Langkau ke kandungan utama

dah ada yang bersuara...alhamdulillah!!


Assalamualaikum.....


Dalam entri semalam, tentang cukai 6% yang bakal dikenakan kepada kita yang nak beli topup, aku yakin, ramai mengeluh. 60 sen tambahan untuk RM10 tu bukan sikit. Nampak macam sikit tapi ia memang tindakan yang melampau oleh pihak syarikat telekomunikasi. 


Apakah selama ini syarikat-syarikat seperti DIGI, CELCOM mahupun MAXIS, asyik rugi? Rasanya TIDAK!! Tiap tahun, mereka mengumumkan keuntungan jutaan ringgit. So, mengapa kita sebagai rakyat dibebankan lagi? Apakah setiap peruntukan undang-undang yang menguntungkan mereka perlu kerajaan patuhi? Habis tu, macam mana dengan golongan pengguna prepaid yang rata-rata terdiri daripada budak sekolah, pelajar universiti, pekerja-pekerja awam bergaji kecil?


Nampaknya kezaliman semakin berleluasa... sakitnyaaa hati!!!


Mujur Khairy Jamaludin turut menolak. Katanya...
"Boss Najib, tax to prepaid users is an inappropriate decision and burden the people. I object. Request to be cancelled," 
said Khairy ( right ) in his micro-blogging website Twitter last night.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah badan NGO diketuai oleh pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, yang terlebih popular dengan panggilan Chegubard, menyokong Khairy kali ini. SAMM mengingatkan kerajaan bahawa kebanyakan pengguna telefon mudah alih prepaid ialah mereka dalam kalangan berpendapatan rendah termasuk pekerja kilang dan pelajar.
"Making the six percent tax compulsory shows that the government protects only the corporates and telcos which will transfer this burden to the consumers although they make profits every year," 
- kata jurucakap SAMM dalam satu kenyataan semalam. 


Kerajaan dianggap sebagai 'kowtowing' kepada 'giant corporates'. Tak lain tujuannya hanya untuk menjadikan 'giant corporates' ini lebih kaya tanpa mempedulikan nasib para pengguna.


SAMM mengambil kesempatan menyeru rakyat agar menolak kepimpinan kerajaan pusat seandainya dasar menyusahkan rakyat ini berterusan. 


Hmm.... Apa kata anda?


==========================================================

Ulasan

  1. sbg salah seorg pengguna prepaid, sy rs terbeban.. dan mostly yg pakai prepaid adlh golongan berpendapatan rendah dan sederhana....

    BalasPadam
  2. haha.. memang kejam r.. bankrup r aku cam ni

    BalasPadam
  3. @adela
    mmg x puas hati tp dah settle dah, alhamdulillah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…