Langkau ke kandungan utama

Melur Jasmine 7

“Argh, penatnya!” keluh Jasmine sambil mencampakkan tubuh untuk baring di atas pangkuan Puan Liza di atas sofa. Si ibu hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya. Tangan secara spontan terus mengusap kepala Jasmine sambil menebak anak rambut yang menutupi dahi.
“Balik sorang saja? Melur mana?”
Jasmine mencebik. “Nanti mamat tu hantar dia balik.”
“Iya? Naik apa? Motor?” Puan Liza mula menunjukkan reaksi tidak senangnya. Mungkin di mata dia membayangkan Melur mendakap pinggang Badrul erat-erat semasa menunggang motor agaknya.
Jasmine tergelak kecil melihat gelagat ibunya yang risau. “Mami, si Badrul tu bawak keretalah! Kan dia dah ada lesen? So nanti, dia hantar Melur balik dengan kereta Myvi yang bapak dia hadiahkan tu lah!”
Puan Liza urut dada. Dia kelegaan. “Habis tadi, Min balik dengan siapa?”
“Dengan I. Kebetulan, I hendak cari air di 7- eleven sebelah KFC tu. Bila budak ni nampak I aje, terus dia cakap nak tumpang I. Tapi okeylah, kan? Dapat juga I jumpa buah hati I ni,”
Puan Liza tergelak kecil mendengar kata-kata Encik Rizal. Senyuman yang dihulur manis sekali. Jasmine pula terus duduk di sofa berhampiran, memberi ruang kepada encik Rizal untuk duduk di atas sofa yang sama dengan ibunya.
“Uncle dah rindu sama mami, aik?” Jasmine mengusik. Dia tergelak kecil bila encik Rizal mengenyitkan mata kepadanya.
“Korang berdua ni kalau tak usik mami tak boleh, kan?” Puan Liza pura-pura marah.
            “Alah, Min... dah merajuk pula baby tua ni. Nanti susahlah uncle nak pujuk!” Encik Rizal terus mengusik lagi. Muncung bibir puan Liza tidak dipedulikan. Malah dia seronok melihatnya.
            “Tak susah, uncle. Min tahu caranya. Kan kak Imah, kan?” balas Jasmine yang kini menyambut dulang berisi minuman dan makanan petang yang dibawa oleh Imah. Imah yang terpinga-pinga terus saja menganggukkan kepala.   
            “Kamu pun sama, Imah. Orang cakap apa, kamu angguk saja.”
            Jasmine semakin galak ketawa. Lupa sebentar pada rasa sedih dan gundah ketika berada di majlis sambutan hari jadi Badrul tadi. Lupa pada lirikan mata dan senyum yang saling berbalasan di antara Melur dengan Badrul. Lupa juga pada acara kemuncak yang menyebabkan dia mengambil keputusan meninggalkan majlis dalam keadaan tergesa-gesa. Namun rasa bahagia dan gembira itu sirna demi melihat Melur dan Badrul memasuki ruang tamu tidak berapa lama kemudian. Ke mana hendak melarikan diri daripada mereka tanpa perlu menyebabkan si ibu mengesyaki sesuatu? Jadi, mahu atau tidak, terpaksalah Jasmine duduk di ruang tamu itu.
            “Dah balik rupanya? Jenuh Melur cari tadi. Jenuh tanya pada semua orang tapi tak siapa tahu mana Min pergi.” Tembak Melur. Kata-katanya membuat semua orang memandang ke arah Jasmine, menagih jawapan.
            “Min sakit perut tadi,” hanya itu alasan yang melintasi fikiran.
            Badrul tersenyum sinis. “Tandas di KFC tadi tu rosak, ya?” perlinya.
            Jasmine mengetap bibir. Sakit benar hatinya melihat senyuman si Badrul. Rasa-rasa kalau kena genyeh dengan cili padi, menjerit tak budak bodoh ni? Hati menggumam.
