Langkau ke kandungan utama

CERPEN - DILEMA 2


Amir merenung muka jam. Dia mengeluh bila mendapati bahawa sekarang sudah pukul 12.30 tengah malam. Sudah terlalu lewat! 

"Papa, mama ke mana?" Anak sulungnya, Asyraf, bertanya. Lelaki muda berusia 20 tahun itu merupakan seorang pelajar tahun dua di UKM. Kini dia sedang duduk bertentangan dengan ayahnya, di ruang tamu. Ada perkara yang ingin diketahuinya. 

"Papa dengan mama ada masalah, ya? Kelahi?"

Amir merenung tajam seraut wajah yang mirip wajah isterinya itu. Asyraf banyak mewarisi sikap dan kelembutan Ulfah Tihani. Memandangnya membuat hati segera teringat kepada isteri yang sedang merajuk hati dengannya. 

"Perkara kecik aje, Asyraf. Tak payahlah kamu risau."

Asyraf tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya. "Iya ke, papa? Pa, saya kenal mama tu. Kalau kecil dan remeh temeh saja, kemarahannya tak akan parah macam ni. Dia tak akan merajuk dengan papa sampai tak balik ke rumah."
Amir terkedu mendengar kata-kata anak sulungnya. Terkebil-kebil sepasang mata memandang wajah tampan itu. Asyraf kelihatan tenang namun mengapakah dia dapat mengesan kemarahan dalam alun suara yang terlontar?

"Papa dah guris hati mama dan kali ini apa yang papa buat dah melampau...."

"What the...."

Asyraf segera memintas, "Encik Faiz, peguam papa, telefon mama minggu lepas. Dia beritahu mama yang papa dah gadaikan rumah ni. Tu, mama masih boleh terima sebab bisnes papa sejak dua menjak ni memang dia tahu.... sedang gawat. Tapi, bila perkara sebenar terserlah, mama cukup sedih."

"Perkara apa pulak ni? Kamu ni kan, sama aje dengan mama kamu tu. Suka cakap tak habis. Suka tuduh-tuduh."

Asyraf ketawa mendengar bentakan ayahnya. "Mama tak pernah tuduh papa apa-apa pun, pa. Sebab, dia sendiri dah nampak. Bukan dia saja yang nampak malah Asyraf dengan Diana pun nampak juga."

"Nampak apa?"

"Nampak papa dengan mak cik Wardah. Perempuan yang sering ke luar negeri dengan papa, yang selama ini kami semua anggap cuma PA papa, rupa-rupanya dia madu mama, mak tiri saya, Diana dan Aman. Perempaun yang selama ni nampak ikhlas berkawan dengan mama, rupa-rupanya dah tiga tahun jadi duri dalam daging. Papa khianati mama, dia tikam mama daripada belakang. Kalau saya pun sakit hati, kalau Diana pun mengamuk tak ingat dunia, cuba papa bayangkan perasaan mama? You betrayed her!"

Amir bingkas bangun. "Jaga mulut kamu, Asyraf! Ni, kamu tengah bercakap dengan siapa ni?" herdiknya. 

"Tahu! Saya sedang cakap dengan papa. Pa, mungkin sekarang ni papa sayang sangat pada mak cik Wardah dan kasih sayang tu jauh lebih banyak daripada yang papa untukkan pada mama. Tapi, mestikah papa gadaikan segala harta sepencarian papa dengan mama lepas tu papa gunakan duit tu, bagi pada mak cik Wardah? Mak cik Wardah tu mungkin istimewa sangat pada papa sekarang, tapi, mama was with you all the way, pa. Masa papa susah, sampai dah senang sikit, dia tak pernah lokek bantu papa. Bukan sikit yang dia korbankan. Tau-tau, papa lupa semua jasa mama. Semua yang sepatutnya papa kongsi dengan mama, sekarang papa kongsi dengan Mak Cik Wardah. Papa..."

"Kalau mama kamu tak puas hati, dia sepatutnya tanya papa. Bincang dengan papa. Ni tidak! Dia tak balik rumah. Dia dah dikira berdosa..."

"Jangan cakap macam tu, papa!"

