Follow Us @soratemplates

20.8.11

suami curang, isteri merana....



Assalamualaikum.....

Pagi Sabtu yang ceria. Harap-harap hati kita turut ceria dan meriah tambah-tambah nak dekat raya dah ni. Bukankah hari raya aidilfitri merupakan detik gembira bagi semua insan yang sempurna amalan puasanya?

Tak boleh nak gembira? Kenapa?

Oooo, sebab Ramadhan nak habis dah... Tak apa, insyaALLAH, panjang umur jumpa lagi, kan? Tapi, kalau rasa hati tu bimbang, takut tak ada rezeki menemui Ramadhan lagi, maka, jomlah kita sempurnakan sebaik mungkin baki bulan mulia ini yang ada kurang lebih 9 hari lagi itu...

Mesti ramai yang sudah mengeluh... Tak bolehlah, kak sofi. Hujung-hujung bulan Ramadhan ni kita kan sibuk? Nak buat kuih raya, nak jahit baju raya, nak tukar langsir, nak tukar perabut....banyak kerja laaa......

hehehe......

Terserahlah....  bak kata Nabil, Lu fikirlah sendiri...

Okey, kali ni nak sentuh sikit tentang kisah suami yang kaki perempuan.


Apa yang tak cukup dalam sebuah rumahtangga bila seorang suami sanggup ada perempuan simpanan? Baca kisah yang diluahkan oleh seorang isteri yang juga ibu kepada empat orang anak...

SAYA ibu kepada empat anak. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir lapan tahun. Masalah yang saya hadapi sekarang ini berkaitan dengan sikap suami yang kaki perempuan. Sejak awal perkahwinan kami lagi dia sudah ada hubungan dengan wanita lain. Apabila dapat tahu saya bagi dia peluang, tetapi dalam diam-diam dia masih ada wanita lain. Saya masih beri dia peluang apabila dia berjanji tidak akan melakukannya lagi. 
Setiap wanita yang dikenali pasti akan memberitahu saya mereka pernah ditiduri suami saya. Terbaru saya dapat tahu dia pernah berkahwin tapi katanya dia sudah menceraikannya. 
Apa yang saya kesalkan dan sedih sekarang ini ialah dengan sikap dia yang suka berfoya-foya.
Mengapa seorang suami makan luar? Mudah cakap, kenapa suami bersikap curang? 

Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya. Mungkin, isteri kurang merenung diri. Mungkin terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri. Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.

Untuk renungan:
Rasulullah SAW mencintai Siti Khadtijah. Kenapa? Kerana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi SAW. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi SAW. Sampai diri sendiri jadi “zero”. 
Mungkin ada yang kata, janganlah bandingkan diri kami dengan Siti Khadtijah yang mulia.... kerana, suami kitapun bukanlah umat yang Muhammad SAW yang sempurna. Kalau tidak, takkan dia tak takut berzina?

Memang betul tu... tapi, cuba baca ni... petikan sebuah hadis...
Rasulullah SAW bersabda,
“Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” 
Jahat atau curang, seorang suami tetaplah seorang suami. Isteri yang dicurangi, janganlah berputus asa dengan rahmat ALLAH. Janganlah marahkan ALLAH kerana jodoh yang sudah ditakdirkan. Banyakkan berdoa kepadaNYA terutama dalam bulan yang ALLAH janjikan makrifah, keampunan dan penuh barakah ini! Doakan kesejahteraan suami, doakan agar dia kembali ke jalan ALLAH.... Mana tahu, berkat kesabaran, ketulusan berdoa, dan istiqamah, ALLAH buka pintu hatinya untuk kembali. Pasti saat itu, anda, wanita yang dicurangi  akan menangis gembira penuh kesyukuran...

Wallahualam...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.