Langkau ke kandungan utama

CERPEN - DILEMA 1


"Kamu dah gila, Ani? Dah buang tabiat? Duduk tak duduk nak mintak cerai? Tak takut masuk neraka? Kamu dah lupa ke, isteri yang minta cerai daripada suaminya tanpa sebab, dah gegarkan tiang Arasy. Lupa?"

Wajah emakku yang berumur 65 tahun itu kutatap. Wajah merahnya menggambarkan kemarahan yang bukan sedikit kepada diriku ini. Dia mengherdikku tanpa mempedulikan sama sekali perasaan malu yang sedang kurasa. Rasa pijar mukaku ini bila adik-adikku yang seramai tiga orang itu kini diam dan memandang wajahku, penuh keliru. 

Siapakah yang tidak kehairanan mendengar aku hendak minta cerai daripada Amir? Selama ini, rumah tangga kami cukup bahagia. Selama ini, selama 20 tahun berkongsi kasih, tidak siapa pernah melihatku menangis atau marah atau berkelahi dengan suamiku itu. Selama perkahwinan kami, tidak pernah ada ruang pertengkaran untuk dilihat oleh sesiapa. Jadi, kenapa sekarang, selepas 20 tahun, selepas anak-anak sudah besar, selepas aku memiliki segala-gala, aku ingin meninggalkannya? Kenapa aku ingin meninggalkan lelaki yang menikahiku atas dasar saling mencinta? Mengapa?

Memang kami bahagia, tapi itu dulu. Lama dulu! Pada waktu cinta ku yang buta mengaburi semua kekurangannya. Kala cintaku yang yang tuli tidak mahu mendengar kata dan tuduhan. Saat aku hanya merasa nikmat berumah tangga dan mengenepikan semua kesilapan besar yang dilakukannya, dengan menganggap semua itu perkara remeh temeh saja.

Kini, aku tidak mampu lagi hendak bertahan. Cukuplah 20 tahun kuberikan kepadanya. Kerana dia tidak pernah peduli pada teguranku, kerana dia tidak pernah mengendahkan rungutanku, kerana dia tidak pernah mempedulikan amarah serta rajukku.... Cukuplah! Aku tak tahan lagi! Betul-betul sudah tidak mampu meladeni kerenahnya!!

"Kenapa nak bercerai, kak long?" angah Aisyah bertanya.

Aku renung wajahnya. Aku geleng. Rahsia tidak mungkin ku buka. 

"Kalau tak ada sebab, buat apa nak bercerai?" alang Amri menengkingku garang. Dia tentu sahaja tidak akan menyokongku kerana dia dengan Amir bagaikan isi dengan kuku. Mereka terlalu akrab. Aku yakin, saat ini, meluap-luap kemarahannya kepada kakaknya ini. Pasti dia sedang mencari pelbagai alasan untuk meletakkan semua kesalahan di atas pundakku. 

"Apa yang tak cukup lagi, Ani? Rumah besar! Banglo lagi! Kereta mewah dua tiga buah dah Amir beli untuk korang. Duit mewah. Dan, jangan nak cakap yang kamu kurang kasih sayang sebab dari apa yang mak nampak, Amir tu dari mula kahwin sampai sekarang, cakapnya lembut, dah tu dia sayang sangat pada kamu, pada anak-anak!"

"Entahnya, kak long ni? Dah dapat suami mithali macam abang long tu pun, masih nak bercerai. Saja aje tak reti bersyukur! Kalau dapat yang kaki pukul ke? Yang panas baran, asyik menengking ke? Hah, baru tahu!" gumam adik bongsuku, Amira. 

Kan dah cakap? Semua orang tidak akan menyebelahiku. Bercerai dengan Amir bererti, akulah yang bersalah. Meninggalkan Amir bererti, akulah yang tidak tahu bersyukur. Tuhan, kalau aku punya pilihan, aku pasti akan terus bersabar. Kalau aku punya pilihan, aku ingin putarkan masa ke zaman remajaku agar kali ini, aku tidak terpedaya dengan janji manisnya. agar aku tidak terpesona pada redup renungannya. Agar aku tidak jatuh cinta kepadanya!


"Kenapa sekarang, kak long? Kenapa selepas 20 tahun? Kesalahan apa yang besar sangat yang dah abang long buat sampai tergamak kak long nak pisahkan anak-anak kak long yang bertiga tu daripada papa mereka?" 

Wajah Amri yang bertanya, kutatapi. Silih berganti dengan wajah murung emak, wajah adik-adik perempuanku yang masih kabur....

Seperti tadi, bila alasan yang mereka pinta, aku jadi kelu. Aku terdiam. Kalau ikutkan kata hati, memang.. memang ingin aku luahkan semuanya. Biar mereka tahu apa yang sudah Amir lakukan kepada diriku. Tapi....

Ya, tapi....

Selagi dia masih suamiku, aku tidak mahu membuka pekung di dada. Biarlah kupendam segala duka ini.... sendirian. Biarlah hanya aku dan Amir yang tahu sebabnya. 

Kerana aku yang inginkan perpisahan, aku sudah bersedia menghadapi segala kebencian dari kiri, kanan, hadapan, belakang, mahupun dari atas dan bawah. Dari penjuru manapun, aku redha! 

Tapi, aku tidak rela untuk terus bersama dengannya. Perbuatannya benar-benar telah meremukkan hatiku. Setiap perkataan yang terlafaz, masih kuingat. Semua yang terkumpul sejak lama....

Aku bangkit untuk masuk ke dalam bilik. Rumah ibuku ini besar amat. Dan, bagi setiap orang anaknya, memang ada bilik istimewa masing-masing dari kecil sehinggalah kini, walaupun sudah beranak-pinak. 

Aku ingin ke situ. Aku ingin menyembunyikan diriku daripada mereka yang begitu kepingin mengetahui sebab dan alasan yang tidak mahu aku berikan. 

Tiba-tiba, aku rasa menyesal pula kerana meluahkan hasratku pada emak. Arghh, kenapalah mulutku ini harus memberitahu mereka? Bukankah lebih baik kalau semuanya kupendamkan sendiri dahulu? Ataupun, mereka hanya tahu setelah hubungan terlerai? 


Harap bersabar menanti bahagian 2, dilema.

sofi


==========================================================

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…