apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.8.11

CERITA RAMADHAN


CABAR SELERA... udang kara yang menjadi tumpuan pengunjung bazar Ramadan di Taman Melawati.

Assalamualaikum.....

Semua kisah ini kuambil daripada harian metro. Dah lama tak masukkan berita, kan? Masuk ajelah sekali sekala. 

Di Taman Melawati, di salah sebuah gerai menjual makanan laut yang dibakar, seorang peniaga menjual udang kara (lobster) seberat 1 kg, dengan harga RM100. Wahhh... terbeliak biji mata! Tapi, bila difikirkan semula, iyalah, kan... Taman Melawati tu tempat orang kaya-kaya. Apa ada dengan RM100, iya tak? Bagaimanapun, apakah ia berbaloi? Terserah anda.

Cerita 2...

Seorang lelaki mengambil cuti di setiap Ramadhan, setiap tahun sejak bertahun-tahun kerana dia menggunakan sepanjang Ramadhan untuk berniaga di Bazaar Ramadhan. Apa yang dia jual? Roti John biasa, ditambah dengan Roti John inti rendang dan sardin. Tiap tahun, berbalaoilah dia mengambil cuti sebab keuntungan diperolehi mencecah RM10 ribu. Wowww! Hebat!

Namun dalam bulan yang penuh keberkatan ini, masih ada dalam kalangan lelaki yang sanggup masuk kelab-kelab dangdut untuk berjoget sehingga pagi. Kalau setakat berjoget, mungkin tidak ada yang menghairankan namun bila lelaki-lelaki tua yang sepatutnya sudah menyedari bahawa bukan lama mana lagi mereka itu akan hidup di muka bumi Allah ini, menghabiskan sepanjang malam suci Ramadhan berzina dengan GRO dari kelab-kelab dangdut itu.... MASYAALLAH, pendedahan ini tentu sahaja memalukan, bukan? Tidak ada syaitan, tidak ada iblis merasuk namun mengapa wujud juga maksiat? Apakah di bulan puasa ini, nafsu setiap kita semakin membara-bara? Dosa pahala sudah dilupa? Seksa dan azab Neraka bagai cerita dongeng di telinga mereka?

Akhirnya, anak yang membunuh ayahnya di Kuala Nerang sudah ditangkap. Meskipun 'seorang itu belum terbukti bersalah sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman' namun hati tetap terkesan dengan perbuatan lelaki berumur 33 tahun itu. Semoga mendapat hukuman setimpal...

Kisah bunuh dan kerat mayat remaja perempuan OKU di Pahang. Sedih dan menyayat.... Polis syak dia dibunuh di tempat lain dan mayatnya dimasukkan dalam dua beg berbeza sebelum dicampak di cerun bukit berasingan. 

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dicemari dengan pelbagai perisitiwa hitam dan menyedihkan. Sayu sungguh rasa hati! Di mana iman? Di mana kesabaran? Di mana peri kemanusiaan? 

Semuanya sudah tercampak JAUH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.