Langkau ke kandungan utama

CERPEN - DILEMA 4

Aku tatap wajahnya. Memang ku akui dia sangat cantik orangnya. Putih melepak kulitnya, hidung mancung, rambut ikal. Patutlah ada orang tu sampai curi-curi kahwin dengan dia. 

Haiii laaa..... kenapa aku datang ke sini? Kenapa aku mahu jumpa dengannya sedangkan dia ni... 

Apa hendak dikata, aku sudah nekad menerima pelawaannya. Katanya, dia ingin belanja aku makan tengah hari di Hotel Concorde ini. Dia paksa aku datang, jadi di sinilah aku hari ini. Duduk berhadapan dengan Wardah Imran, isteri kedua suamiku, maduku.

"Kami bahagia selama ni tapi kakak musnahkan kebahagiaan saya dalam sekelip mata. Tiga tahun lamanya perkahwinan saya dengan abang jadi rahsia, tapi bila ia terbongkar, saya hilang segala-gala. Hilang suami, hilang kemewahan, hilang kasih sayang... Semua kerana sikap tamak kakak! Kakak faham tak ni?"

Aku mengerutkan dahi. Wajahnya yang tiba-tiba bertukar sedih, aku tatap. Aku tidak mengerti bila melihat air mata tiba-tiba mengalir deras, menuruni pipinya. Aku semakin tidak faham bila dia menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku. Kucapai dan mesej yang terpamer di skrin kubaca.

"Maafkan saya, Wardah. Saya mengambil masa semalaman untuk memikirkan perkara ini. Mulanya saya bingung. Tapi sejujurnya, keputusan ini saya buat demi kebahagiaan semua orang. Wardah, saya rela ceraikan awak tapi saya tak sanggup kehilangan Ulfah Tihani. Marahlah saya, bencilah saya! Tapi itu keputusan yang saya dah buat. Saya nak tebus dosa saya pada Ani. Nanti, awak datang ke ofis peguam saya, kita selesaikan di sana."

Aku menggelengkan kepala. Sakit hatiku belum surut padanya dan kini, semakinlah geram dan ingin rasanya aku....entahlah! 

Kedudukan seorang wanita di dalam Islam amatlah tinggi darjatnya..... namun, Amir meletakkan aku, isteri tuanya dan Wardah, isteri barunya di tapak kaki. Begitu mudah dia menendang bila dia membenci. Lafaz talak dan cerai bagaikan permainan di bibir. Aduhaii....

"Kakak yang paksa dia ceraikan saya, ya?" 


Sudah kujangka, Wardah pasti menuduh aku campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka berdua. Dasar! Kenapa dalam hidup bermadu, isteri saling menyalahkan di antara satu sama lain? Tidakkah pernah terlintas di ruang fikir bahawa suami akan cuba mencari pelbagai alasan, mengikhtiarkan pelbagai cara, bila dirinya tersepit? Haisy!!

"Kenapa kakak sanggup musnahkan rumah tangga kami? Dahlah kakak tak pandai jaga laki, sekarang, dah jelas sangat dah yang hati kakak ni busuk. Dengki! Sanggup merentap kebahagiaan suami sendiri demi harta."

Ini sudah lebih!

"Saya ke yang pegang talak awak? Bukan, kan? Yang ceraikan awak, Wardah, ialah suami kesayangan awak tu, Encik Amir Ridzuan bin Abdul Haris. Saya tak tahu menahu dan tak mahu tahu! Masalah awak dengan dia, selesaikanlah dengan dia. Yang sesedap rasa awak menuduh saya ni, apasal? Awak ada bukti yang kukuh untuk ditunjukkan pada semua orang bahawa saya yang memaksa dia ceraikan awak? Ada?" 

Kujegil dia sehingga dia menundukkan wajah. Hah, tahu takut! Ewah, ewah! Baru tiga tahun rampas suami orang, dah besar kepala. Cakap aku tak pandai jaga laki konon! Huh! Memang kau cari penyakit ajak aku lunch sama, wahai perempuan! 

"Dengar sini, Wardah. Selama ni saya cukup hormat dengan awak. Selama ni saya anggap awak macam adik. Soal jodoh awak dengan Amir, saya tak campur. Marah? Beritahu saya, kalau awak di tempat saya, awak marah tak? Wardah, mulut tu, tolong jaga sikit, ya. Jangan senang-senang menuduh saya tak pandai jaga Amir. Dia kahwin dengan awak tapi itu sikitpun tak memberi awak hak untuk mengutuk, menghina saya. Belajarlah menghormati hak orang, supaya nanti, hak awak juga tidak dirampas!"

"Kakak..."

Aku lihat dia bagaikan ingin merayu....

"Tolong suruh abang ambil saya semula. Tolonglah, kak! Saya tak sanggup berpisah dengan dia."

Memang perempuan ni tak tahu malu betullah, hatiku berbisik. Tapi, kasihan pula rasanya melihat dia yang terlalu berharap. Ah, sudah! Antara aku dan Amir pun masih lintang pukang, sekarang, perempuan ini ingin kekal menjadi maduku. Huhu.... 

Bingung! Bingung aku dibuat mereka!!



==========================================================

Ulasan

  1. blom last lg ke??? :(

    BalasPadam
  2. cikgu... bila dilema nk abis? penantian itu satu penyiksaan.. huhuhu...

    BalasPadam
  3. hishhh... benci ngn amir n wardah... dua2 x sedar diri...

    BalasPadam
  4. benci betul dgn wardah tu..

    BalasPadam
  5. alahai, pendeknya en3 ni.....bengang gak ngan wardah tu, ckp ikut suke jek.diri sendr yg goda laki org x sedar

    BalasPadam
  6. tak suka dgn Wardah...biar Amir buat pilihan dan keputusan yg t'baik.....sgt marah jg dgn Amir....mudah jatuh dgn perempuan..

    BalasPadam
  7. @Anonymous, thanx sudi baca karya kak sofi

    BalasPadam
  8. @adela, thanx sudi baca karya kak sofi

    BalasPadam
  9. @miznza84, thanx sudi baca karya kak sofi

    BalasPadam
  10. @noor, thanx sudi baca karya kak sofi

    BalasPadam
  11. @ieda ismail, thanx sudi baca karya kak sofi

    BalasPadam
  12. @evy, thanx sudi baca karya kak sofi

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…