Min. Dia curi telefon bimbit Min. Patutlah dia tak nak pergi sekolah hari ni, rupa-rupanya dia sengaja nak sakitkan hati Min, mami,"

Mendayu-dayu suara Jasmine mengadu kepada ibunya. Pilu sungguh rasa hati. Tak pernah dia begini. Ketegasannya selama ini entah mengapa hilang dalam rasa sedih mengenangi sikap Melur terhadapnya.

Melur bukan lagi adiknya yang lemah lembut dahulu. Melur bukan lagi adiknya yang amat menghormati hak dan barang masing-masing. Melur bukan lagi seorang yang selalu menjaga adab dan bahasa. Semuanya sudah berubah sejak dia diculik ayah mereka. Asyik hendak memberontak, selalu sahaja membentak malah sudah pandai berdengki khianat.

Argh, apa yang sudah diracuni oleh lelaki jahat itu kepada adiknya sehinggakan sampai begini sikapnya berubah 360 darjah? Langsung tidak punya nilai-nilai murni lagi. Langsung mementingkan diri.

"Imah, Melur ada dalam bilik dia ke? Panggilkan dia ke sini!" arah puan Liza.

Imah segera berlari menuju ke bilik si adik. Diketuknya muka pintu beberapa kali, tapi Melur seperti tidak peduli sahaja.

"Melur, kak Imah masuk, ya."

Sebaik pintu dibuka, sepasang mata Imah tercari-cari si gadis tapi tidak ada langsung kelibatnya di dalam bilik itu. Imah segera kembali ke bilik Jasmine. Dilihatnya puan Liza sedang berusaha memujuk Jasmine lagi.

"Puan, Melur tak ada dalam bilik dia."

Berderau darah puan Liza. "Tak ada?" tanya dia dengan suara yang bergetar.

Jasmine terus meluru menuju ke bilik Melur. Bila dibukanya almari pakaian, ternyata kosong. Malah beg pakaian di atas almari pun sudah tidak ada.

"Melur dah pergi, mami," ucapnya perlahan sambil duduk termangu di birai katil. Seraut wajah berkerut tanda dia kesal dengan apa yang terjadi.

"Entah-entah dia dah pergi cari ayah, mami?" Jasmine meneka.

Wajah puan Liza turut menjadi pucat. "Iyalah, Min! Kan Min kata tadi yang telefon bimbit Min hilang? Tentu Melur pinjam sebab nak call ayah. Ya Allah...., Min, apa kita nak buat ni?"

Buntu! Semakin buntu bila panggilan yang dibuat kepada Melur tidak berjawab. Semakin buntu bila Rizal juga tidak menjawab panggilannya. Baik di pejabat mahupun telefon bimbit, semua tidak berangkat. Pak Amin pula sudah dua hari tidak datang kerja kerana demam. Tak mahulah mengganggunya pula.

"Salah Min, mami. Min yang lalai. Min letak telefon di merata-rata." keluh Jasmine.

"Tak! Min tak salah. Mana nak sangka Melur sanggup buat Min macam ni? Mami ingat dia dah berubah. Ingatkan dia dah lupakan ayah tapi sia-sia saja. Fikiran dia tu dah kena racun dengan cerita palsu ayah tentang mami. Berbulan-bulan lamanya diorang duduk bersama, Min. Dah kuat benar melekat dalam kepala Melur yang mami ni jahat."

Jasmine menggelengkan kepala. "Dia marahkan Min saja, mami. Kalau tidak takkanlah bantal dan dairi Min dikoyak-koyak, kan? Dia sakit hati sebab..."

"Sebab apa, Min?"

Jasmine menggelengkan kepala. Malu hendak memberitahu tentang Badrul dan apa yang ditulis dalam pesanan ringkas untuk dirinya, yang pasti sudah dibaca oleh Melur. Tapi, dia yakin Melur cemburu dengannya. Tentu sakit hatinya kerana selama ini Melur menyangka Badrul menyukainya.

Itulah lelaki. Lelaki semuanya sama sahaja. Perangai teruk! Mementingkan diri! Kini, kerana sikap Badrul yang tidak tahu malu, menyebabkan Melur merajuk dan pergi meninggalkan mereka.

"Min?"

"Tak ada apa-apalah, mami." Wajah ibu ditatap penuh mengharap, "Mami, apa kita nak buat sekarang?"

Puan Liza menggelengkan kepala. Sesungguhnya dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
....................................

