apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.9.11

Dan, musim peperiksaan pun bermula. Doakan kejayaan anak-anak kita!!

Assalamualaikum.....
Hari ini, ibu ibu dan bapa bapa yang anaknya menduduki peperiksaan UPSR pastinya lebih gementar berbanding anak-anak itu sendiri. Ini mungkin kerana anda mempunyai harapan yang tinggi menggunung terhadap anak-anak anda. Bukan begitu? 

UPSR merupakan landasan pertama untuk seseorang anak menentukan hala tuju kehidupannya, Namun, orang tua sebenarnya yang membawa anak-anak itu ke mana, mengikut haluan yang masing-masing kehendaki. Sebab itulah, ibu bapa begitu bersungguh-sungguh mahukan yang terbaik sebaik anak-anak mereka melangkah masuk ke tahun enam. Tuisyen silih berganti sebaik sekolah tamat sehinggalah hampir waktu tengah malam. Anak-anak di'paksa' belajar seolah-olah tiada yang lebih penting selain kejayaan memperoleh 5A bila keputusan peperiksaan UPSR diumumkan nanti!!
Okey, usaha sudah di tahap maksimum. Mulai saat ini sehingga hari Khamis nanti, kita sebagai ibu bapa dan anak-anak perlulah bertawakal pula. Waktu ini, panjatkanlah doa kepadaNYA, agar usaha dan keringat anak-anak kita berbaloi. 

Seorang teman baik pernah berkata kepadaku....
Kawan, masa anak kau sedang periksa, sambil-sambil duduk saja-saja tu....cubalah buat perkara-perkara ini:
Katalah anak mula masuk dewan peperiksaan jam 8.00 pagi, maka jika anda di rumah dan sedang kelapangan, 
1. Ambil wudhu'
2. Duduklah menghadap kiblat dan bacalah..
- Syahadah 3 x
- Surah al Fatihah 1 x
- 3 Qul
- Surah al- Insyirah 1 x
- Salawat ke atas Nabi 11 x
- Selepas itu bacalah Surah Yasin 1x diikuti oleh Surah al-Insyirah 100 x
Semuanya dengan niat supaya anak kita boleh dan dapat menjawab semua soalan dengan lancar dan baik, tidak gugup, tidak gementar. 


Bagaimana pula jika ibu-ibu dan bapa-bapa yang bekerja? 


Janganlah kerja itu dijadikan alasan. Anda masih boleh mengamalkan yang di atas itu sambil-sambil anda menaip, sambil memandu, sambil melawat site... 


Alah, hendak seribu daya. Tak hendak? Berjuta alasan mampu diberi.   


Selamat menghadapi peperiksaan, ya...


Semoga.... 
Wajah-wajah riang sebeginilah yang bakal terpamer bila keputusan peperiksaan diumumkan nanti....
-

==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.