            “Mami, Min ni melampau, mami tahu tak? Last week, dia tak ucap tahniahpun pada Bad bila Bad buat gol, bila Bad diisytihar pemain terbaik. Hari ini pulak, dia balik macam tu aje, pun tanpa ucap ‘Selamat Hari Jadi’ pada Bad. Orang semua seronok dalam parti tu tadi, muka dia monyok aje. Geram betul Melur dibuatnya.” Melur mengadu.
            Tajam sepasang mata Puan Liza memandang wajah anak sulungnya. “Kenapa macam tu pulak, Min? Bukankah sepatutnya bila kawan kita berjaya, kita tumpang seronok? Kita ucap tahniah pada dia? Kenapa sikap Min lain pulak? Takkan Min dengki pada Bad pulak?”
            Berubah air muka Jasmine bila ibunya mengatakan dia dengki pada Badrul. Ada pulak? Tidak ada sebab mengapa dia hendak dengkikan mamat tu, hati berbisik. Dia cuma...
            “Bad tak kisah, mak cik. Bagi Bad, bila Min datang tengok Bad main, itu pun dah cukup.”
            “Tapi Melur kisah, Bad! Melur tak suka kembar Melur ni buat buah hati Melur macam tu. Melur tak suka kakak kembar Melur ni menyakitkan hati orang yang Melur sayang, tahu!”
            Jasmine tersentak. Hati terasa pedih. Dia tidak tahu yang mana satukah yang lebih menyakitkan. Mengetahui bahawa di antara Melur dengan Badrul sudah ada ‘apa-apa’ atau kata-kata Melur yang sedikitpun tidak mempedulikan perasaannya.
            “Min macam dengki tengok kitorang ‘couple’. Kan, Bad?”
            Badrul gelisah. Terutama bila melihat wajah Jasmine yang sudah merona merah. Dia ingin membetulkan tanggapan tapi dia tahu, tidak siapa yang akan percaya pada kata-katanya. Tentu tidak Jasmine yang sedang menahan marah.
            “Mekur, tak baik cakap kak Min macam tu. Takkanlah Min nak dengki pada Melur? Min sayang pada Melur, tahu! Mami yakin Melur dah salah faham ni.” Puan Liza cuba menjernihkan keadaan.
            “Melur tak salah fahamlah, mami. Melur tahu, Min memang dengki pada Melur. Min mana boleh tengok Melur lebih sikit daripada dia. Macam mami tak faham pulak!” tuduh Melur lancar.
            “Sampai hati Melur tuduh Min macam tu! Min tak ada sebab nak jeles ke, nak dengki ke, tahu tak? Min tak kisah kalau korang berdua nak kapel. Suka hati koranglah! Tapi Min sedih bila adik Min sendiri tuduh Min yang bukan-bukan.”
            “Awak...”
            Suara Badrul buat kepala Jasmine berasap. Geram!
            “Apa? Sebab awaklah Melur tuduh saya jahat. Awak nak sangat ucapan tu semua, kan? Okey, selamat hari jadi. Tahniah! Happy birthday. Semoga panjang umur. Apa lagi?” Dia memikir-mikir sebelum meyambung, “Tahniah, pemain terbaik sekolah. Tahniah, pemain hoki terkenal. Tahniah... Argh, tension!”
            Jasmine berlari menaiki anak tangga. Hatinya sedang sakit sangat. Semakin mendalam rasa benci terhadap Badrul Aminudin Haziq. Lelaki itu merenggangkan hubungannya dengan Melur. Kini, Melur seolah-olah sudah tidak sukakan dirinya lagi. Sedih! Sedih!
            “Mak cik! Bad mintak maaf, mak cik. Sebab Bad, Melur tuduh Jasmine yang bukan-bukan. Sebab Bad, Jasmine kecil hati dengan Melur. Percayalah, Bad tak pernah ambil pusing dengan sikap Min pada Bad. Kami kawan dah lama. Bad kenal dia. Dia mungkin sombong dengan Bad tapi dia banyak menyedarkan Bad dan merubah Bad jadi baik, mak cik. Bad terhutang budi pada dia.”
