apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.9.11

hadiah sebuah derita

Assalamualaikum.....
Lihatlah....
.
iman
fatima siad

iman

fatima siad

urbah

Tiga nama, tiga wajah popular dalam bidang peragaan antarabangsa. Iman, Fatima dan Urbah. Ketiga-tiga mereka merupakan supermodel di Amerika. 

Namun ada sesuatu yang perlu kita ketahui tentang mereka. Satu kesamaan! Satu penderitaan! Mereka lahir di bumi bergolak...SOMALIA!!

Ingat lagi SOMALIA? Ya, di situlah seorang rakyat kita pernah terkorban beberapa minggu lepas. Baca sini....  


Siapakah Iman?
Iman yang diangkat sebagai ikon fesyen kelahiran Somalia ialah seorang peragawati terkenal dan dia juga mempunyai empayar perniagaan kosmetik di bawah jenama Iman. Aktivis kebajikan yang petah bertutur dalam bahasa Inggeris, Somalia, Arab, Itali dan Perancis ini turut aktif dalam dunia lakonan. 


Dia yang dilahirkan di Mogadishu juga pernah membuat liputan mengenai krisis makanan pada tahun 1992 bersama British Broadcasting Corporation (BBC). 


Dalam satu temu bual bersama stesen televisyen Al-Jazeera baru-baru ini, Iman turut merayu bantuan dunia bagi membantu masyarakat Somalia yang dilanda kebuluran dan peperangan, katanya...bantuan kemanusiaan perlu segera dihulur kepada jutaan rakyat Somalia yang sedang menunggu ajal akibat kebuluran disebabkan kemarau panjang.  

Siapakah Fatima?
Dia lahir dalam sebuah negara yang bergolak, Somalia. Ibu dan bapa bercerai masa dia kecil, Dan bagi dirinya Mogadishu adalah sebuah neraka! 


Dia dibesarkan oleh si ibu bersama dua orang adik namun pada usia 13 tahun, dia menyaksikan adik2nya ditembak mati di hadapan dirinya oleh tentera kerajaan. Pada masa itu kekacauan ada di mana-mana dan hidupnya sentiasa dibayangi ketakutan.


Ibunya nekad membawa diri mereka ke Amerika dan bila berjaya, Fatima berusaha belajar, dan tekun sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaaan dan diterima masuk ke Universiti New York dalam bidang Praperubatan dan Sains Politik.


Ketika di kolej, Fatima mula menceburi bidang peragaan.dan semakin serius setelah menduduki tempat ke tiga dalam pertandingan supermodel, America's Next Top Model musim ke-10 pada tahun 2008.


Sejak itu dia tidak pernah menoleh ke belakang.

Siapakah Urbah?
Kegawatan politik yang melanda negara Tanduk Afrika itu menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa berpisah selama 10 tahun. Ibu dan adiknya lari menyelamatkan diri ke Kanada. Ayahnya membawa dia dan adik lelakinya menjadi pelarian di Kenya. Selepas menjalani kehidupan sukar, keluarganya kembali bersatu pada tahun 2001 di Vancouver, Kanada selepas sedekad terpisah,


Pada usia 17 tahun, bakat peragaannya dicungkil.oleh seorang jurugambar profesional yang menyapanya di sebuah taman. Dan kini, dia sudah menjadi seorang yang berjaya malah terkenal.


Bila membaca kisah kejayaan seseorang, aku sering temui kisah pahit dalam kehidupan mereka. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Liku-liku kedukaan menjadikan diri seseorang lebih matang untuk meraih kejayaan. Penderitaan yang ditempuh menguatkan semangat dan ia menjadi semakin kental bersama masa. 

Kepada anda di luar sana yang merasakan bahawa diri anda sedang dalam penderitaan, semoga kisah yang terpapar ini, berjaya memberi anda keyakinan dalam menghadapi dugaan maha hebat.



==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.