Bulat sepasang mata Jasmine melihat Badrul Aminudin Haziq tercegat di muka pintu rumah.

"Awak nak apa datang sini?" Jasmine bertanya sambil menjeling.

"Saya risaukan awak. Awak tak jawab bila saya call. Lepas tu, di sekolah tadipun, awak tak pedulikan saya. Saya susah hati tahu tak?" rungut Badrul.

"Saya rimas betul dengan awak, awak tahu tak?"

"Rimas?"

"Ya! Rimas! Benci! Menyampah!"

"Tapi, kenapa? Awak cakap yang awak dah maafkan saya dulu. Habis tu kenapa masih nak benci dan rasa rimas pulak?"

Puan Liza menggelengkan kepala. Memang benarlah orang cakap yang bebudak lelaki memang lambat matang. Umur mereka sebaya tapi Jasmine jauh lebih matang berbanding si Badrul, fikirnya.

"Sebab, awak ni dah ada Melur dan awak tahu yang Melur suka awak tapi masih nak buat dia merajuk, buat dia sakit hati sebab dia fikir awak sukakan saya." Marah Jasmine tidak berlapik.

"Betullah tu! Saya memang suka pada awak. Bagi saya, Melur tu kawan baik aje. Tapi awak...."

"Jangan cakap! Saya tak nak dengar. Dahlah kepala kitorang tengah serabut dengan si Melur, awak pulak nak kasi kepala saya lagi sakit. Melur entah ke mana, awak pulak nak cakap benda yang langsung tak penting!"

Badrul mengerutkan dahi. Baru perasan yang ada sesuatu sudah terjadi bila melihat wajah muram puan Liza. Alamak.... Melur buat hal lagi?

Menyedari Badrul yang sedang melihatnya, puan Liza terus buka cerita, "Melur dah pergi entah ke mana kali ni, Badrul. Dia dah lari tinggalkan kami."

Badrul terlopong mendengar cerita puan Liza. Baru hari ini semua yang Jasmine sembunyikan darinya, diketahui. Baru sekarang dia faham mengapa susah benar Jasmine hendak percayakan dirinya. Rupa-rupanya, ada sejarah lalu yang pahit dan menyakitkan. Patutlah.....

"Melur dah tukar nombor telefon, mak cik."

Dua pasang mata memandang wajah Badrul, tidak sabar menanti lelaki itu meneruskan cerita. Puan Liza dek kerana tidak sabar, terus bertanya, "Mana kamu tahu, Bad?"

"Sebab sejak pukul dua petang, banyak kali saya telefon Min, mak cik. Tapi, langsung tak berjawab. Semuanya asyik pergi ke peti suara aje." Badrul memberitahu.

Puan Liza melepaskan keluhan berat. Semakin sukarlah untuk mereka menjejaki Melur kini, fikirnya. Bijak sungguh anaknya itu. Dengan menukar nombor, tentulah lebih susah untuk menjejakinya kini.

Tiba-tiba Jasmine menarik tangan Badrul dan mengheret lelaki itu ke luar, tanpa mempedulikan sesiapa lagi. Sebaik sampai di tepi kolam ikan, dia terus memarahi Badrul lagi.

"Ini semua salah awak! Siapa suruh awak hantar SMS yang bukan-bukan pada saya? Melur baca tu terus naik angin, awak tahu tak? Terus dia koyak-koyak dairi saya. Terus dia lumat-lumatkan bantal saya. Semua sebab awak dan puisi bodoh awak tu!"  Jasmine menghambur kemarahan.

Badrul begitu asyik memandang wajah Jasmine. Kemarahan gadis itu sedikitpun tidak membuat dia rasa kecil hati malah semakin seronok melihat wajah yang memerah. Semakin geram melihat bibir gadis itu pot-pet, pot-pet. Semakin cantik Jasmine dalam penglihatan sepasang mata. Semakin tertarik. Semakin tertawan. 

Jasmine mencangkung, menggenggam air dalam kolam lalu merenjis ke muka Badrul.

Badrul yang asyik segera tersedar. Isy.... segera kepala tergeleng-geleng. Dia cuba menahan gejolak perasaan muda yang membadai. Malunya bila di hadapannya kini gadis yang dipuja sedang memandang dirinya seperti seekor singa betina yang ingin membaham mangsa. Ouch......

"Kalau jadi apa-apa pada Melur, Badrul, siap awak! Saya..."

"Awak nak buat apa pada saya?" soal Badrul sambil tersengih-sengih.

