Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Kayap - penyakit kulit yang....

Anda pernah dengar tentang kayap? Atau pernah tengok siapa-siapa yang tubuhnya / kulitnya ada seperti dapat dilihat dalam gambar kat atas tu? 
Kayap atau nama saintifiknya, herpes zoster / shingles berpunca daripada serangan virus Varicella zoster (VZB) iaitu daripada kelompok virus herpes.
Kayap ada tiga jenis: 1. kayap melukut 2. kayap jagung 3. kayap ular
Simpton kayap Apabila virus ini berada dalam badan, mangsa akan berasa demam, tekak loya dan pening berpanjangan. Badan pesakit pula akan dijangkiti ruam panas, badan rasa sengal dan hilang selera makan. Bagi penyakit kayap yang lebih serius, pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan.
Bercakap tentang kayap ular, kayap ular ini juga boleh menyerang seseorang tanpa mempunyai sebab. Kuman kayap ular ini menyerang urat saraf ‘rasa’ dan kerana itu jangkitan yang berlaku menyebabkan pengidapnya rasa sakit dan bisa. Kesakitan yang dirasakan memakan masa dua hingga 3 hari sebelum ruam merah terbentuk. Lazimnya ruam ka…

Puding caramel dari dapur Sofi

Assalamualaikum.....
Haha... entah tetiba baca cerita Manisnya Cinta. Seronok kenangkan hero si Nazmi dengan heroinnya Ifti Liyana berebut puding karamel lalu teruslah aku pun cari resepi Puding Karamel dan buat. Wallah.... tak sempat nak disejukkan, terus habis kami tiga beranak makan satu bancuhan. Hehe... pelahap betul ek? 
Tapi, sempat lagi ambil gambar-gambarnya....

Sorilah ya, gambar pun kelabu aje sebab tak cukup pro si tukang tangkap gambarnya tuh.... hehe.... Tapi, inilah puding karamel paling mudah dibuat dan rasanya juga sedap taklah macam yang pernah aku buat sebelum ni... manisss sangat. Yang ini okey laa...
Kalau ada yang tetiba rasa nak makan puding karamel ni resepinya:
Untuk karamel: 5 sudu besar gula + 1 sudu besar air panaskan hingga gula jadi perang dan campurkan 2 sudu besar air lagi. Lepas tu tuang dalam acuan. Sejukkan.
Bahan A: 3 biji telur 2 biji kuning telur 5 sudu besar gula halus - Pukul telur kemudian masukkan gula sedikit, sedikit hingga habis. Tapi, jangan sampa…

Melur Jasmine 8

"Mami.............."
Puan Liza bergegas ke bilik Jasmine bila mendengar jeritan gadis itu. Hatinya berdebar. Apa pula kali ini? Gumamnya. Dia risau. Terutama bila memikirkan hubungan dua beradik itu yang masih dingin.
"Mami!"
Sebaik melangkah masuk, puan Liza terus tersentak melihat keadaan bilik yang bersepah-sepah. Cebisan-cebisan kertas yang dicarik-carik memenuhi lantai. Kekabu putih berterbangan bila sebiji bantal nampaknya sudah dikoyak-koyak, digunting-gunting sehingga hancur. Habis berteraburan!
Di tengah-tengah ruang, Jasmine sedang menangis geram. Hatinya sakit sangat dengan apa yang terjadi. Sepasang mata yang berkaca memandang sayu pada ibunya yang terpempan di hadapannya.
"Melur koyak dairi Min, mami. Dia rabakkan bantal Min. Dia curi telefon bimbit Min. Patutlah dia tak nak pergi sekolah hari ni, rupa-rupanya dia sengaja nak sakitkan hati Min, mami,"
Mendayu-dayu suara Jasmine mengadu kepada ibunya. Pilu sungguh rasa hati. Tak pernah dia begini. K…

Mengapa kau curangi aku?

Assalamualaikum.....
Tajuk bukan main ek? Hehe.... tapi persoalan tentang kecurangan tidak pernah lesu. Setiap hari, mesti ada isteri mengeluh tentang suami yang menduakannya. Setiap ketika mesti ada suami yang bagaikan tidak percaya membaca sms kekasih isteri di telefon. Setiap saat, ada hati kekasih yang terluka bila mengetahui bahawa bukan dirinya saja dalam hati si dia.
Mengapa curang? 
Aku berikan dulu pendapat seorang pendakwah bebas. Katanya....
Kegagalan mengawal nafsu didorong pergaulan bebas tanpa had di luar rumah menjadi faktor seseorang terjebak dalam kancah hubungan terlarang dengan orang lain yang ditegah agama, biarpun sudah berkeluarga.
Ia akan menjadi bertambah buruk apabila keadaan sudah tidak terkawal dan pada masa sama tiada perhatian khusus diberikan ahli keluarga atau kenalan terdekat bagi membantu membimbing mereka kembali ke jalan betul seperti disaran agama.
Akibat pergaulan bebas melampau, seseorang itu pasti sukar meninggalkan tabiat buruk yang dilakukan apata…

Sama cantik, sama padan

Assalamualaikum.....


