Langkau ke kandungan utama

SELAMAT HARI RAYA



Assalamualaikum.....

KUALA LUMPUR – Lebih sejuta warga kota beransur meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman semalam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Selasa depan.

Kebanyakan mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bercuti panjang kerana Aidilfitri kali ini serentak dengan cuti persekolahan penggal kedua. Semalam adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti selama seminggu sehingga 4 September ini.

Hmm, tentu sahaja semua orang ingin.......

Balik kampung...
Oooo, balik kampung,
Oooo, balik kampung...
Hati girang.....

Ya, nak sambut raya dengan mak, pak, mak mentua, pak mentua lah katakan.... 

Musafir di perantauan pun menyanyi lagu raya ini...

Di hari raya, terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana 
Ayah serta bondaku...

Memang seronok balik kampung beraya tapi janganlah sampai jadi mangsa kemalangan pula, ya.... Kalau dah accident, patah riuk malah kalau ada yang mati, pasti tak meriah raya kita nanti, kan? Jadi, berhati-hatilah semasa memandu. Kalau mengantuk, berehatlah.... Bila dah begini keadaannya....

mengalir air mata darahpun dah tak guna dah!!!

Sewaktu bergembira di hari raya pula, janganlah lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sedekah, zakat fitrah yang kita beri semoga mampu meringankan beban derita yang mereka tanggung. 

Si miskin kais pagi makan pagi
Tak mungkin dapat menghiburkan hati
Kerananya tak berkemampuan
Alangkah sedihnya mereka

Marilah kita berdoa
Sempena hari yang mulia
Jangan kita asyik gembira
Oh insaflah pada yang tiada

Sempena hari yang mulia ini
Tinggikan budi dan juga peribadi

Nanti di pagi raya, janganlah lupa menziarahi pusara, sedekahkan al fatihah kepada arwah yang sudah pergi meninggalkan kita. (Sedih, sebab kali inilah, raya pertama aku tanpa ABAH!). 

Ziarahilah mereka yang masih ada kerana Syawal depan belum tentu bersua muka. Latihlah anak-anak budaya bersalaman, menegur, menyapa sanak saudara jauh dan dekat, yang tua, yang muda... Usahlah asyik mengadap ASTRO, tak lari astro dan games serta internet tuu... huhu

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan

Kut iyapun, janganlah makan sampai tak ingat dunia... nanti nak bergerak pun tak larat, apa cerita? Bersederhanalah, itu yang sebaik-baiknya.....

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira

Mungkin inilah dia kebahagiaan

Ya, hari raya, hari untuk bergembira. Saat bahagia bagi mereka yang sudah berjaya memanfaatkan Ramadhan penuh khusyuk dan tawadduk kepada Yang Esa. Mengharap agar tahun depan peluang akan dimiliki untuk bertemunya semula.

Hari raya... kepada semua, teman, rakan, taulan, jauh dan dekat.....

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Selamat menyambut hari raya. Kak sofi menyusun jari sepuluh andai dalam setiap nukilan tercoret, ada hati yang tersinggung, ada jiwa yang terdera, ada Qolbu yang tersentuh. 

Kepada Fajar Pakeer, syarikat yang telah menerbitkan dua buah novel Ana Sofiya, terima kasih atas kiriman kad raya yang cantik. Maaf, kak sofi tak sempat nak balas. 

Kepada kawan-kawan dan peminat, ucapan Selamat Hari Raya anda untuk diri ini amat bererti. Terima kasih dan selamat hari raya, maaf zahir batin, dariku untuk anda juga. Raikanlah Syawal dan semoga berbahagia...

Kepada semua followers blog Luahan yang seramai 655 orang, Selamat hari raya untuk anda....

Kepada kawan-kawan di facebook, tak kiralah peminat ke, adik-adik, anak-anak, anak-anak murid ke... saudara mara ke.... dengan ingatan tulus ikhlas ku mohon kemaafan sempena Eid al-Mubarak ini.... 

Akhir kalam, untuk sekali lagi, 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA, 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…