Langkau ke kandungan utama

CERPEN - DILEMA 3

"Kakak tinggalkan rumah macam tu aje?"

"Dia marah sangat pada abang."

"Tahu pun! Kalau Su, tentu Su marah jugak. Abang nasib baik sebab kak Ani tak mengamuk, baling pinggan mangkuk ke muka abang yang hensem tu, tahu! Kalau Su laa... rasa-rasanya dah selamat abang dengan si Wardah abang tu masuk ICU dah!"

Dalam keresahan memikirkan di mana mamanya menghilang, Asyraf tergelak kecil mendengar kata-kata mak su Suraya, satu-satunya adik papa. Mak su memang terkenal garang, dan kini papa sedang diamuknya. 


"Abang ni dari muda sampailah dah tua macam ni, masih nak menyusahkan hidup kak Ani. Apa yang kak Ani tak buat untuk abang, cuba abang cakap? Banyak yang dia korbankan. Duit, masa, kerjaya.... semua tu untuk siapa? Untuk abanglah! Hah, bila dah kaya raya, mulalah abang lupa. Perempuan yang selama ini bersusah payah dengan abang, abang campak ke tepi. Abang kutuk dia, kata dia macam-macam! Abang...."

"Dia datang sini mengadu dengan kamu, ya?" tuduh Amir.

Bulat sepasang mata Suraya membalas renungan garang abangnya. Dia kemudian menggeleng. "Rupa-rupanya, abang masih lagi tak kenal bini abang tu. Nama aje kahwin dah 20 tahun, tapi, sikap dia pun abang tak tahu! Shame on you!"

Amir terpanar. Rasa terpukul mendengar sindiran tajam Suraya terhadapnya. 

"Aisyah telefon tanya Su semalam. Dia nak tahu kenapa kakaknya beria benar nak mintak cerai dari abang. Su telefon rumah abang, ingat nak cakap dengan kak Ani. Rupa-rupanya dia dah keluar rumah. Mujur ada anak sulung abang ni. Asyraf yang dedahkan rahsia tu semua. Bukan kak Ani, bang."


Amir meraup muka. Dia bingung memikirkan isterinya. Dia resah memikirkan tindakan Ulfah Tihani. Pergi tanpa pesan. Hilang tanpa berita. Kini, dia gundah memiikirkan keselamatan wanita itu. Sudah dua hari tidak dapat dijejaki mengundang kerisauan bermukim. 

"Abang fikir apa?"

"Fikirkan kak Ani kamu lah! Risaukan dia! Dia kan bini abang?"

"Talak dah jatuh masa dia melangkah keluar hari tu, bang!"

"Tak! Abang tak sengaja! Abang tak ada niat pun nak ceraikan Ani. Tak!" nafi Amir. 

Asyraf menggelengkan kepala. Geram dengan sikap tidak bertanggung jawab papanya. 

"Memang betul cakap mama. Papa ni kalau marah, cakap ikut suka mulut papa aje! Sampai talak pun papa buat main-main! Pa, saya dengar papa lafazkan talak tu! Saya..."

"Papa tarik balik. Tak jadi! Papa tak akan ceraikan mama. Dia isteri papa. Papa sayang dia!"

Suraya merenung tajam wajah abangnya. Kalau lelaki ini sebenarnya budak kecil, mahu dilepuknya saja! Geram betul dia dengan sikap dan kata-kata Amir. 

"Betul ke ni?" 

"Su, jangan nak perli-perli abang, ya! Ulfah Tihani tu cinta pertama abang. Gadis pertama yang berjaya miliki hati ini. Dia kekasih abang. Ibu kepada anak-anak abang. Dia tak pernah jauh dalam susah, dalam senang, dalam sakit abang! Dia..."

Suraya mencelah, "Kalau dia baik sangat, kenapa abang buat dia macam ni? Kenapa tak hargai dia? Kenapa biarkan dia pergi macam tu aje?"

"Entahlah... mungkin abang dah gila agaknya!" 

Setelah agak lama, itu yang diucapkan oleh Amir. Mengundang gelengan serentak adik dan anaknya Asyraf.
  
"Kalau betul masih sayang, pergilah cari dia! Bawak dia balik ke rumah. Mintak maaf semua kesalahan. Kalau sekadar cakap kosong begini, siapapun boleh!" cabar Suraya kepada Amir. 

Amir bingkas bangun. Menonong dia berjalan menuju ke luar. 

"Jangan balik selagi abang tak jumpa kak Ani, tau!" jerit Suraya. 

Amir berpaling. Ditatapnya wajah adik perempuan dan anak sulung silih berganti. Dia kemudian mengangguk laju sebelum berlalu.

Di sebalik langsir di tingkat atas, seorang wanita menitiskan air mata sambil memerhati lelaki itu memasuki kereta dan berlalu pergi. Sedikit sebanyak, hati terusik bila mendengar setiap patah kata yang terluah dari bibir lelaki itu. Sedikit sebanyak, rasa bersalah mengiringi pemergian Amir yang pasti tidak akan menemui dirinya di luar sana. 

Akan berputus asakah mencari? Akan dibiarkankah menghilang? Akan melarakah jiwa dengan 'kehilangannya'?

"Kak Ani duduk diam-diam kat atas bila abang datang nanti. Tapi, Su nak kak Ani dengar tiap butir yang keluar daripada mulut abang. Su nak kak Ani tahu yang dalam hidup abang, dalam sedar atau tidak, kak Anilah keutamaannya. Su nak kak Ani dengar sendiri, keluh kesahnya bila kak Ani tak ada. Su nak kak Ani yakin pada abang, yakin bahawa hidup abang akan kucar kacir bila penyeri hidupnya selama 20 tahun ini terlalu marah dan membawa diri serta hilang daripada pandangannya. Percayalah, meskipun dia tak mahu mengaku, cintanya pada kak Ani, sayangnya... tak mungkin pudar walau pun dia dah ada Wardah....."


==============================================

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…