Bukan nak gosip, k! Cuma suka tengok orang-orang yang cantik dan hensem. Dan lagi, nak ucap Selamat Pengantin Baharu. Itu saja!

Tak sabar nak tunggu hari Rabu ni untuk majlis resepsi.... bukan apa, nak juga tunjukkan  baju yang bakal di pamerkan di Muzeum nanti. Alah.. baju Vera Wang tu... tapi itu nantilah cerita kemudian ya!



selamat berbahagia.
==========================================================

Tutorial: Cara buat Related post

Assalamualaikum.....
Katanya.... Jika anda nak tambah bilangan pageview di blog, pasanglah related posts widget pada blog anda itu. Ada banyak versi tapi akhirnya aku dah berjaya memasang widget related post pada LUAHAN  Bercakap daripada pengalaman tentu lebih mudah, kan? Jadi, nanti, bagi sesiapa yang ingin membuatnya, ikuti tutorial di bawah ini.
Apa itu related post widget? Related post widget ni adik beradik link within tu. Related post widget ni boleh ditemui di bahagian bawah post/entri anda juga. Related post widget akan membolehkan anda meletakkan post atau entri yang mempunyai label yang sama. 


Okey TEKAN SINIuntuk tutorial tersebut....


Selamat mencuba... ================================================================

Sabarlah....

Assalamualaikum..... 
Orang kata.... "Sabar itu separuh daripada iman."Sesungguhnya, besar ganjaran yang menanti pada orang-orang yang sabar.  “Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sesuatu dari rasa takut, lapar, kurang harta, jiwa (kematiannya), dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S. al_Baqarah: 155) Banyak kebaikan yang kita dapat jika kita sentiasa bersabar. 
Bila orang marah kita, ibu dan ayah akan cakap,  'Sabar, biarkan si fulan tu. nanti senyaplah dia!'.Bila orang usik-usik kita, kawan kita nasihat,  'Ala, sabar ajelah!, si fulan tu memang macam tu!'Bila kena reject, kita pujuk hati kita,  'Tak apalah. dah memang bukan jodoh aku ngan si fulan tu, nak buat camne? Terpaksalah sabar dan tabah menerima penolakannya walaupun rasa malu... lagi pun, dah takdir!'Kesimpulannya, orang yang sabar adalah orang yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang baik, disukai sesama manusia dan disayang Yang Maha …

Siapa Jodohku?

Assalamualaikum.....
Soal jodoh adalah perkara yang sering menghantui anak gadis sebaik mereka tamat belajar dan mula bekerja. Siapa yang tak nak kahwin? Tanyalah kepada sesiapa saja, lelaki atau perempuan malah yang dah kahwin pun bila diberi pilihan, mahu saja tambah cawangan..Lelaki lah, hehe....
Ada yang jodohnya cepat dan mudah. Kawan sekejap terus menikah. Alhamdulillah! Tapi ada juga yang sedikit berat. Dah 30 pun tak juga bertemu dengan Mr Right? Tak apa.... tunggu aje... tak lama lagi adalah tu! 
Tapi macam mana andainya anda ada ramai kawan dan semuanya baik serta mahu anda menjadi isteri masing-masing? Ah sudah....  Soalan: 
SEJAUH mana petanda atau petunjuk istikharah dalam menentukan jodoh terbaik? Wahai anak gadis, anda harus sedar bahawa meskipun beratus pilihan yang anda ada, anda hanya boleh kahwin dengan seorang sahaja lelaki. So, nak pilih yang mana ek? 


Tak apa, jangan susah hati. Ada caranya seperti sabda Nabi SAW:
- Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan d…

Nak pikat si dia idaman jiwa? Cubalah buat.....

Assalamualaikum.....
Berbual dengan gadis itu tadi, seronok juga mendengar suaranya yang bahagia. Dia ketawa dan riang bercerita tentang seseorang. Aku dengarkan saja, Sesekali aku mencelah, sesekali ketawa bersama. Tiba-tiba dia cakap pada aku:  Bagilah tip camne nak pikat lelaki.....Aku ketawa kecil. Macam-macam bebudak sekarang tapi... tak apalah. Dah kebetulan aku nak masukkan n3, tajuk ni rasanya berguna juga untuk para gadis yang mungkin agak pemalu dan ingin mempraktikkan cara agar dapat menarik perhatian jejaka idaman.  Bacalah....
Tips memikat hati jejaka idaman: Kalau dah suka, sedekahkan senyum kepadanya Kalau pandai masak, cuba-cubalah bawak bekal ke tempat kerja. Mungkin dalam hatinya kagum kerana anda tak beli nasi sebaliknya makan bekal yang dibawa. Ingat, pandai masak adalah antara ciri-ciri kewanitaan yang dicari-cari.Risik-risiklah tentang apa yang disukainya dan cuba lakukan itu di hadapannyaKetika bercakap dengan si dia, pastikan dia memahami bahasa tubuh anda tapi j…