Langkau ke kandungan utama

Jodoh

Assalamualaikum.....

Ni cerpen ke 5 untuk semua pembeli e - cerpen Ana Sofiya. Tajuk sempoi, Jodoh. Jemputlah baca awalannya, ya. Harap anda suka....
............................

Ahmad Zaki memandang ke arah pintu rumah yang baru sahaja ternganga. Di situ, terjengul wajah sahabat karib yang juga teman serumah bernama Zakuan Nordin. Dilihat, wajah yang biasanya sentiasa ceria itu sedang cemberut. Masamnya muka mengalahkan asam tempoyak, fikir Zaki.

“Ini yang buat aku menyampah nak balik kampung!”

Zaki belum sempat bertanya, si Zakuan sudah memulakan cerita.

“Apa kes ni, bro? Marah sangat nampaknya?”

Zakuan memandang wajah sahabat baiknya. “Senang hidup macam kau, Zaki. Anak tunggal, saudara mara tak ramai. Hidup aman. Aku ni...” keluhnya. Sakit di dalam hati rasanya bagai sudah tidak mampu ditahan-tahan.

Zaki sudah dapat mengagak punca mengapa Zakuan mengamuk. Zakuan pula mula merengus bila tengok bibir Zaki merekah senyum. Dia menjeling tajam.

“Kau pun sama dengan semua orang di kampung aku tu!”

Zaki mula ketawa. Tadinya perlahan sahaja tetapi kini semakin kuat menyebabkan Zakuan semakin hilang sabar. Rasa ingin saja dicampak kunci kereta Honda Accord kesayangan ke muka Zaki. Kalau dah sakit nanti baru dia berhenti ketawa, fikirnya. Tapi, otaknya masih boleh berfikir secara rasional lagi. Belum mahu buat tindakan di luar batas kemanusiaan. Masih menghargai erti persahabatan. Ewah!

“Diorang tanya fasal jodoh kau, kan?”

Zakuan menyandarkan tubuh ke belakang kerusi. “Hmm,” balasnya.

“Habis, apa alasan kau kali ni?”

“Alasan? Kau ingat diorang semua tu nak terima apa aje alasan yang aku bagi? Bila aku cakap... ‘Tak ada jodoh lagi!’ Kau tahu diorang cakap apa?”

Zaki menggeleng.

“Alahai, takkan kerja CEO, kereta besar, gaji besar, rumah besar tak ada orang yang hendak, kut?” Zakuan mengajuk kata-kata mak uda Limah, kakak emaknya.

“Lagi?”

“Bila aku cakap, ‘Tak ada siapa hendakkan saya?’, adik bapak aku, mak ngah yang mulut murai tu perli.... ‘Hang memilih sangat kut, Zek? Tu yang umoq dah nak masuk 40 pun belum menikah sorang pun!” Zakuan mengajuk cara mak ngahnya bercakap.

Zaki ketawa besar. Geli hati melihat kawannya yang beria-ia meluah rasa.

“Yang buat aku bengkek ni kau tahu tak, Ki?”

“Kau tak cerita, macam manalah aku nak tahu?”

“Semalam tu kan kenduri kahwin adik aku si Zaleha tu, kan? Sepatutnya mereka pasanglah lagu Saloma, Selamat Pengantin Baru, atau lagu Anita Sarawak ke... ini yang diorang pasang sepanjang hari...”

“Lagu Wali Band? Cari Jodoh?”

Zakuan garu kepala. Matanya bulat memandang wajah Zaki. “Mana kau tau?” soalnya.

“Betul diorang pasang lagu tu? Wah...patutlah kau mengamuk sakan? Pedih ooo...”

“Tahu tak pe!”
.............................

komen??

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…