Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

"Kau tak rindu kampung raya-raya macam ni?" Murni tersentak. Wajah kak Non ditatap tajam. Namun kemudian dia tunduk, menghela na...

Pulanglah...

By Ogos 30, 2011

"Kau tak rindu kampung raya-raya macam ni?"

Murni tersentak. Wajah kak Non ditatap tajam. Namun kemudian dia tunduk, menghela nafas sebelum berbisik lemah, "Siapa tak rindu, kak? Kampung tu tempat tanah tumpah darah saya. Tempat bermain, tempat di mana mereka yang menyayangi saya ada. Tapi,"

Kak Non sabar menunggu butiran-butiran yang selama ini tidak pernah terluah oleh Murni. Meskipun usia perkenalan mereka sudah mencecah enam bulan, Murni tetap dengan rahsia hidup yang tidak mampu diteroka sesiapa. Terkunci rapat tanpa mampu dibuka dan diselidik.

"Saya yang silap, kak. Saya tersilap langkah. Saya degil dan tidak mahu dengar cakap. Nasihat berbakul-bakul, saya ketepikan. Cakap saya aje yang betul, cakap orang lain, baik nasihat ayah atau abang atau kakak, semuanya tak betul. Saya lawan cakap mereka. Saya jadi anak derhaka sehingga saya tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke rumah lagi. Berhakkah saya rindu untuk pulang? Berhakkah saya balik menemui mereka yang saya sayang?"

Kak Non lihat sepasang mata gadis itu berkaca. Sungguh berat penderitaan yang ditanggung sehingga bila kenangan tersingkap, hati tidak mampu menyembunyikan kesedihan. Kisah lama itu bagaikan terlalu pahit untuk dikenang.

"Saya tak pernah mahu mendengar cakap. Saya degil! Saya ikutkan kata hati. Akibatnya, saya dibuang keluarga. Abah mati pun saya tak dapat nak tengok. Nak minta ampun pun tak berkesempatan......."
............................

Bahagiakah anda andai andalah Murni? Terasing dari keluarga, terbuang kerana kesilapan yang tidak mungkin ditarik balik? Kehilangan keluarga yang menyayangi anda demi sebuah ketidakpastian yang belum tentu anda miliki?

Andaikan penyesalan hadir, apakah ia terlambat sudah?

Sukar untuk menjawab soalan ini, kan? Tetapi, kalau ALLAH sentiasa menerima taubat hambaNYA, takkanlah kita sesama manusia tidak mampu untuk saling maaf memaafi terutama di hari lebaran ini? Siapakah yang tidak pernah membuat salah?

Di hari baik, bulan baik ini, rendahkanlah hati... bukakanlah ruang keredaan, keampunan, kemaaafan......
seluas-luasnya....

Adikku.... andai kau membaca luahan kakakmu ini, ketahuilah bahawa aku rindu kamu....

Pulanglah!!!!      

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.