Follow Us @soratemplates

5.9.11

dugaan maha hebat..

Assalamualaikum.....


Apakah perasaan anda jika seandainya, dalam sekelip mata anak-anak anda seramai tiga orang yang segar bugar, sihat walafiat, tiba-tiba pergi... Pergi yang tidak akan kembali lagi. Akibat kemalangan jalanraya... ??


Tidak dapat hendak diselami, kan? 


Marilah kita sama-sama bersedih dan sedekahkan al fatihah kepada tiga anak muda, adik beradik, Ahmad Zakwan, 19,  Ahmad Zahinuddin, 18, serta Ahmad Zarif, 12. 

Dalam kemalangan yang meragut nyawa itu,  kereta dinaiki tiga beradik itu bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 113.6, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran Pekan Yong Peng, pada jam 2.45 pagi semalam. Ketika kejadian bapa kepada tiga beradik yang maut, Koperal Patah Raji Muhamad, 50, dan isterinya, Sopiah Azmi, 48, yang menaiki kenderaan lain bersama dua lagi anak hanya tergamam melihat kereta dinaiki tiga beradik itu bertembung sebuah Proton BLM di depan mata sebelum memberhentikan kenderaan bagi membantu anak-anaknya. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Renggam Jaya, selepas berhari raya di Kampung Limau Hantu, Pangkal Meleret, Machang, Kelantan pada hari raya kedua.


Lihatlah keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan itu....


REMUK...keadaan kereta yang meragut nyawa  tiga beradik.

Keadaan kereta yang remuk ini tentulah seremuk hati ibu dan ayah yang kehilangan...pastinya. 

Sungguh menyayat hati.....

Harap-harap ibu dan ayah serta adik-beradik yang lain tabah dan sabar menghadapi dugaan hebat ini.

4 ulasan:

  1. Pilu. Alfatihah. Alfatihah. Alfatihah...

    BalasPadam
  2. saya merupakan kawan baik kepada arwah Ahmad Zahinuddin. mengikut perkiraan kami akan bersama2 melanjutkan pelajaran ke Egypt dalam bidang perubatan pada 15 sept ni. sungguh tak dapat menahan rasa apabila tahu berita yang menyayat hati ni. saya dan arwah sgt rapat. pergi ke mana2 bersama2 dan arwah ada berjanji mahu menjaga sy di egypt nanti. tapi Tuhan lebih sygkan arwah. Al-Fatihah

    BalasPadam
  3. @Anonymous
    sesungguhnya, ALLAH lebih menyayanginya

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.