Jasmine gelabah melihat sikap Badrul yang langsung tidak takut dengan jerkahannya. Malah boleh tersengih-sengih macam kerang busuk pula. Memanglah budak yang seorang ni sudah biul, fikirnya. 

Badrul geleng kepala. Dia kembali bersikap serius bila melihat dahi Jasmine yang sudah berkerut-kerut. 

"Dia dah besar. Dia tahu jaga diri dia." Ujar Badrul penuh yakin.

"Senangnya awak cakap..."

"Min, Melur tahu apa yang saya rasa. Saya tak pernah sembunyikan dari dia yang saya suka awak. Kalau dia marah, tu semua bukan sebab dia marah saya tapi sebab dia tak dapat nak terima kekalahan dengan awak. Min, awak tahu tak yang adik awak tu sangat cemburukan awak? Pada dia, awak lebih segala-gala. Dia jeles!"

Jasmine pandang muka Badrul tidak percaya. Pandai-pandai sahaja Badrul menuduh Melur mencemburui dirinya. Tak masuk akal, fikirnya. Langsung tak masuk akal. Melur tidak ada sebab untuk merasa kalah. Melur tidak ada sebab untuk merasa dengki. Mereka berdua adik beradik. Kembar pulak tu! Tidak ada siapa yang lebih, dan tidak ada yang kurang. Mustahillah jeles menjadi alasan Melur pergi tinggalkan dirinya dan mami. Mustahil!

"Tak mungkin Melur cemburukan saya. Tak ada apa yang boleh buat dia dengkikan saya. Saya tak percaya cakap awak ni." bantah Jasmine.

Badrul perhatikan saja gadis itu berjalan mundar mandir di hadapannya. Tentu Jasmine semakin susah hati kini. Wajahnya yang muram dan suram lambang hati yang kusut. Badrul tahu sukar untuk Jasmine percaya kata-katanya. Jasmine terlalu lurus. Jasmine menganggap Melur seperti dirinya juga, tulus dan jujur. Ikhlas dan penuh kasih sayang.

"Min, sudahlah tu. Jangan risau sangat. Melur tu nampak saja lembut dan lembik tapi dia tahu jaga diri dia. Kalau betul dia merajuk, tak ke mana perginya. Nanti baliklah tu!"

"Awak, dia tu merajuk dengan saya sebab awak! Dia marah saya. Dia sakit hati dengan saya. Dan, untuk pengetahuan awak, Melur tu memang lembik tapi dia tu keras hatinya. Nanti kalau dia tak balik rumah, macam mana? Mesti mami susah hati, tahu tak?"

Badrul merapati Jasmine. Tajam sepasang mata merenung jauh ke dalam anak mata gadis itu.

"Dah, jangan susah hati. Nanti saya tolong carikan dia untuk awak. Awak duduk aje dalam rumah ni, okey."

"Ke mana awak nak cari dia?" 

"Alah, itu biar saya saja yang fikirkan. Yang penting, saya cari dia. Yang penting, saya akan tolong awak dapatkan dia balik supaya awak senang hati. Saya tak nak awak sedih-sedih sebab SPM dah tak lama lagi. Nanti tak dapat keputusan yang baik, susah pulak. Tak dapat kita nak masuk universiti sama-sama."

"Ke situ pulak dia ni ni."

"Eh mestilah! Awak tu istimewa sangat tau, Min!"

"Dah! Kata nak cari Melur, kan? Pergilah sekarang! Saya tak nak dengar suara merapu awak tu..."

Kata-kata Jasmine buat Badrul ketawa besar. Seronok melihat gadis itu tersenyum malu kepadanya.

"Ingat ya, Jasmine! Saya suka awak. Hafal tu dan simpan dalam kepala, okey!"

Jasmine melihat Badrul berlalu pergi. Dalam hati ada taman. Dalam marah, kenapa ada rasa senang bila lelaki itu mengusik? Kesungguhan Badrul buat dirinya rasa bahagia. Inikah cinta?

Hisy, cinta? Umur baru 17 tahun nih... cinta monyet kut? hati berbisik....

And they called it puppy love
Oh, I guess they'll never know
How a young heart really feels
And why I love her so......
.......................................
semoga anda suka....
==========================================================

Ulasan

  1. dah lama xde enovel from kak sofi.. akhirnya ada pn new n3.. sambung lagi kak

    BalasPadam
  2. misnza,
    hehe... jadi, MJ8 ni pengubat rindu anda, k....
    selamat membaca
    sofi

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…