Langkau ke kandungan utama

Berpuasa Ramadhan, tolaklah ajakan suami yang 'nakal'!



Assalamualaikum.....

Kita sudah menghampiri pertengahan puasa sekarang. Cepat sungguh masa berlalu, kan? Dari segi ibadat, rasanya, masih banyak yang lompang di sana sini. Adoyai....

Puasa.... kalau boleh, nak puasa serba serbi. maklum saja, letih! Tapi kekadang, orang sebelah ni tak mahu faham 'keletihan kita', kan? hehe....

Rutin hidup kita sangat padat di bulan Ramadhan ni. Waktu senggang hanya di siang hari, kesempatan yang kadang-kadang kita gunakan untuk 'cover' tidur yang tak cukup di malam hari. Mulai pukul lima, mulalah kita menyibukkan diri di dapur menyediakan juadah berbuka puasa. Lepas solat isyak, disunatkan solat Tarawih. Kerana barakah Ramadhan kita berusaha mengerjakannya. Bagi yang beranak kecil, nak tidur malam pun masalah juga. Mana nak sediakan susu anak, anak menangis nak ditenteramkan. Memang, Ramadhan amat mencabar iman dan diri. 

Lebih tak tahan kalau suami pula kuat nafsunya. Puasa ke tak, nafsunya tetap membuak-buak. Sebagai isteri, kita perlu juga melayan kehendak mereka. Iyalah, siapa tidak mahu mendapat pahala, kan. 'Tu' pun ibadah juga! 

So, bagi yang berduit, jangan lupa makan 'supplement'. Supaya badan sihat dan cergas. bagi perempuan, aku nak ingatkan anda lah, kan... masa berbuka tu, kalau boleh, jangan minum air sejuk (ais). Lemah badan nanti! Pastikan juga makanan yang disediakan seimbang daripada segi gizinya.

Apakah ada di antara kita yang sudah mengingkari perintah larangan bersetubuh dalam bulan puasa? Baca ini:


Dari Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: "Celakalah saya wahai Rasulullah"

Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?”

Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”

Lalu Rasulullah bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” 

Jawapan: “Tidak!”

“Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” 

Jawapan: “Tidak!”

“Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” 

Jawapan: “Tidak!”

Kemudian dia duduk. Tatkala itu dibawakan kepada Nabi SAW, sebakul kurma.

Rasulullah berkata kepadanya: “Sedekahkanlah (kurma) ini”.

Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin dari kami? Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”

Mendengar yang sedemikian Nabi SAW ketawa sehingga nampak gigi baginda. Lalu baginda bersabda: 
“Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).” 
([Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-1 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].

Kawan-kawan,

Betapa kita sayang suami kita, tolaklah ajakannya untuk 'itu' sepanjang siang hari Ramadhan. Tak perlu ada rasa kasihan. atau simpati tengok air muka suami yang berharap sangat! Hehe...

Firman Allah SWT:
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf[115] dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.
                                                                                                                 Surah Al-Baqarah 2:187 

Melayani suami termasuk ibadah. Jika dilakukan dengan senang hati, dengan ikhlas dan bukan dipaksa-paksa. Ia kewajipan seorang isteri. Nikmatilah, dan tolak rasa penat ke tepi. bukan semua suami itu mengerti isyarat isteri yang menolak kemahuannya. Tak mengapa, redha sajalah demi mendapat ganjaran pahala.


Mandi Junub

Salah satu sebab yang membuat anda malas bersetubuh pada malam bulan Ramadan adalah kewajiban menyucikan diri (janabah) selepas melakukannya. Anda mungkin berfikir harus mandi wajib sebelum waktu imsak tiba. Tahukah anda bahawa, pendapat kebanyakan ulama menyatakan, bagi yang melakukan berhubungan seks di malam hari, tidak harus mandi sebelum terbitnya fajar?

Anda hanya berkewajiban mandi sebelum terbitnya matahari, paling tidak dalam batas waktu yang memungkinkan anda solat subuh dalam keadaan suci. 

Islam itu mudah, betul tak?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…