Langkau ke kandungan utama

Petikan dari 5 e cerpen Ana Sofiya

Assalamualaikum..... rasa teringin nak petik beberapa bahagian dari setiap e cerpen untuk anda, peminat yang tidak jemu-jemu mengunjungi LUAHAN.

1. AKU ADA KAMU


“Kau masih cintakan Zul?”

Fatin Nadia menahan nafas. Badannya dirasakan bergegar. Suaranya bergetar bila dia bercakap, “Korang bawak aku ke sini sebab nak tahu perasaan aku? Kenapa? Kenapa kalau aku masih rindukan Zul? Cakap, Husna! Kalau aku masih cintakan Zul, kau nak buat apa? Nak aku jadi madu kau? Kau nak aku kahwin dengan Zul?”

Sahabat-sahabat baiknya itu saling berpandangan sebelum kedua-duanya mengangguk. Dan berkata serentak, “Ya!”

Nadia melopong. Kalau ada langau, gerenti boleh masuk dalam mulut dia.

“Aku tak akan kahwin dengan Natrah kalau kau sudi kahwin dengan aku, Nad. Ya, itu perjanjian
yang aku dan Husna buat. Dia pujuk kau balik ke sini semula supaya kita berdua boleh kahwin.”

2. JANGAN PERNAH TINGGALKAN AKU


“Anggap saja, dendam saya sudah berbalas. Lupakan saya, Aiza! Untuk pengetahuan awak, saya dah lamar Izati. Insyaallah, kami akan bertunang dan dalam tempoh enam bulan, kami akan kahwin dan saya akan jadi adik ipar awak. Say thank you to yourself. Awak yang buang saya, serah saya pada adik awak tu, jadi, sampai bila-bila awak akan tengok kami berdua. Tentu sakit hati awak nanti tengok kami bersama, kan?”

“Jangan kahwin dengan dia disebabkan rasa marah awak pada saya, Fizwan. Jangan jadikan dia mangsa dendam awak pada saya. Dia tak bersalah apa-apa! Kalau awak tak sayang dia, lepaskan! Jangan seksa hati dia!”

Fizwan mencebik. “Jealous, Aiza?”

“Tidak! Tapi awak tak adil pada Izati kalau awak teruskan niat kahwin dengan dia. Perkahwinan perlukan cinta, kasih sayang, kesetiaan. Awak tak mampu berikan semuanya pada dia!” jerit Aiza.

Fizwan tersenyum sinis.

3. AKU BUKAN BONEKA


“Dalam hati Rin, tak pernah ada orang lain, Zaid. Tak...”

“Tipu! Kalau kau setia, kau tak akan nak berpisah dengan aku. Kau tak akan ada sikitpun rasa untuk tinggalkan aku! Oh, patutlah asyik dingin sekarang ni. Rupa-rupanya dalam hati dah rancang nak keluar dari sini, ya?”

“Bukan macam tu, Zaid. Rin tak pernah,”

“Tak pernah apa? Kau memang perempuan pisau cukur. Haloba! Pergi mampuslah dengan kau!”




4. AKU SUDAH JATUH CINTA

“Sukarnya hendak meluahkan, sehingga saat aku menyedari bahawa aku sudah kehilangan. Barulah aku akur pada desakan hati ini bahawa sesungguhnya, aku sudah jatuh cinta kepadamu. Mujur, sebenarnya mereka hanya menduga hatiku... kalaulah benar engkau sudah pergi, ke mana engkau akan kucari?”

Nabila tersenyum memandang wajah suaminya yang sedang enak diulit mimpi. Di tangan, buku nota suaminya ditutup perlahan-lahan. Isi hati sudah lama terluah namun dia tidak pernah jemu mengulang baca. Tanda hatinya bahagia dicintai Fuad Dziaudin. Lelaki yang tega menafikan perasaan cinta kepadanya namun akhirnya kini dialah suami paling romantis dalam dunia. Eh, iya ke?


“Aku tak tahu bila aku jatuh cinta pada kau, Nabila. Mungkin masa aku tengok air mata kau yang tumpah semasa polis bawa kau ke balai. Atau mungkin masa aku tengok kau dekat perhentian bas, dalam keadaan kehilangan dan keresahan atau mungkin juga aku sudah jatuh cinta pada kau bila aku tengok kau ketawa dengan mak Ton di halaman dulu. Tapi, yakinlah yang cinta ini sudah lama menjadi milik kau meskipun aku sering menafikan apa yang aku rasa.”

5. JODOH


Ya Allah, andai selama ini aku terlalu bongkak kerana ingin mencari seorang wanita sempurna, ampunilah aku. Aku tidak sengaja meminta. Aku tidak layak meminta begitu, aku tahu kini! Bagaimanakah aku boleh meminta begitu sedangkan aku sendiri masih meraba dalam cerah, tercari-cari diriku sendiri? Macam mana boleh terlintas dalam diri hambamu ini untuk memiliki isteri sesempurna Khadijah sedangkan diriku sendiri terlalu jauh, terlalu banyak kekurangan sebagai umat Muhammad SAW?

Ya Rabbi, di malam kudus ini, aku memohon agar Engkau jadikan aku anak yang baik kepada ibu dan ayahku. Aku sedar yang selama umurku, mereka asyik risaukan diriku ini. Kasihanilah hambamu ini, Tuhan. Aku tidak mahu menjadi punca keluh kesah mereka. Kalau kerana jodohku buat mereka gundah gulana, Kau dekatkanlah jodohku itu..
....................................

selamat membaca kepada yang sudah membeli, ya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…