Langkau ke kandungan utama

Kenapa dia tak call aku lagi??

Why guys don’t bother to call

Assalamualaikum.....

Pernah keluar dating? Tentu ramai yang angguk kepala tu, kan? 

Tapi, pernah tak mengalami keadaan ini? 
Selepas jumpa kali pertama, si dia langsung tak telefon semula. Usahkan nak ajak keluar kali ke dua, hendak bertanya khabar pun tidak! 
Anda ternanti-nanti panggilannya lagi. Dalam hati, anda runsing.
Kenapa ya, dia tak call? Telefon dia jatuh dalam parit, kut? Ke, dia lupa nak bayar bil? Atau.... dia ter 'delete'  nombor aku agaknya?
Haha... macam-macam andaian dibuat tetapi sebenarnya melalui kaji selidik yang dijalankan, ada beberapa sebab mengapa lelaki tidak menelefon selepas ber 'dating' kali pertama. Nak tahu sebabnya?

1. Saya belum bersedia untuk sebuah perhubungan serius. 
- Dalam pertemuan pertama itu, anda dilihat seolah-olah seperti mahukan satu hubungan yang serius dengannya. Berbicara tentang famili. Bercerita tentang hati. Sedangkan dia hanya mengajak anda dengan tujuan supaya dapat berborak, gelak dan ketawa. Matlamat sudah berbeza, kan? Jadi, apa perlunya anda dihubungi lagi?

2. Dia asyik bercakap tentang dia, dia, dia...
- Anda bagaikan 'dating' dengan kawan perempuan. Semua benda anda hendak cerita. Tentang makanan, baju, fesyen rambut, wayang.... 

Aduhhh..... 

Dia tak berpeluang hendak bercakap pun! So, pasti saja lepas hantar anda balik, dia buangkan saja nombor telefon anda. Habis cerita.

3. Tak mahu bertegang urat
- Pada pertemua pertama itu pun, si dia dah tak ngam dengan anda. Anda cakap, ada yang dia bangkang. Kemudian bila dia cakap, anda pula tak sokong. Dari situ dia buat andaian bahawa, anda berdua tak perlu lagi bertemu. Tapi, dia malaslah nak call, sebab dia amat yakin kalau dia call, mesti anda akan bambu dia kerana tak mahu jumpa dengan anda lagi...

4. Pilihannya banyak!!!
- Maksudnya, dia bukan dating dengan anda sorang saja. Tapi, sebenarnya, dia sedang dalam proses memilih. So, calon terbaik, dialah yang akan dihubungi semula. Pathetic, kan?

5. sikap anda tu... hisy, menyampahnya??
- Bersopanlah sikit waktu pertama kali dating tu. Maksud aku..... jaga tingkah laku. Ni tidak! Anda belahak...(sendawa) kuat-kuat, sampai si dia terkezut... hehe.... 

Gelak pulak sengaja nak bagi satu Malaysia dengar. Apa cer? Bukan nak suruh anda jadi hipokrit tapi, janganlah nampak sangat sikap buruk anda tu.. Cover line sikit...okey?

Tu, lima sebab kenapa lelaki tidak menghubungi anda selepas anda dan dia ber 'dating'. Tapi, janganlah sebab kecil itupun, anda nak frust menungging. Relaks rr.... Insyaallah, satu tak call, akan ada yang lain nanti. Sabar ajelaaa.... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…