            Melur tarik muka masam bila Badrul dilihat membela Jasmine. Terus dicapai beg galas yang dicampak di atas sofa dan tanpa kata, dia pula naik anak tangga menuju ke biliknya. Dalam hati mendongkol rasa geram dan sakit hati pada Jasmine.
Kenapa semua orang mesti ingin membela kakak kembarnya? Mengapa mereka sedikitpun tidak pedulikan perasaannya?
            ‘Ayah, ayah kat mana? Melur nak duduk dengan ayah. Melur menyampahlah duduk sini, yah! Di sini, semua orang lebih prihatin dengan Min. Diorang tak pedulikan Melur. Melur sedih! Yah, datanglah sini! Ambil Melur! Bawak Melur pergi jauh-jauh. Ayahhh...!’ rintihnya dalam hati bersama tangis yang seakan-akan tidak mahu berhenti.
            Setelah Badrul pulang, puan Liza terus menarik nafas panjang. Encik Rizal yang setia merenungi wajah lembut itu cuba menenangkannya.
            “Relaks! Normallah adik beradik, kalau tak gaduh, tak sah!” pujuknya.
            “You cakap senanglah! Tapi, I yang serabut. Riz, I baru dapat Melur balik, you. Bila diorang kelahi, I tersepit di tengah-tengah. I tahu Min dengan Badrul tu dari dulu macam anjing dengan kucing. Min memang tak suka budak tu sebab dulu, di sekolah lama, Bad suka kacau dia. Tapi bila sama-sama sekolah di sini, Min cuba elak Badrul tu tapi dah Melur pulak suka. Macam mana?” rintih puan Liza.
            “You know what? I tak rasa macam Badrul tu lebihkan Melur, tau! Pada pandangan I sebagai lelaki, Bad tu sukakan anak sulung you, Liza. I takut Melur tu cuma tepuk sebelah tangan saja.”
            “Iya ke, Riz? Alamak! Kalau itu keadaannya tentu lagi menakutkan I! Lagi susah hati I ni! Riz, apa I nak buat ni?”
            “Kahwin dengan I!”
            Mata puan Liza membuntang. Spontan tangannya mencubit paha encik Rizal. “I serius, you main-main pulak!” marahnya.
            Encik Rizal ketawa. Dia gembira bila dapat mengembalikan keceriaan pada wajah puan Liza.
            “Liza, carik-carik bulu ayam, nanti-nanti bercantum balik. You jangan risaulah. Adik beradik, tak ke mana marahnya. Esok lusa berbaiklah mereka.”
            Puan Liza mendengus. Namun dalam masa sama, dia juga berharap kata-kata encik Rizal itu akan menjadi kenyataan. Dia tidak mahu anak-anaknya bermusuhan. Hanya kerana seorang lelaki pulak tu! Apatah lagi mereka bertiga semuanya masih muda benar. Perjalanan hidup masih berliku. Masih jauh hala tuju. Cita-cita perlu dikejar. Cinta? Akan hadir bila tiba masanya.
            Di dalam bilik, Jasmine membelek-belek telefon bimbitnya. Sepasang mata terarah kepada pesanan ringkas yang baru diterima. Bait-bait ayat yang sedikit mengocak perasaan.
            “Jasmine, dalam hati ini, harummu mekar sejak kali pertama kau kukenali. Meski berbagai species yang ada, meski berbagai gelaran diberi, hanya satu Jasmine yang mewangi, menghiasi hati nurani, fikiran dan diriku. Hanya satu, Jasmine! Dan, aku amat yakin kau tahu maksudku! Melur mungkin menceriakan hidupku namun tanpa Jasmineku, aku hilang....”

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…