apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.9.11

kenangan 7.9.2011

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, semua dah selamat setakat ini. Pendaftaran Ashikin tadi, berjalan lancar. Kakitangan UPM nampaknya begitu mesra melayani ibu bapa, kaum kerabat dan pelajar-pelajar baharu. Masa nak tinggalkan dia tadi, hati taklah susah dan gundah. Nampak diapun bersemangat, hmm.....

di tangga kolej ke dua.....
bukan main ceria Ashikin nak tinggalkan mamanya....
Sekarang sedang berada di TBS, Terminal Bersepadu Selatan sebab nak hantar Hayat pulak balik ke Johor. Lepas dia pun dah settle, baru nak drive balik ke Hutan Melintang. Aku n hubby will take our own sweet time. Relaks......

Sunyilah rumah kami dah. Maklum, dua murai dah tak ada. Tinggal hero dua orang yang perlu diberi perhatian kini. Maklumlah, yang bongsu tu akan PMRlah pulak...

Dah ketandusan idea. Hehe... Okey, bye..
 
==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.