apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.9.11

awas.. jerebu!!

Assalamualaikum.....
Patutlah masa pergi ke KL baru-baru ni, tengok keadaan sekitaran kelabu aje. Rupa-rupanya, jerebu. Hai, tak perasanlah pulak. Tapi, bila terbaca berita dalam kosmo tentang keadaan jerebu yang akan jadi semakin teruk, aku pun terus terlintas nak masuk entri. 
gambar yang kiri - tanpa jerebu / gambar kanan - diambil semalam.
betapa berbeza, kan?
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai merupakan satu-satunya kawasan yang berada pada tahap IPU tidak sihat manakala sebanyak 34 kawasan di seluruh negara berada pada tahap IPU sederhana dan 14 lagi pada tahap IPU baik.
IPU pada tahap di antara 0 dan 50 merupakan bacaan IPU baik, IPU sederhana (51-100), IPU tidak sihat (101-200), IPU sangat tidak sihat (201-300) dan IPU berbahaya (lebih 301).
Semalam Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjangkakan keadaan berjerebu berterusan beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil.

Apa dia jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Antara sumber utama jerebu ialah 
1. kebakaran hutan 
2. kebakaran gambut 
3. pembakaran terbuka 
4. asap perindustrian dan kenderaan.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
1. Kanak-kanak
2. Orang tua
3. Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
4. Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
1. Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
2. Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
3. Iritasi di mata serta mata yang merah
4. Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
1. Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
2. Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
3. Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
4. Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
5. Selalu minum air
6. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

sumber:

==========================================================

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.