apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

18.9.11

Bercerai kasih

Assalamualaikum.....

Jika anda mengikuti cerpen terbaru nukilanku, Dilema, anda tentu perasan yang aku sedang mengupas satu isu, satu penyakit, dalam masyarakat hari ini. Penyakit digelar perceraian. 

Perceraian - perkara halal yang dibenci ALLAH. Soalan: Mengapa berkahwin kalau untuk bercerai kemudiannya?

Argh, jangan tanya soalan bodoh itu! Siapakah yang saja-saja berkahwin dan kemudian saja-saja bercerai? Ada ke? Tentu tidak, kan? 

Ramai yang kata jodoh, pertemuan, ajal dan maut, hanya ALLAH yang menentukan.  Jadi tolonglah, jangan dipersoalkan. Tapi, apakah jika sebuah rumah tangga itu berantakan, ia harus berakhir dengan perceraian? Tidakkah ada jalan penyelesaian lain demi menyelamatkan rumah tangga tersebut?

Dalam Malaysiandigest hari ini, ada statistik yang menakutkan tentang kadar perceraian orang Melayu di Malaysia. 


1. Pada tahun 2002, sekitar 13, 937 kes telah dicatatkan. 



2. Sepanjang tahun 2007 dan 2008, 75, 299 kes penceraian rumahtangga direkodkan termasuklah kes tertunggak tahun-tahun sebelumnya. 

3. Kajian JAKIM pada tahun 2007 mendapati:

i. 32.2% perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.  

ii. 59.9% rumah tangga pasangan yang berkahwin dalam tempoh 10 tahun telah berakhir dengan penceraian. 

4. Pada tahun 2009 sebanyak 27,116 kes perceraian telah dicatatkan daripada sejumlah 135,136 perkahwinan didaftarkan pada tahun yang sama. 

Apa yang lebih mengejutkan, kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit! 


Statistik kadar penceraian mengikut negeri pada tahun 2008:
1. Selangor - catatan kes 3558, 
2. Kedah - catatan kes 2407, 
3. Johor - catatan kes 2329, 
4. Kelantan - catatan kes 2266 
dan 
5. Perak - catatan kes 1951.


Negeri-negeri lain? Tidak diketahui!

sofi: berharap, berdoa, agar hanya mati yang memisahkan kami.




===============================================

4 ulasan:

  1. hal2 macam ni yg buatkan ramai yg risau/bimbang/takut utk berkahwin kak...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.