"Papa tak halau dia, okey! Papa tak tahu pun yang dia tahu tentang Wardah, tentang rumah ni... tapi, itu bukan penting!"

Asyraf geleng kepala lagi. "Tak penting?"

"Tak!!" jerit Amir. "Papa kahwin dengan Wardah sebab nak elak maksiat bila kami selalu berdua-duaan di luar negara. Kahwin lain tak bermakna papa abaikan tanggungjawab pada keluarga papa. Ni, papa nak tanya kamu. Selama tiga tahun papa dengan Wardah kahwin, ada pernah papa tak bagi korang duit? Malah tiap tahun kita pergi ke luar negara. Tentang gadaian rumah ni, papa terpaksa. Nanti papa bayar balik semuanya! Yang mama kamu nak emo sangat tu, kenapa?"


"Sebab abang kata saya perempuan bodoh. Sebab abang kata, saya terlalu bergantung pada abang, sampai saya tak berani nak berdikari. Sebab abang kata, saya sepatutnya terus butakan mata saya macam masa saya muda-muda dulu. Sebab abang kata, kalau dulu saya telan aje semua perbuatan buruk abang, kenapa sekarang ni saya nak tunjuk alim, cuba menyekat semuanya. Dan, bila abang cakap saya tak layak menjadi isteri abang lagi, saya faham yang saya harus mintak cerai dari abang."

"Mama?"

"Ulfah Tihani?"

Suara anak beranak itu melengking kuat. 

Asyraf mendekati ibunya. "Bercerai tak dapat selesaikan masalah, mama." pujuk si anak. 

"Tahu, tapi sekurang-kurangnya perceraian meringankan seksa batin mama yang bodoh ni." rajuk si ibu. 

Amir mendekat. "Abang tak maksudkan semua yang abang cakap malam tu. Sumpah! Segala sumpah seranah, maki hamun tu, tak disengajakan! Ani patut dah kenal abang! Dah 20 tahun kita kahwin, yang..."

"Lama kan 20 tahun tu? Tapi, abang tetap tak kenal saya. Saya kahwin dengan abang sebab saya cintakan abang. Tapi, abang tak mahu hargainya. Abang cakap pada saya yang dia lebih pandai melayan abang sebagai seorang isteri. Abang cakap, abang dah tak gembira dengan saya. Abang cakap, saya dengan rasa cinta kasih sayang saya ni, boleh buang ke longkang saja. Abang..."

"Berapa kali abang nak cakap yang semua tu abang sebut masa sedang marah? Takkan itupun sayang nak ambil hati, kut?" Amir merayu. 

Pandangan sayu terpanah pada wajah suami. Hati mengeluh penuh hiba. "Mudahnya, kan? Masa marah, abang boleh cakap apa saja? Well, sekarang ni, saya pulak tengah marah. Dan, sebab marah, saya harap sangat abang lepaskan saya. Boleh?"

"Never!"

"Suka hati abanglah. Tapi, saya nekad!"

"Mama, mama nak pergi mana tu?" Asyraf cuba menahan ibunya daripada keluar.

"Lepaskan tangan mama, Asyraf. Mama nak pergi. Biar mama pergi! Mama..."

"Ulfah Tihani, kalau kau teruskan melangkah, jatuh talak kau nanti!" ugut Amir. 

"Alhamdulillah...." bisik hati kecil si isteri. 

Bersama kedegilan, dia berlalu. Bersama kelukaan, dia pergi. Suara yang memanggil tidak lagi dipeduli. 

"Berdosa kamu, Ani! Berdosa besar seorang isteri yang meminta suami menceraikannya!" 

Masih terngiang-ngiang kata-kata ibunya saat dia melangkah. Ya, jelas benar peringatan itu menghinggapi telinga. Benarkah? Benarkah dia berdosa?



==========================================================

Ulasan

  1. nak lagi cikgu sofi!

    ini lah dilemma org2 dewasa ye?? hukhukk

    BalasPadam
  2. wah....
    smbng lg crta dia...
    best2x...

    BalasPadam
  3. epy elina, hehe... x sabar ya...ok, bacalah skrg...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…