Langkau ke kandungan utama

Coretan raya

Assalamualaikum.....

Bermacam gelagat hari raya dapat dilihat. Macaam-macam cerita yang dibawa. Pelbagai kisah yang terjadi. 

Aku sendiri mendapat banyak kejutan pada sambutan hari raya tahun ini. Yang dahulunya belum berumahtangga, kini sudah bersuami / beristeri. Yang sudah berkahwin, kini sudah ada anak. Ada tu, si isteri sedang mengandungkan anak kedua pula. Tahniah! Semoga semakin murah rezeki mereka. 

Namun bila mendengar kisah seorang teman, yang diceraikan suami semasa bulan puasa baru ni, hati rasa sedihlah pulak... 

Mengapa bercerai? Tak siapa tahu cerita sebenar namun bila bekas suaminya kini sudahpun memperagakan isteri baru yang muda jelita, rasanya semua orang sudah dapat meneka. Kasihan si isteri yang ditinggalkan bersama 3 orang anak ini....

Sentuhan orang ketiga begitu power agaknya. Tentu yang muda, kiut miut ini mampu membuat si lelaki merasa muda. Perhatian yang berlebihan, jelingan yang manja, senyuman yang tentunya lebih menggoda pasti menghumban jauh kenangan ketika bercinta bersama-sama isteri suatu ketika dahulu. 

Hati rasa tercarik. 

Benarlah.......,

Lelaki, bila semakin tua, semakin meningkat sahamnya. Terutama bila dia ada sedikit harta, tegap pula, kacak lagi... kelihatan beriman dengan songkok tak lepas dari kepala hmm.... bukan setakat anak dara atau janda akan tertarik kepadanya malah isteri orang pun boleh juga...

Tapi, aku salut kawan aku ni. Katanya, rahsia rumah tangga mereka, akan dibawa sehingga mati. Jodoh dah habis, nak buat macam mana? Terima sahajalah takdir yang menimpa. Dan, dia tidak akan sekali-kali memburukkan si ayah di hadapan anak-anak mereka. Dia tetap mahu anak-anak menghormati bapa mereka. 

Malangnya, sikap lembut dan lemah ini disalah anggap. Ramai yang mengatakan dan menuduh dirinya yang bersalah sehingga suami menceraikannya. Kata mulut-mulut yang nakal ini, suaminya berubah kerana dia yang sudah tak pandai jaga diri. Badan dah gemuk, muka dah macam perempuan umur 60 tahun sedangkan dia baru 40an malah sehingga dia dikatakan sudah tidak mampu melaya suamipun keluar? Mak aiii.... Sampainya hati? 

Kawan aku senyum saja. Biarlah! Adat manusia, kalau tak kutuk orang, tak sah....katanya. 

Apa yang boleh kukata? Bersabarlah.... tapi dia dah memang sangat sabar, kan? Ataukah senyumannya sebenar menyembunyikan pedih dan parah dalam hati? 

Hanya ALLAH Maha Mengetahui....

   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…